Support US!

Search This Blog

04 Julai 2008

KESIMPULAN

Setelah melalui perbincangan berkenaan al-Sunnah (Manhaj Rasulullah S.A.W) dalam mengamalkan al-Sunnah (agama Islam), dapatlah kita mengeluarkan rumusan seperti berikut:

1- Di dalam mengamalkan agama Islam cara Rasulullah S.A.W adalah cara yang terbaik. Justeru cara Rasulullah S.A.W mestilah dijadikan pedoman dan petunjuk.

2- Iman di sisi Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah merangkumi kata-kata dan perbuatan samada yang batin mahupun zahir. Jadi di dalam mengamalkan Islam kedua-dua sudut ini mesti diambil kira; mesti ada keikhlasan di samping menepati cara Rasulullah S.A.W

3- Orang yang paling cemerlang di dalam memartabatkan cara Rasulullah S.A.W ialah para Sahabat, justeru mereka mestilah dijadikan pedoman juga di dalam mengamalkan agama Islam. Ini sebenarnya merupakan wasiat Rasulullah S.A.W sendiri kepada umatNya.

4- Ilmu berkenaan yang haq dan yang batil perlu diketahui oleh individu muslim supaya dapat dia mengamalkan kebenaran dan menjauhkan kebatilan.

5- Ilmu mestilah diambil dari sumber-sumber yang dipercayai iaitu al-Quran dan al-Sunnah daripada para ilmuan yang berkemahiran.

6- Selepas mempunyai ilmu, peringkat seterusnya ialah amal salih. Ilmu yang benar-benar memberi manfaat ialah yang diamalkan.

7- Kebenaran mestilah disampaikan kepada orang lain dengan cara yang terbaik dan memikat.

8- Kesabaran pula menjadi nadi utama kesinambungan perjuangan dan penyebaran Islam di muka bumi ini.


Cetak Halaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan