Support US!

Search This Blog

04 Julai 2008

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Abdul Rahman bin Nasir al-Sa‘di, Tariq al-Wusul ila al-‘Ilm al-Ma’mul bi Ma‘rifah al-Qawa‘id wa al-Dawabit wa al-Usul, al-Qaherah: Maktabah Ibn Taimiyah, 1413H-1993.
Abu Bakr Jabir al-Jaza’iri, Aisar al-Tafasir li Kalam al-‘Ali al-Kabir wa bi Hamishih Nahr al-Khair ‘ala Aisar al-Tafasir, al-Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-‘Ulum wal-Hikam, 1421H-2000, Surah al-‘Asr.
Adnan bin Muhammad Al ‘Ar‘ur, Sifat al-Taifah al-Mansurah wa Mafahimuha, Muassasah Qurtubah, 1416H-1995.
Bakr Abu Zaid, Hilyah Talib al-‘Ilm, dalam al-Majmu‘ah al-‘Ilmiyyah, al-Riyadh: Dar al-‘Asimah, 1416H.
Dr Khalid bin Hamid al-Hazimi, Masawi’ al-Akhlaq wa Atharuha ‘ala al-Ummah, Wizarah al-Shu’un al-Islamiyyah wa al-Auqaf wa al-Dakwah wa al-Irshad, 1425H.
Dr. Nasir bin Abdul Karim al-‘Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, al-Riyadh: Dar Kunuz Ishbiliya, 1424H-2003, Hlm. 106.
Dr. Muhammad bin Abdul Wahhab al-Aqil, Manhaj al-Imam al-Syari‘I rahimahullah fi Ithbat al-Aqidah, al-Riyadh: Adwa’ al-Salaf, 1419H-1998.
Dr. Mustafa al-Siba‘i, al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashri‘ al-Islami, Beirut: al-Maktab al-Islami, 1405H-1985.
Dr. Nasir bin Abdul Karim al-‘Aql, al-Fiqh fi al-Din, al-Riyadh: Dar Imam al-Dakwah, 1413H.
Dr. Salih bin Abdullah bin Humaid, Mafhum al-Hikmah fi al-Dakwah, Wizarah al-Shu’un al-Islamiyyah wa al-Auqaf wa al-Dakwah wa al-Irshad, 1423H.
Dr. Yusuf al-Qaradawi, al-Madkhal li Dirasah al-Sunnah, Beirut: Muassasah al-Risalah, 1422H-2001.
al-Sahwah al-Islamiyyah bayn al-Ikhtilaf al-Mashru‘ wa al-Tafarruq al-Mazmum, Dar al-Sahwah: al-Qaherah, Cetakan ke-5, 1994.
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Shams al-Din Abu Abdillah Muhammad bin Abu Bakr al-Zar‘i al-Dimashqi, Zad al-Ma‘ad Fi Hady Khair al-‘Ibad, Beirut: Muassasah al-Risalah, Cetakan 15, 1407h-1987m.
Ismail bin Omar, Manhaj Ahli AsSunnah WalJamaah, Petaling Jaya: Access Infotech Sdn. Bhd., 2003.
, Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah, Shah Alam: Access Infotech (M) Sdn. Bhd., 1999.
Mahmud Muhammad al-Khazandar, Fiqh al-I’tilaf qawa‘id al-Ta‘amul ma‘a al-Mukhalifin bi al-Insaf, al-Riyadh:Dar Taibah, 1421H.
Muhammad bin Shalih al-Uthaimin, Kitab al-‘Ilm, al-Riyadh: Dar al-Thurayya, 1417H-1996.
Panduan Kebangkitan Islam, Jakarta: Darul Haq, 2002.
Pengenalan Ringkas kepada Ilmu Usul al-Fiqh, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2004.


Cetak Halaman

CADANGAN

Penulis mencadangkan beberapa perkara yang dirasakan dapat membantu memahami cara Rasulullah S.A.W. di dalam mengamalkan agama Islam.

Cadangan-cadangan ini ialah:

1- Pengajian di dalam agama Islam mestilah dimulakan dengan fardhu ain seperti ilmu tentang rukun-rukun Islam dan rukun-rukun Iman. Syarahan tentang hadith Jibril dirasakan wajar dijadikan tunjang ilmu ini.

2- Seterusnya, pengajian ilmu teras atau ilmu-ilmu Usul mestilah diberi penekanan. Antara lain ialah ilmu Usul al-Tafsir (Ulum al-Quran), Usul al-Hadith (Mustalah al-Hadith atau Ulum al-Hadith), Usul al-Fiqh, al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah dan ilmu Bahasa Arab. Disiplin ilmu-ilmu ini dapat melengkapkan persiapan individu muslim untuk memahami ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W.

3- Pada masa yang sama atau selepas itu, penekanan hendaklah diberikan kepada ilmu-ilmu asasi seperti ilmu Tafsir, Hadith dan Fiqh.

4- Setelah mempunyai kemantapan dalam ilmu-ilmu tadi, barulah pelajar itu dihalakan kepada pengajian ilmu-ilmu tambahan atau pemantapan seperti ilmu-ilmu al-Firaq, al-Mazahib dan lain-lain.

Semoga Allah S.W.T memberi hidayatNya kepada kita semua, memudahkan amalan kita dan memberkatinya untuk kita semua di dunia dan di akhirat. Amin.


Cetak Halaman

KESIMPULAN

Setelah melalui perbincangan berkenaan al-Sunnah (Manhaj Rasulullah S.A.W) dalam mengamalkan al-Sunnah (agama Islam), dapatlah kita mengeluarkan rumusan seperti berikut:

1- Di dalam mengamalkan agama Islam cara Rasulullah S.A.W adalah cara yang terbaik. Justeru cara Rasulullah S.A.W mestilah dijadikan pedoman dan petunjuk.

2- Iman di sisi Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah merangkumi kata-kata dan perbuatan samada yang batin mahupun zahir. Jadi di dalam mengamalkan Islam kedua-dua sudut ini mesti diambil kira; mesti ada keikhlasan di samping menepati cara Rasulullah S.A.W

3- Orang yang paling cemerlang di dalam memartabatkan cara Rasulullah S.A.W ialah para Sahabat, justeru mereka mestilah dijadikan pedoman juga di dalam mengamalkan agama Islam. Ini sebenarnya merupakan wasiat Rasulullah S.A.W sendiri kepada umatNya.

4- Ilmu berkenaan yang haq dan yang batil perlu diketahui oleh individu muslim supaya dapat dia mengamalkan kebenaran dan menjauhkan kebatilan.

5- Ilmu mestilah diambil dari sumber-sumber yang dipercayai iaitu al-Quran dan al-Sunnah daripada para ilmuan yang berkemahiran.

6- Selepas mempunyai ilmu, peringkat seterusnya ialah amal salih. Ilmu yang benar-benar memberi manfaat ialah yang diamalkan.

7- Kebenaran mestilah disampaikan kepada orang lain dengan cara yang terbaik dan memikat.

8- Kesabaran pula menjadi nadi utama kesinambungan perjuangan dan penyebaran Islam di muka bumi ini.


Cetak Halaman

Jihad dari sudut yang lebih luas

Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahulllah berkata:

Kesemua ini berjumlah tiga belas peringkat di dalam Jihad.


مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ


Maksudnya: Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang, dan tidak membisikkan kepada jiwanya agar berperang, matilah dia di atas satu cabang dari nifaq. (Muslim 3533.)

Manusia yang paling sempurna di sisi Allah ialah sesiapa yang menyempurnakan kesemua peringkat-peringkat Jihad ini. Makhluk berbeza-beza dalam tahap-tahap mereka di sisi Allah berdasarkan kepada perbezaan mereka dalam peringkat-peringkat Jihad. Oleh sebab inilah, makhluk yang paling sempurna dan mulia di sisi Allah ialah penutup seluruh nabi-nabiNya dan rasul-rasulNya. Sesungguhnya Baginda S.A.W. telah menyempurnakan peringkat-peringkat Jihad dan telah berjihad demi Allah sebenar-benar Jihad, serta telah memasuki jalan Jihad sejak dari mula diutuskan sehinggalah Allah ‘Azza wa Jalla mewafatkannya.


Cetak Halaman

Mesti sabar melalui peringkat-peringkat Jihad

Satu perkara lagi yang boleh dicatatkan di sini ialah petunjuk al-Sunnah menjelaskan bahawa individu muslim dituntut supaya mengharungi peringkat-peringkat Jihad dengan penuh kesabaran. Rasulullah s.a.w. mestilah dijadian teladan. Janganlah sekali-kali kita memahami Jihad itu dengan satu bahagiannya sahaja. Sebaliknya Jihad mestilah difahami dengan konsep yang lebih global. Jihad dalam erti kata berperang di jalan Allah, walaupun merupakan martabat tertinggi dalam Islam, ianya adalah sebahagian daripada erti kata Jihad yang lebih menyeluruh. Bahkan untuk sampai ke martabat ini persiapan rapi amat diperlukan.

Sudah tentu, persiapan ini dapat diimbas daripada al-Sunnah yang telah lengkap sebagai pedoman dan bekalan menuju ke destinasi abadi. Orang yang bejihad dengan ertikata yang menyeluruh akan diberi hidayat oleh Allah Ta‘ala seperti yang tercatat di dalam firmanNya:

(al-‘Ankabut 29:69)

Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.


Cetak Halaman

Kaitan antara sabar dan lemah

Sabar mempunyai kaitan yang kuat dengan kekuatan dan kelemahan umat Islam. Kedua-dua situasi ini mempunyai metodnya yang tersendiri. Apabila lemah kita disarankan supaya bersabar, manakala di dalam keadaan kuat kita disarankan supaya melaksanakan hukuman tetapi mesti mengawal diri daripada melakukan sebarang kezaliman.

Sabda Rasulullah S.A.W:


لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Maksudnya: Bukanlah orang yang keras itu dengan bergusti, akan tetapi orang yang keras ialah orang yang menguasai dirinya semasa marah. (al-Bukhari No. 5649)


Cetak Halaman

Manhaj al-Sunnah dalam bersabar

Berterusan dalam bersabar

Di antara petunjuk Nabi S.A.W. di dalam bersabar ialah perkara ini mesti di lakukan secara berterusan. Ketiga-tiga bentuk kesabaran tadi mestilah dilaksanakan sehingga ke akhir hayat. Soalan ‘Sampai bila kita harus menunggu?’ hanya menunjukkan kita ketandusan kesabaran. Selagimana usaha kita memperjuangkan al-Sunnah atau agama tidak mencukupi piawaian, selagi itulah kita mesti berusaha mencapainya. Di dalam sebuah hadith:

عَنْ خَبَّابِ بْنِ الْأَرَتِّ قَالَ شَكَوْنَا إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ فِي ظِلِّ الْكَعْبَةِ فَقُلْنَا أَلَا تَسْتَنْصِرُ لَنَا أَلَا تَدْعُو لَنَا فَقَالَ قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الْأَرْضِ فَيُجْعَلُ فِيهَا فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيدِ مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ وَاللهُ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الْأَمْرُ حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لَا يَخَافُ إِلَّا اللهَ وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ


Maksudnya: Daripada al-Khabbab bin al-Arat katanya, ‘Kami telah mengadu kepada Rasulullah S.A.W. semasa Baginda bersandar pada kainnya di bawah bayangan Ka’bah dengan berkata, ‘Minta pertolongan untuk kami, doalah untuk kami.’ Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu, ada lelaki yang ditangkap dan digali lubang lalu diletakkan dalamnya. Kemudian dibawa gergaji dan diletakkan di kepalanya sehinggalah dia dibelah dua. Ada pula yang dicakar dagingnya hingga ke tulangnya dengan besi tajam. Semua ini tidak menjadikannya berpaling dari agamanya. Demi Allah, Dia akan menyempurnakan agama ini sehinggakan seorang pengembara mengembara dari San'a ke Hadramaut dalam keadaan tidak takut kecuali Allah dan serigala terhadap kambingnya. Akan tetapi kamu semua tergesa-gesa.” (al-Bukhari No. 6430)



Sabar dalam menghadapi musibah

Satu perkara lagi yang terkandung di dalam lafaz sabar ialah sabar dalam menghadapi musibah yang diturunkan Allah S.W.T. sebagai ujian kepada hambaNya.

Firman Allah S.W.T. (al-Baqarah 2:155-156):

Maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".


Sabar dalam meninggalkan kemungkaran

Kita diperintah juga supaya bersabar di dalam berdepan dengan godaan-godaan Syaitan. Di antara godaan Syaitan ialah dengan menyemarakkan semangat untuk melakukan maksiat atau kemungkaran terhadap Allah S.A.W. Allah Ta ‘ala telah menjelaskan bahawa Syaitan adalah musuh kita lalu memerintahkan agar kita memeranginya dan berjaga-jaga terhadap godaan-godaannya.

Firman Allah S.A.W.(Faathir 35:6):

Maksudnya: "Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka".

Perlu diketahui di sini bahawa cara Syaitan adalah lemah, akan tetapi sekiranya kita menjadi lebih lemah daripadanya maka di sini dia akan dapat menguasai kita.

Firman Allah S.W.T(al-Hijr 15:42):

Maksudnya: "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)".


Sabar dalam melakukan ketaatan

Bahagian pertama dalam bersabar ialah bersabar dalam melakukan amalan salih atau ketaatan terhadap Allah S.A.W. Sebagai manusia yang difitrahkan dengan kejahilan, kezaliman dan hawa nafsu, pasti usahanya untuk berterusan melakukan ketaatan akan dipenuhi rintangan-rintangan dan cubaan-cubaan. Di satu sudut ada Syaitan, di sudut lain pula ada nafsu. Di dalam situasi ini, manusia amat memerlukan kesabaran untuk berterusan melakukan amal salih yang dituntut oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. (al-Kahf 18:28)

Maksudnya: "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran".

Konsep kesabaran di sini boleh dikaitkan dengan konsep kesederhanaan. Manusia sepatutnya melaksanakan ketaatan dalam lingkungan kemampuannya yang tertinggi.

Sabda Rasulullah S.A.W


مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ


Maksudnya: Apa yang aku larang kamu tinggalkan dan apa yang aku perintahkan kamu hendaklah kamu lakukan mengikut kemampuan. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa kerana persoalan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka amat banyak. (Muslim No. 4348)

Kedudukan Sabar

Di dalam agama Islam, sabar adalah satu institusi yang amat penting. Sabar akan menjamin kewujudan, kehidupan dan kepimpinan agama ini. Sabar adalah salah satu dari dua kompnen penting di dalam menghadapi bisikan al-Syaitan. Firman Allah S.W.T (al-Sajdah 32:24):

Maksudnya: "Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."

Disebabkan ketinggian martabat sabar dalam Islam, Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran yang tiada hadnya bagi mereka yang mempunyai sifat mulia ini. Firman Allah S.A.W (al-Zumar 39:10):

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

Al-Sunnah di dalam Berpesan Kepada Kesabaran

Peringkat terakhir yang termasuk di dalam perbincangan kita ialah berpesan kepada kesabaran. Peringkat ini, sebagaimana dihuraikan oleh ahli tafsir adalah merupakan sebahagian daripada peringkat sebelumnya. Akan tetapi ianya diasingkan untuk diberikan penekanan yang lebih memandangkan ketinggian kedudukannya di dalam agama Islam

Beradab semasa berpesan kepada kebenaran

Satu perkara lagi yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W ialah menjaga sensitiviti manusia semasa menyarankan sesuatu perkara kepadanya. Uslub atau pendekatan yang tidak menyinggung perasaan mestilah digunakan. Antara petunjuk Nabi S.A.W di sini ialah dengan menegur perbuatan dan bukannya menjatuhkan pembuat. Di dalam sebuah hadith:


عَائِشَةُ صَنَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَرَخَّصَ فِيهِ فَتَنَزَّهَ عَنْهُ قَوْمٌ فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَبَ فَحَمِدَ اللهَ ثُمَّ قَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَتَنَزَّهُونَ عَنْ الشَّيْءِ أَصْنَعُهُ فَوَاللهِ إِنِّي لَأَعْلَمُهُمْ بِاللهِ وَأَشَدُّهُمْ لَهُ خَشْيَةً

Maksudnya: Aisyah telah berkata, ‘Nabi S.A.W telah membuat satu perkara yang Baginda berikan kelonggaran lalu ada di kalangan orang ramai yang tidak berpuas hati dengannya. Apabila perkara itu sampai kepada Baginda S.A.W, Baginda telah berkhutbah, memuji Allah kemudian berkata, “Apakah halnya orang-orang yang tidak berpuas hati dengan perkara yang Aku lakukan? Sesungguhnya akulah yang paling mengetahui tentang Allah di kalangan mereka dan akulah yang paling takut kepada Allah di kalangan mereka.” (al-Bukhari No. 5636)


Bantu-membantu dalam berpesan kepada kebenaran

Di dalam usaha kita berpesan kepada kebenaran, di antara petunjuk Nabi S.A.W ialah melakukannya secara berjemaah. Ada perkara yang dapat dilakukan secara individu. Akan tetapi ada perkara yang hanya akan berjaya jika dilakukan dan disokong oleh jemaah dan bilangan yang ramai. Sabda Rasulullah S.A.W:

مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنْ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا


Maksudnya: Perumpamaan bagi orang yang melaksanakan hukum Allah dengan orang yang mengabaikannya ialah seperti satu kumpulan yang mengundi tempat di dalam sebuah kapal. Sebahagiannya dapat tempat di atas dan selebihnya di bawah. Kumpulan bawah akan pergi ke atas untuk mendapatkan air. Mereka berkata, ‘Rasanya lebih baik kalau kita tebuk di bawah ini dan tidak lagi menyusahkan mereka yang di atas.’ Sekiranya kumpulan di atas membiarkan mereka berbuat demikian, mereka semua akan binasa. Sekiranya mereka memimpin mereka, kesemua mereka akan selamat. (al-Bukhari No. 2313)

Adil dalam berpesan kepada kebenaran

Satu lagi manhaj yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W. dalam urusan ini ialah ianya mestilah dilakukan tanpa mengira kedudukan orang yang ditegur atau dihukum. Nabi S.A.W. ada menjelaskan bahawa menghukum orang bawahan dan membiarkan orang atasan adalah amalan keji umat terdahulu. Sabda Rasulullah S.A.W.:


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّتْهُمْ الْمَرْأَةُ الْمَخْزُومِيَّةُ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا مَنْ يُكَلِّمُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ حِبُّ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ ثُمَّ قَامَ فَخَطَبَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا ضَلَّ مَنْ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ الضَّعِيفُ فِيهِمْ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرَقَتْ لَقَطَعَ مُحَمَّدٌ يَدَهَا


Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. bahawa Quraisy amat bimbang dengan hukuman terhadap wanita dari keluarga Makhzum yang ditangkap mencuri. Mereka berbincang, ‘Siapakah yang dapat bercakap kepada Rasulullah? Tiada yang berani kecuali Usamah bin Zaid orang kesayangan Rasulullah S.A.W ’. Lalu dia pun bercakap dengan Rasulullah. Baginda menjawab, “Adakah kamu ingin meminta kelonggaran dalam hukuman yang telah ditentukan Allah?” Kemudian Baginda bangun dan berkhutbah seraya berkata, “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu telah sesat kerana apabila orang atasan mencuri mereka biarkan dan apabila orang bawahan mencuri mereka laksanakan hukuman hudud. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad S.A.W mencuri, Muhammad akan memotong tangannya.” (al-Bukhari No. 6290)



Kesinambungan berpesan kepada kebenaran

Usaha ini juga mestilah dilakukan secara berterusan. Petunjuk al-Sunnah menjelaskan bahawa jika kita menghentikan perkara ini, kita akan ditimpa kemurkaan daripada Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W. :


وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ


Maksudnya: Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam tangannya, kamu mesti mengarahkan kebaikan dan kamu mesti menegah kemungkaran. Jika tidak Allah akan menghantar hukumanNya, kemudian kamu berdoa kepadaNya dan tidak akan diterima untuk kamu. (al-Tirmizi No. 2095)



Manhaj al-Sunnah dalam berpesan kepada kebenaran

Usaha menyeluruh di dalam berpesan kepada kebenaran

Usaha ini mestilah dilakukan merangkumi dua keadaan; pertama sebagai sokongan, kedua sebagai tegahan. Orang yang berbuat baik wajar disokong manakala orang yang berbuat jahat mestilah ditegah. Sabda Rasulullah S.A.W:


انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ


Maksudnya: “Bantulah saudaramu dalam keadaan dia zalim ataupun dizalimi.” Mereka berkata, ‘Kami akan membantunya bila dizalimi, tetapi bagaimanakah kami patut membantunya bila dia zalim?’ Sabda Baginda, “Kamu menegah dua tangannya.” (al-Bukhari No. 2264)


Kedudukan berpesan kepada kebenaran

Berpesan kepada kebenaran merupakan perkara asasi dalam agama Islam. Rasulullah S.A.W. telah menggambarkan perkara ini sebagai agama itu sendiri. Ini kerana apabila perkara ini berjalan, ajaran-ajaran agama akan tersebar dan sekaligus terpelihara. Sabda Rasulullah S.A.W :


الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ


Maksudnya: “Agama ialah nasihat”. Kami bertanya untuk siapa? Sabdanya, “Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, para pemimpin muslimin dan orang awam muslimin”. (al-Bukhari No. 82)


Al-Sunnah dalam Berpesan Kepada Kebenaran

Setelah mempunyai Iman yang muncul dengan ilmu yang mantap, kemudian disusuli oleh amal yang salih, individu muslim mestilah bergerak ke peringkat ke tiga iaitu berpesan kepada kebenaran yang sinonim dengan nasihat, dakwah dan al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar. Di dalam melaksanakannya sudah tentulah Rasulullah S.A.W. juga merupakan teladan unggul.