Support US!

Search This Blog

Memaparkan catatan dengan label Akidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akidah. Papar semua catatan

18 November 2010

Ulasan pertanyaan saudara mohamed raphil shariff tentang kalimah syahadah

http://asdarulsunnah.blogspot.com/2010/03/pengertian-akidah.html

Apabila kita dah bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah, & Rasulullah S.A.W itu.. pesuruh Allah (Allah dah menjadi saksi) serta apabila kita mengerjakan apa yang disuruh (perihtah) Allah, meninggalkan segala larangan, kita adalah umat islam yang beriman, soal penyoal di atas tu.. pada siapakah umat Islam pada msa ini itu hanya bagi orang bukan islam yang ingin memeluk islam saja yang diperlukan kerana dia mungkin tidak tahu mengucap kalimah syahadah dengan betul, jadi dia perlukan rujukan dari org islam yang beriman.

31 Mac 2010

Habis Hujah, Guna Fitnah

Print This Post Email This Post


Sumber : http://drmaza.com/home/?p=79
Disiarkan pada Nov 08, 2009 dalam kategori Akidah, Isu Semasa

Oleh : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya malu apabila ‘orang agama’ bertindak secara terbuka ‘seakan’ menghalang perkembangan Islam. Saya sedih apabila senjata kuasa digunakan untuk ‘memerangi’ golongan agama.

Di kala umat sedang kehausan ilmu dan bimbingan, lalu diletakkan seribu halangan untuk insan muslim menyebarkan dakwah. Saya berfikir betapa sukar hendak menunaikan arahan Nabi s.a.w:

“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat” (Riwayat al-Bukhari).

Nampaknya hadis ini tidaklah dapat ditunaikan oleh kebanyakan orang jika seseorang tidak boleh memberikan nasihat agama melainkan selepas mendapat tauliah. Saya sedang berfikir apa akan jadi jika perkara ini dikuatkuasakan kepada guru-guru yang mengajar dalam kelas di sekolah-sekolah, pensyarah-pensyarah universiti, penceramah-penceramah motivasi yang ingin memasukkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran mereka.

Bahkan sukarelawan-sukarelawan yang ingin menyampaikan nasihat agama seperti jamaah tabligh juga akan terkena tempiasnya. Di kala yang sama, kita bising jika ada gerakan missionary agama lain, tetapi sesama muslimlah jua yang membelenggu tangan pendakwah mereka dengan berbagai peraturan yang memberikan mudarat lebih banyak daripada maslahat.

Saya tidak menafikan kemungkinan perkara tauliah ini boleh dikuatkuasakan di bawah siyasah syar’iyyah (politik islami) yang bertujuan untuk kemaslahatan umat. Namun apabila ia dikuatkuasakan untuk kepentingan kelompok tertentu, maka tujuannya menjadi rosak.

Bahaya Hujah Dibayar Darah

Sumber : http://drmaza.com/home/?p=835

Disiarkan pada Nov 22, 2009 dalam kategori Akidah

oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca dari keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama.

Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini. Kebelakangan ini kita dapati ada pihak yang tidak menerima beberapa pandangan pembaharuan atau tajdid dalam masyarakat kita.

Tidak dapat menerima itu tidak menjadi masalah, kerana memang adat kehidupan untuk manusia berbeza pendapat. Tetapi apabila mereka yang enggan menerima pandangan yang dianggap berbeza dengan tradisi yang mereka pertahankan itu mula menggunakan pendekatan kafir mengkafir dan sesat menyesat, ini amatlah merbahaya.