Support US!

Search This Blog

22 Julai 2008

Wahabi tidak pernah difatwakan sesat - Menteri

Thu | May 08, 08 | 2:44:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Kerajaaan mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa atau memutuskan bahawa fahaman Wahabi yang dipakai sebilangan umat Islam di negara ini sebagai sesat.
Demikian jawapan yang diberikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zahid Hamidi (BN-Bagan Datok) kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (KeADILan- Kulim Bandar Baru) berhubung dengan fatwa terhadap golongan Wahabi.

Sungguhpun begitu beliau telah menyenaraikan beberapa nama tokoh ulama di negara yang terdiri daripada golongan Wahabi antaranya Ustaz Abdullah Yassin dan Ustaz Hussein Yee Abdullah.


Semenjak tahun 1985 sehingga 1998 sebanyak enam kali Muzakarah Kebangsaan mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu golongan Wahabi beserta 'pemuka-pemuka golongan' itu dan kali terakhir ialah pada 30 Ogos 2007 di Putra Palace bertempat di Perlis bersama dengan Mufti Perlis Dato' Dr Asri Zainul Abidin.

Mengemukakan soalan tambahan, Zulkifli berkata jika tidak pernah difatwakan sesat mengapa golongan Wahabi ini sentiasa diberi tekanan seperti dilarang memberi ceramah, mengadakan kuliah agama dan ada yang turut ditahan oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri.

"Ustaz Abdullah Yassin pernah dua kali ditahan malah ada kes-kes mahkamah yang melibatkan golongan Wahabi ini. Atas alasan apa dikenakan tindakan sedemikian jika golongan ini tidak pernah difatwakan sesat?" soal Zulkifli.

Menjawab soalan, Zahid menyatakan tindakan tersebut adalah disebabkan golongan tersebut tidak turut serta dan 'memasuki' mana-mana mahzab dan sentiasa menjadikan persoalan 'bidaah' sebagai satu polemik yang mengundang rasa tidak senang pihak lain khususnya majoriti masyarakat Islam yang bermahzab Syafie.

Ahli Parlimen (PAS Baling Taib Azzamuddin mencelah dengan berpendapat bahawa mana-mana Mufti yang dilantik oleh Majlis Fatwa mahupun Jabatan Perdana Menteri mestilah menyelidiki latar belakang Mufti terseut terlebih dahului memandangkan masyarakt umat Islam di sini merupakan umat Islam yang berfahaman mahzab Syafie.

Bagaimanapun Zahid yang bersetuju dengan pandangan Taib meminta pihak yang ingin membincangkan isu golongan Wahabi mahupun masalah kilafiyah ini membawa isu di platform yang lain dan bukannya di Parlimen.

Petikan dari Harakah.. masuk sini untuk ke petikan


Cetak Halaman

1 ulasan:

  1. Salam kepada pembaca, sebenarnye penulis masih lagi merasa terkilan disebabkan ramai lagi individu diluar sana yang masih lagi menuding jari mengatakan wahabi itu sesat walaupun tidak ada fatwa yang mengatakan begitu sedangkan mereka tidak tahu apa itu "wahabi" dan mereka tidak kenal pun siapa itu "wahabi" serta menganggap "wahabi" itu adalah satu aliran dan fahaman yang sesat tetapi mereka pula mengamalkan apa yang tidak dilakukan oleh Rasululluah S.A.W seperti "Bidaah Hasanah" walaupun tiada istilah itu sebenarnye dalam islam. Bida'ah tetap bid'ah. Jangan terlalu bersangka-sangka terhadap perbuatan yang sangka baik, sedangkan melakukan perbuatan itu hanya sia-sia dan tidak pun mendapat manfaat darinya dan takut lah kamu kepada Neraka dan sepatutnya itu kamu lakukan. Untuk lebih jelas mengenai dengan "wahabi" dan Bid'ah, sila ke rujuk di katogeri Wahabi dan Bid'ah . Harap maklum

    BalasPadam