Semakin ramai umat islam ingin mengamalkan sunnah Rasulullah. Namun bagaimanakah cara yang sebenar untuk mengamalkan sunnah tersebut jika tiada kesedaran yang mendalam dalam mempraktikkan Islam berdasarkan Ilmu. Disebabkan kesedaran yang mendalam itulah penulis mewujudkan blog ini. Masih ramai yang tidak mahu mengamalkan sunnah s.a.w tetapi mahu pula mengamalkan perkara2 yang tidak diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan menganggapnya apa yang diamalkan itu adalah amalan yang baik sedangkan amalan seperti itu bukan ajaran yang datangnya dari Rasulullah s.a.w. bahkan tiada dalam Al-Quran dan Hadits pun. Sesungguhnya amalan itu adalah bid'ah, dan bid'ah itu sesat hukumnya. Ada pula yang apabila diajak untuk mengikuti ceramah agama atau majlis ilmu, mereka tidak mahu mengkutinya, alasannya terlalu sibuk dengan kerja dan bermacam alasan lagi . Sedangkan ramai di antara mereka banyak pula masa yang terlalu suka dan berebut-rebut untuk mengetahui perkara tentang sex dengan melayari web tentang sex dan terlalu asyik bercerita apa jua perkara berkaitan dengan sex. Sesungguhnya mereka tidak sedar semua itu hanyalah keseronokan dunia yang sementara sahaja yang hanya mengundang mereka melakukan maksiat dan menambahkan dosa sahaja serta tidak dapat menolong mereka pun di akhirat kelak. Sedangkan tuntutan agama itu ialah menuntut ilmu dan beramal dengan dengan ilmu yang ada. Sesungguhnya amalan yang baik itulah dapat menolong mereka di akhirat kelak.
Apa yang menyedihkan penulis lagi, apabila penulis sebagai seorang yang sedar akan kesilapan yang dilakukan oleh segelintir dari orang yang berada disekelilingnya dan menegur kesilapan yang dilakukan, penulis pula yang dibimbangi oleh mereka takut penulis yang sesat padahal apa yang yang penulis sampaikan, teguran penulis itu untuk membetulkan kesilapan yang mereka lakukan tetapi mereka tidak dapat menerimanya. Ada pulak yang mengatakan siapa yang mengikut sunnah nabi, mereka itu tergolong dalam golongan wahabi. Sungguh cetek pengetahuan mereka tentang wahabi sedangkan wahabi itu hanyalah propaganda yahudi yang mahu memperpecahkan akidah umat Islam. Diharap paparan di blog ini dapat memberi manfaat dengan ilmu dalam mengamalkan sunnah Rasulullah.
Support US!
Search This Blog
Label
As-Sunnah
Ilmu
Artikel Pilihan
Wahabi
bid'ah
Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam
Kebenaran
Pesanan
Amal Salleh
Panduan
Puasa
Kesabaran
Ramadan
Ibadah
Iman
Adab
Akidah
Fitnah
Istiqamah
Matlamat Kita dalam Bulan Ramadhan
Al-Quran
Download
Jihad
Menyambut Kedatangan Ramadan
Mudahkan Pendekatan Islam
Perintah Allah Dan Rasul
Rujukan
Video Bida'ah
Cadangan
Dakwah
Dalil
Doa
Fakta
Fatwa
Haram
Hiburan
Kematian
Kesimpulan
Maulid
Pendapat
Pendirian Umat Islam
Pengertian Sunnah
Penjagaan Lidah
Penyakit Hati
Rejab
Syiah
Taqwa
15 Jun 2008
Fatwa al-Qaradhawi: Tiada Bid'ah Hasanah

Oleh: zain y.s
Bid'ah hasanah. Apakah ada di dalam urusan agama apa yang dinamakan sebagai bid'ah hasanah?
Sering dikatakan bahawa membukukan al-Quran dan al-Hadis itu sebagai bid'ah hasanah. Bila Nabi yang mulia s.a.w. menyatakan "Sesungguhnya setiap bid'ah itu saiyi'ah/keji", maka apakah mungkin ada bid'ah lain dari bid'ah yang keji. Apakah ada apa yang dinamakan sebagai bid'ah hasanah.
Dalam suatu perkara, apabila ada di sana dalil yang boleh disandarkan, samada secara umum atau secara khusus apakah perkara itu kita masih lagi mahu menamakannya sebagai bid'ah.. Tetapi bid'ah hasanah.
Bila membukukan hadis itu ada petunjuk dari syarak secara umum, maka mengapa kita menamakannya sebagai bid'ah, tetapi hasanah. Bila kerja-kerja menyusun ilmu usul feqh yang tidak ada pada zaman nabi s.a.w. dilakukan tetapi ada petunjuk dari syariat yang menganjurkan apakah dapat kita katakan ia sebagai bid'ah.
Semua itu bukan bid'ah, samada hasanah atau wajibah atau mandubah (sunat) atau apa sahaja. Ia bukanlah perkara yang direka-reka dalam hal agama, tetapi ia memang ada di dalam agama.
Mengatakan sesuatu yang memang ada petunjuknya di dalam agama sebagai bid'ah baik dikatakan sbg hasanah atau apa sahaja adalah suatu perkara yang ganjil dan pelik. Kerana bid'ah dan tidak bid'ah adalah dua perkara yang saling bertolak ke belakang. Saling bertentangan yang tak mungkin bersatu. Apabila ia memang sesuatu yang direka-reka dalam agama, maka ia adalah bid'ah. Bid'ah hanya satu.. Dholalah. Bila ada petunjuknya maka ia adalah bukan bid'ah.
Berikut ini adalah fatwa syeikh Yusof al-Qaradhawi berkaitan dengan bid'ah dan komentarnya mengenai pembahagian bid'ah. Juga penjelasan di sekitar maksud sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada beberapa macam.
===========================
Soal: Apakah dia pembahagian bid'ah? Adakah benar di sana terdapat bid'ah hasanah (baik) dan bid'ah saiyi'ah (keji)?
Jawab: Berlaku pertentangan pendapat antara kalangan ulama tentang pembahagian bid'ah. Sebahagian mereka membahagikannya kepada bid'ah hasanah dan bid'ah saiyi'ah. Sebahagiannya pula menjadikan bid'ah kepada lima bahagian seperti hukum syar'i. Semua pembahagian ini tidak ada asalnya. Kerana hadis s.a.w. menyatakan: "Setiap bid'ah itu dhalalah." Ia adalah sesuatu yang diada-adakan yang tidak berada di bawah mana-mana asal atau sumber dari sumber-sumber tasyri' (pensyariatan) atau ia bukanlah perkara yang ada dalilnya dari mana-mana dalil hukum.
Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi menyatakan:
Di sana sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada: Hasanah dan Saiyi'ah. Manakala sebahagian dari mereka membahagikannya kepada lima bahagian, menurut pembahagian hukum-hakam syarak: Bid'ah wajib, sunat, makruh, haram dan harus/mubah.
Al-Imam al-Syathibi telah membahaskan masalah ini secara terperinci, dan ditengah-tengah beliau membahaskannya itu beliau berpendirian: Bahawa pembahagian ini adalah perkara yang direka-reka yang tidak ditunjukkan oleh mana-mana dalil syari'i pun, malah pembahagian itu sendiri saling bertolak-tolakan. Kerana hakikat bid'ah itu ialah sesuatu yang tidak ditunjuki oleh mana-mana dalil syarak, tidak juga oleh mana-mana nash syarak dan tidak dari qaedah-qaedahnya. Kerana jika di sana terdapat suatu dalil syarak yang menunjukkan atas wajibnya sesuatu, sunat atau harus, mengapa pula perkara berkenaan dikatakan bid'ah (hasanah). Ia sebenarnya (bukanlah bid'ah hasanah) tetapi perkara berkenaan telahpun masuk di bawah keumuman amal yang diperintahkan atau perkara yang dibolehkan (membuat pilihan).
Akhirnya natijahnya adalah satu, kerana mereka mengatakan bahawa penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu, Usul Feqh dan ilmu-ilmu Islam lain adalah sebagai bid'ah wajib dan sebagai fardu kifayah.
Manakala sebahagian yang lain tidak bersetuju perkara-perkara di atas (penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu...) itu dinamakan sebagai bid'ah hasanah. Kata mereka: "Pembahagian ini adalah pembahagian untuk bid'ah dari sudut bahasa sahaja. Yang kami kehendaki dengan bid'ah adalah bid'ah dari sudut syarak. Tentang perkara-perkara di atas, kami mengeluarkannya dari senarai bid'ah. Adalah tidak baik jika ia disebut sebagai sesuatu yang bid'ah. Yang utama adalah kita berpegang kepada Hadis yang mulia; kerana hadis datang dengan lafaz berikut dengan terang dan nyata: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah itu dholalah (menyesatkan)."
Dengan keumuman lafaz hadis di atas, maka apabila dikatakan: "Setiap bid'ah itu dholalah" maka tidak perlulah kita katakan lagi: "bid'ah itu ada yang baik, ada yang keji, ada yang wajib, ada yang sunat dan seterusnya...." Pembahagian sebegini adalah tidak perlu.
Apa yang benar ialah, bahawa kita katakan apa yang telah disabdakan oleh s.a.w. di dalam hadisnya: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah adalah dholalah." Yang dimaksudkan adalah bid'ah sebagaimana yang telah ditahqiq oleh al-Imam al-Syathibi: "Bid'ah ialah jalan di dalam agama yang direka-reka/diada-adakan." Iaitu yang tidak ada asal-usulnya dari syarak, tidak juga dari al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qiyas, mashlahah mursalah dan tiada di kalangan fuqaha' yang menyatakan dalil mengenainya.
Sumber: Islamonline.net
KATAKAN TIDAK PADA WAHABI
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.
Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.
Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.
Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.
Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi'i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi. Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi'i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi. Apakah semua penulis itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab al-Syafi'i??!. Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid'ah yang tidak elok” (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.
Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “awak wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!!
Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali). Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut: Dar al-Fikr).
Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi'i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi'i, terutamanya dalam fiqh muamalat. Lihat sahaja hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina al-Imam al-Syafi'i. Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi'i dalam majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya. Bahkan ada yang membuat cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A’azu bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua). Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).
Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah. Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi'i r.h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya. Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan. Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasulNya ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan lalui di hadapan. Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi. Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya. Dalam banyak perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli ‘tuduh menuduh’ ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”. (rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau.
Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din. Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali. Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya “Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya” yang dicetak pada awal tahun 2004:
“Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali r.h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat. Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya. Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri. Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.( Surah al-Nisa`: 135)
Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut :Muassasah al-Risalah)
Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja. Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: “Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)
Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya:
-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu”.( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)
-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”.( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-ilmiyyah)
-Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”.( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339)
-Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya”.( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah).
Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya. Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga !!
Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri. Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta kali menyebut : ‘Katakan tidak untuk wahabi’. Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan.
Posted by SueElla at 10:09 PM 0 comments
Petikan Berita: Wahhabi bukan satu fahaman atau aliran
Oleh: IBNU IDRIS
SAYA rasa terpanggil untuk memberi pandangan berhubung dengan kenyataan Dr. Muhammad Uthman Al-Muhammady mengenai ``Wahhabi'' yang katanya, fahaman itu semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda di negara ini.
Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mendakwa bahawa kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut tahlil, talqin di atas kubur, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan beberapa hal yang lain.
Saya berpendapat kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dibuat kerana ia lebih merupakan masalah `furuk' yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.
Perkara-perkara yang disebutkan oleh beliau merupakan isu yang sudah ``basi'' yang sejak 30 ataupun 40 tahun lalu telah dibahaskan.
Isu ini sudah pun lenyap. Ia tidak dibangkitkan lagi sejak itu sehinggalah sekarang ini. Para ulama kita mendapati isu tersebut sebagai ``cabang'', bukan ``pokok'' yang perlu dibahaskan.
Soal ``pokok'' semua ulama Islam di dunia sepakat bersetuju. Hanya soal ``cabang'' sahaja yang diperselisihkan. Dalam agama, ia disebut sebagai ``khilafiah'' sahaja.
Sebenarnya, fahaman ``Wahhabi'' itu tidaklah salah dan ia tidak bertentangan dengan akidah Islam. Kita janganlah berasa khuatir dengan fahaman Wahhabi ini.
Muhammad Abdul Wahab merupakan seorang ``mujadid'' Islam. Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menimbulkan kontroversi yang sungguh hebat pada zamannya.
Tindakannya berani, bangun menentang kezaliman oleh pemerintah Bani Uthmaniyyah yang berpengkalan di Turki pada zaman beliau hidup.
Ketika itu empayar kerajaan Islam sedang berada dalam era kejatuhannya. Kezaliman pihak pemerintah ke atas rakyat ``marhain'' begitu berleluasa sekali.
Umat Islam keseluruhannya pada ketika itu hidup dalam keadaan yang begitu ``pasif'' dan ``lemah'' akibat pelbagai fahaman dan amalan bidaah dan khurafat yang sudah ``sebati'' dengan darah daging mereka.
Sinar cahaya tauhid dan akidah sudah hilang dari dada umat Islam, kerana Allah tidak lagi ``diesakan'' dalam hidup mereka.
Sebaliknya semua bentuk amalan dan ibadat bidaah yang mensyirikkan Allah mendapat tempat yang utama dalam kehidupan.
Atas fakta inilah, maka keadilan dalam Islam sudah jadi terlalu kabur dan tidak difahami oleh umat Islam pada zaman itu. Islam bagi mereka hanya sekadar melaksanakan ibadah-ibadah biasa yang dicampur-adukkan dengan pelbagai amalan bidaah yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w. atau diamalkan oleh para sahabat baginda.
Kemunculan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah untuk ``meluruskan'' perkara-perkara yang sudah bengkok berhubung dengan akidah yang agak sudah lama terpesong.
Oleh kerana usaha Muhammad Abdul Wahab ini benar-benar menungkah arus, maka beliau ditentang hebat oleh mereka yang sudah tersimpang jauh dari ajaran asal yang dibawa oleh baginda Rasulullah.
Gelaran ``Wahhabi'' telah dilabelkan kepada Muhammad Abdul Wahab ini sempena nama ayahnya ``Abdul Wahab'' kerana pihak-pihak yang menghalang gelombang kebangkitan ``reformasi'' yang dipelopori oleh beliau tidak mahu namanya sebenar, kerana ia kebetulan sama dengan nama Nabi Muhammad.
Mereka bimbang, jika nama sebenarnya dikutuk dan dicerca, kesan yang ingin dicapai akan sebaliknya dan orang ramai akan menganggap bahawa yang dikutuk dan dihina itu adalah diri Nabi dan bukannya Syeikh Muhammad.
Sebenarnya, sebelum kemunculan atau kedatangan Muhammad bin Abdul Wahab, Islam sudah melalui era reformasinya sejak sekitar kurun ke-6 Hijrah lagi dengan kelahiran atau kemunculan seorang tokoh mujadid Islam yang paling terkenal iaitu ``Ibnu Taimiyyah'' dan kemudiannya telah disambung oleh anak muridnya bernama ``Ibnu Qayyim'' Al-Jauziyah.
Ilmu yang ditinggalkan oleh kedua-dua ulama besar dan tokoh ilmuwan Islam yang berjasa ini, telah mencetuskan kebangkitan ramai ulama lain, termasuklah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sendiri, yang muncul selepas kewafatan kedua-dua ulama besar ini dan bangun berjuang mengembalikan kebenaran dan memerangi kebatilan serta kezaliman dalam semua aspek kehidupan umat Islam.
Ingin juga ditegaskan di sini terutama kepada Dr. Muhammad Uthman Al-Muhammady bahawa ``Wahhabi'' bukanlah satu mazhab dan juga bukan satu aliran atau fahaman baru yang direka-reka sesuka hati oleh Muhammad Abdul Wahab itu sendiri.
Bahkan ``Wahhabi'' tidak mempunyai erti apa-apa selain hanya merupakan nama kepada bapanya. Sebenarnya gelaran ``Wahhabi'' ini tidak lain hanya merupakan satu gelaran yang sengaja dimomok-momokkan ke atas mereka yang memilih untuk kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar, mengikut al-Quran dan as-sunnah berdasarkan kepada amalan golongan ``salaf'' supaya mereka akan dianggap sesat oleh pihak-pihak yang cuba menyekat kebangkitan ini.
Mengenai dakwaan konon kumpulan Wahhabi ini di antaranya menolak amalan membaca al-Quran kepada orang sudah mati, sebenarnya tidak ada nas yang menyuruh kita berbuat demikian.
Hal ini tidak ada disyariatkan oleh agama dan tidak ada nas al-Quran yang boleh dipegang.
Hakikatnya, membaca Quran tidak salah, tetapi membaca Quran di sebelah ``orang mati'' tidak disuruh oleh agama. Hal ini janganlah pula kita salah faham.
Tetapi apa yang disyariatkan oleh agama ialah baca Quran pada orang hidup, supaya mereka boleh mengambil manfaat dan faedah dari ayat Quran dan supaya orang hidup boleh faham akan ayat-ayat Allah.
Membaca Quran kepada orang yang sudah mati, tidak ada apa-apa manfaat yang boleh mereka peroleh. Dia sudah mati, Allah sudah ambil mereka dan itu adalah urusan Allah.
Begitu juga dengan membaca ``talqin'' di atas kubur. Talqin bermaksud mengajar. Sistem pendidikan ketika itu sudah tidak wujud lagi.
Bagaimanakah orang hidup boleh mengajar kepada orang yang sudah mati? Sebenarnya, membaca talqin itu untuk orang hidup, tetapi ingatan itu tidak semestinya diberitahu ataupun dibacakan di atas kubur.
Di dalam masjid, di dalam surau, di dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah-kuliah agama boleh diberitahu tentang hal bila seorang itu mati, dimasukkan dalam kubur dan malaikat akan soal dan berbagai-bagai lagi berkait dengan alam kubur, tetapi bukannya diberitahu ketika berada di atas kubur.
Di dalam kitab Bahrul Mazi dalam bab mati, alam barzakh dan alam akhirat ada dijelaskan perkara-perkara ini.
Mengenai golongan ``Wahhabi'' menolak amalan berdoa dan berzikir dakwaan ini tidak benar. Apa yang ditegah ialah membaca doa dengan suara yang kuat dan nyaring dalam masjid ataupun surau.
Kerana ini akan mengganggu para jemaah lain yang sedang bersolat dalam masjid. Lagipun, Allah itu Maha Mendengar, tidaklah perlu kita baca kuat-kuat dan berzikir sehingga tidak sedarkan diri.
Sebenarnya berdoa dan berzikir tidaklah dilarang, tetapi yang ditegah ataupun dilarang dengan ``suara nyaring'' yang boleh menimbulkan kesulitan kepada jemaah lain.
Masalah kita ialah ``kita suka main ikut-ikut'' atau dengan lain-lain ``bertaqlid'' secara membuta tuli. Konon, kita ini mengikut mazhab Syafie, sedang As-Syafie iaitu Muhammad Idris as-Syafie tidak suruh kita buat begitu.
Imam Syafie suruh kita ikut Nabi sebagaimana beliau ikut. Imam Syafie tidak suruh kita ikut dia (Imam Syafie) tetapi suruh ikut Rasulullah.
Jadi, apa yang pelik sikit dari kelaziman adat dan budaya kita, maka kita kata itu bukan dari mazhab Syafie. Sebenarnya kita sudah banyak tertipu dengan sikap ``bebal'' kita ini.
Terdapat banyak amalan telah sebati dengan darah daging, dengan budaya dan adat masyarakat kita dan tidak pernah pun diajar oleh Imam Syafie ataupun imam-imam mazhab yang lain.
Dalam Quran terlalu banyak dalil yang menyuruh orang-orang beriman dan bertakwa untuk menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan, kerana apa juga jalan yang kita lalui selain dari jalan yang ditunjuk ajar oleh baginda Rasulullah untuk menuju Allah adalah terbatal dan tidak diterima oleh Allah.
Kita haruslah ingat bahawa Islam itu bukanlah milik sesiapa secara mutlak. Ia milik manusia sejagat dan Islam itu ditegakkan dengan asas ilmu, bukanlah melalui sangka-sangkaan.
Memanglah benar perbezaan pendapat (kesilapan) dibenarkan dalam Islam, tetapi perbezaan pendapat ini hanyalah perkara furuk sahaja (cabang).
Pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh Dr. Muhammad Uthman itu memanglah patut diberikan komen, supaya orang ramai yang tidak memahami dan kurang tahu tentang fahaman Wahhabi tidak terkeliru ataupun sekurang-kurangnya mendapat sedikit maklumat mengenai apa yang sebenarnya ``Wahhabi'' itu.
Saya percaya bahawa pandangan ini hanya akan diterima oleh mereka yang mempunyai keikhlasan hati sahaja untuk mencari kebenaran.
Tetapi bagi mereka yang gemar bertaqlid dan tidak meminati kebenaran akan menolaknya. Ini merupakan satu pandangan sahaja sekadar yang saya perolehi dari maklumat-maklumat hasil menelaah kitab-kitab agama dan hasil pembacaan mengenai Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang apa dipanggil sebagai ``mazhab Wahhabi.''
Sumber: Utusan Online http://www.utusan.com.my/

Wahabi? Siapakah Wahabi?
Ramai orang bercakap tentang Wahhabi tetapi mereka tidak kenal siapakah mereka. Apabila mereka tidak mengenali mereka tetapi mereka ingin bercakap juga mengenainya, maka berlakulah banyak kesilapan. Kesilapan berkenaan adakalanya hingga menyebabkan mereka terjebak ke dalam api penyebaran fitnah terhadap mereka yang memperjuangkan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w.
Serangan terhadap golongan Wahhabi yang juga antara pembela as-Sunnah akhir zaman ini banyak diseliputi oleh dendam kesumat terhadap golongan yang benar ini. Kita dapat bayangkan bagaimana marahnya golongan yang anti kepada Wahhabi ini sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah dan cacian terhadap mereka. Bagaimana golongan berkenaan tidak marah kepada Wahhabi, jika amalan tradisi turun menurun dari nenek moyang mereka yang disalut dengan pelbagai kosmetik agama cuba dibenteras oleh golongan Wahhabi.
Siapa tidak berang apabila pegangan ilmu Martabat Tujuh yang totok dari falsafah yang pernah diserang habis-habisan oleh al-Ghazali, kini diserang pula oleh Wahhabi. Hairannya, mereka tidak pula menyerang al-Ghazali. Itulah kejahilan mereka tentang asal usul ilmu yang mereka pegang.
Itu tidak termasuk serangan Wahhabi terhadap zikir "Yahoo.. Yahooo.. Yahoo.." mereka, kegiatan bertawaf dan meminta-minta dari kuburan dan pelbagai macam pegangan mereka yang apabila kita semak kembali, kita tertanya-tanya: "Apakah ini dari ajaran Islam?" "Apakah ini yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w."?
Istilah wahabi sebenarnya bukan istilah baku dalam literatur Islam. Dan penisbahan istilah wahabi kepada sebagian umat Islam pun kurang objektif. Meski istilah `wahabi` bila kita runut dari asal, memang mengacu kepada tokoh ulama besar di tanah Arab yang bernama lengkap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi Al-Najdi (1115-1206 H atau 1703-1791 M). Namun para pendukung dakwah beliau umumnya menolak bila dikatakan bahwa gerakan mereka adalah gerakan wahabiyah. Justru mereka lebih sering menggunakan istilah ahlisunnah wal jamaah atau dakwah salafiyah.
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab lahir di 'Uyainah dan belajar Islam dalam mazhab Hanbali. Beliau telah menghafal Al-Qur'an sejak usia 10 tahun. Dakwah beliau banyak disambut ketika beliau datang di Dar`iyah, bahkan beliau dijadikan guru dan dimuliakan oleh penguasa setempat saat yaitu pangeran (amir) Muhammad bin Su`ud yang berkuasa 1139-1179. Oleh amir, dakwah beliau ditegakkan dan akhirnya menjadi semacam gerakan nasional di seluruh wilayah Saudi Arabia hingga hari ini.
Pokok ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab
Sosok Muhammad bin Abdul Wahhab menjadi pelopor gerakan ishlah (reformasi). Sosok beliau muncul menjelang masa-masa kemunduran dan kebekuan berpikir pemikiran dunia Islam, yaitu sekitar 3 abad yang lampau atau tepatnya pada abad ke-12 hijriyah. Dakwah ini menyerukan agar aqidah Islam dikembalikan kepada pemurnian arti tauhid dari syirik dengan segala manifestasinya.
Sementara fenomena umat saat itu sungguh memilukan. Mereka telah menjadikan kuburan menjadi tempat pemujaan dan meminta kepada selain Allah. Kemusyrikan telah merajalela dan merata di hampir semua penjuru negeri. Bid`ah, khurafat dan takhayyul menjadi makanan sehari-hari. Dukun berkeliaran ke sana ke mari, ramalan-ramalan dari syetan sangat digemari, sihir menjadi aktifitas umat, ilmu ghaib seolah menjadi alternatif untuk menyelesaikan berbagai persoalan dalam kehidupan umat Islam.
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab saat itu bangkit mengajak dunia Islam untuk sadar atas kebobrokan aqidah ini. Beliau menulis beberapa risalah untuk menyadarkan masyarakat dari kesalahannya. Salah satunya adalah kitabut-tauhid, yang hingga kini masih menjadi rujukan banyak ulama di bidang aqidah.
Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini kemudian melahirkan gerakan umat yang aktif menumpas segala bentuk khurafat, syirik, bid`ah dan beragam hal yang menyeleweng dari ajaran Islam yang asli. Mereka melarang membangun bangunan di atas kuburan, juga mengharamkan untuk menyelimuti kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka juga melarang orang meminta kepada kuburan, orang yang sudah mati, dukun, peramal, tukang sihir dan tukang teluh. Mereka juga melarang tawassul dengan menyebut nama orang shaleh seperti kalimat bi jaahirrasul atau keramatnya syeikh Fulan dan Fulan.
Dakwah beliau lebih tepat dikatakan sebagai dakwah salafiyah. Dakwah ini telah membangun umat Islam di bidang aqidah yang telah lama jumud (beku) akibat kemunduran aqidah umat. Dakwah beliau sangat memperhatikan pengajaran dan pendidikan umum serta merangsang para ulama dan tokoh untuk kembali membuka literatur kepada buku induk dan maraji` yang mu`tabar, sebelum menerima sebuah pemikiran.
Sebenarnya mereka tidak pernah mengharamkan taqlid, namun meminta agar umat ini mau lebih jauh meneliti dan merujuk kembali kepada nash-nash dan dalil dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW serta pendapat para ulama salafus shalih.
Di antara tokokh ulama salaf yang paling sering mereka jadikan rujukan adalah:
a. Imam Ahmad ibn Hanbal (164-241 H)
b. Ibnu Taimiyah (661-728 H)
c. Muhammad Ibnul Qayyim Al-Jauziyah (6691-751H)
Oleh banyak kalangan, gerakan ini dianggap sebagai pelopor kebangkitan pemikiran di dunia Islam, antara lain gerakan Mahdiyah, Sanusiyah, Pan Islamisme-nya Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh di Mesir dan gerakan lainnya di benua India. Paling tidak, masa hidup Muhammad bin Adbul Wahhab lebih dahulu dari mereka semua. Dalam penjulukan yang kurang tepat, gerakan ini sering dijuluki dengan wahabi. Namun istilah ini tidak pernah diterima oleh mereka yang ikut mengembangkan dakwah salafiyah.
Demikian sekelumit tentang gerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Maka dengan demikian, sesungguhnya dakwah ini juga dakwah ahlisunnah wal jamaah. Sebab tetap berpegang kepada sunnah Rasulullah SAW dan juga para jamaah (shahabat ridhwanullahi 'alaihim).
Para pendiri dakwah ini umunya bermazhab fiqih dengan mazhab Al-Hanabilah, jadi tidak benar kalau dikatakan mereka anti mazhab. Namun memang mereka tidak selalu terikat dengan mazhab tersebut dalam fatwa-fatwanya. Terutama bila mereka menemukan dalil yang lebih rajih. Oleh karena itu dakwah merka sering disebut La Mazhabiyyah, namun sebenarnya lebih kepada masalah ushul, sedangkan masalah furu`nya, mereka tetap pada mazhab Al-Hanabilah.
Dakwah ini jelas-jelas sebuah dakwah ahlisunnah wal jamaah serta berpegang teguh dengannya. Mereka menyeru kepada pemurnian tauhid dengan menuntut umat agar mengembalikan kepada apa yang dipahami oleh umat Islam generasi pertama.
Sedangkan bila dikatakan bahwa dakwah ini mengharamkan ziarah kubur, sebenarnya tidak juga. Sebab mereka pun mengakui bahwa ziarah kubur itu ada masyru'iyahnya dari syariat Islam.
Dahulu Aku (Rasulullah SAW) melarang kalian ziarah kubur, namun sekarang silahkan berziarah kubur. (HR Muslim dan merupakan hadits Shahih dan terdapat dalam syarah imam Nawawi)
Hanya saja mereka agak lebih berhati-hati, agar jangan sampai niat ziarah yang baik itu dirusak dengan praktek-praktek yang diharamkan. Seperti meminta doa dari ahli kubur, meminta keberkahan, minta diselamatkan, minta dilindungi, minta jodoh, rizqi dan sebagainya. Sebenarnya praktek seperti inilah yang mereka takutkan. Dan memang praktek seperti ini tidak dibenarkan dalam ajaran Islam. Sebab tempat meminta itu hanya kepada Allah SWT saja, bukan kepada kuburan.
Wallahu a'lam bish-shawab, Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wa barakatuh
Ahmad Sarwat, Lc
Sumber: http://www.eramuslim.com/ks/us/59/21172,1,v.html
Maklumat lanjut boleh dapatkan di http://al-ahkam.net/home/index.php?module=htmlp&func=display&pid=8

Fitnah ke atas Syeikh Muhammad Abdul Wahab
Tuduhan 1: Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya membenci Nabi Muhamad s.a.w:
- Tongkat syeikh lebih baik dari Nabi Muhamad s.a.w.
- Syeikh melarang berselawat ke atas Nabi s.a.w. selepas azan di atas menara.
Tuduhan 2: Nabi s.a.w. melaknat Nejd kerana tempat naiknya tanduk syaitan.
Tuduhan 3: Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya telah melarang daripada membaca kitab: “Dalail Al khairat” dan “Syawariq Al Anwar”
Syubhat syubhat Ke Atas Syeikh Muhammad Abdul Wahab
Oleh: Tuan Guru Abdul Qadir Al-Mandeely (Guru di Masjidil Al-Haram Mekkah Al-Mukarramah)
Syubhat syubhat dan fitnah fitnah yang dilemparkan ke atas SMAW adalah teramat banyak serta ianya masih lagi bersarang di dalam kepala sesetengah umat Islam. Disini memadailah kita membawa dua atau tiga syubhat keatas SMAW sebagai contoh. Di antaranya:
>>Syubhat Pertama
Mereka mendakwa bahawa SMAW dan pengikut pengikutnya membenci Nabi Muhammad SAW, menghina baginda SAW dan para nabi yang lainnya a’alaihimussolatu was-salam.
Bagi menguatkan dakwaan mereka, mereka berkata bahawa SMAW telah berkata:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW seumpama seseorang yang tuli yang diutuskan kepada manusia untuk menyampaikan sesuatu perkara kemudian ia pulang.”
Berkata Alwi Al Haddad dalam kitabnya “Misbah Al An’am” :
SMAW dan para pengikutnya berkata :
” Tongkat saya adalah lebih baik daripada Muhammad kerana ia dapat membunuh ular dan seumpamanya. Sedangkan Nabi Muhammad telah mati dan tidak terdapat manfaat sekali padanya ”.
Manakala Sayed Ahmad Zaini Dahlan pula berkata:
“Pengikut SMAW telah terlarang daripada berselawat kepada Nabi SAW selepas azan diatas menara, sehinggakan apabila seseorang tukang azan yang buta berselawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas azan lalu ia dibawa kepada SMAW dan dibunuhnya tidak akan wujud melainkan pada diri orang orang Maulid, Yahudi dan Nasrani”.
Bantahan Kepada Syubhat Yang Pertama
Sesungguhnya dakwaan ini adalah fitnah yang keji yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada individu Islam yang berusaha gigih untuk menegakkan Al-Quran dan As Sunnah. Tambahan pula sikap membenci Nabi Muhammad SAW tidak akan wujud melainkan pada diri orang orang Maulhid, Yahudi dan Nasrani.
Sepertimana yang kita telah ketahuio, syarat untuk seseorang itu menjadi seorang Islam adalah dengan ucapan dua kalimah syahadat “Bahawasanya aku naik saksi tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah” oleh itu bagaimana mungkin seorang yang mengaku dirinya Islam membenci Rasulullah serta melarang berselawat kepadanya.
Allah berfirman:
“Katakanlah, Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosa kamu”. (Ali Imran 31)
Ayat ini mejelaskan kepada kita bahawa adalah syarat bagi seorang hamba yang mendakwa ianya mencintai Allah SWT itu mengikuti RasulNya. Dan mengikuti RasulNya tidak dapat tidak adalah dengan wujud perasaan cinta terhadapnya. Rasulullah SAW bersabda:
”Maksudnya: Tidak beriman seseorang itu sehingga adalah aku lebih dicintainya daripada bapanya dan anaknya serta manusia sekeliannya”.
Justeru itu bagaimana mungkin sahnya iman seseorang itu sdangkan ia tidak mencintai rasulullah SAW.
Di samping itu kita harus menyedari bahawa SMAW juga turut menghasilkan kitab “Seerah Rasulullah SAW”.Andaikan beliau tidak mencintai Rasulullah Saw, nescaya beliau tidak akan mengarang kitab “SIRAH” yang memaparkan kehebatan dan kebesaran rasulullah SAW dari mula baginda dilahirkan hingga wafat.
SMAW adalah seorang yang bermazhab Hambali, mereka berpendapat berselawat ke atas Nabi SAW di dalam tahiyyat akhir adalah daripada fardhu. Solat iti tidak sah melainkan dengan selawat ke atas Nabi SAW. Pendapat ini adalah bertepatan dengan pendapat (qaul) kedua imam Syafe’I, manakala mazhab Maliki dan Hanafi pula menyatakan ianya sunat. Oleh itu bagaimana mungkin kita boleh menuduh orang yang mewajibkan selawat ke atas Nabi SAW di dalam solat itu menbenci Rasulullah SAW.
Adakah mereka itu lupa bahawa selawat ke atas Rasulullah SAW itu adalah merupakan perintah Allah SWT. FirmanNya:
Maksudnya: “sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman! Berselawatlah kami ke atas Nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Azhab:50)
Para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa berselawat tanpa mengangkat suara selepas azan itu merupakan bid’ah yang berlaku pada tahun 781H, di man a ia tidak pernah berlaku pada zaman para sahabat, tabi’in serta imam yang empat.
>>Syubhat Yang Kedua
Meraka mendakwa SMAW serta para pengikutnya telah berkat: “Bahawa Nabi Muhammad Saw telah mela’nat menghina negeri Najd serta melarang daripada berdoa untuk ahli-ahlinya, telah sabit dalam hadith sahih bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ya Allah! Berkatilah bagi kami pada negeri Syam dan negeri Yaman kami. Mereka berkata: “dan pada negeri Najd kami”. Bersabda Nabi: “Ya Allah! Berkatilah kami pada negeri Syam kami dan negiri Yaman kami. Mereka berkata: “Dan kepada negeri Najd kami. Maka aku menyangka mereka bersabda pada kali yang ketiga; di sana terdapat gempa dan fitnah dan di sana naiknya tanduk syaitan…. Di dalam hadith yang lain pula: “Kepala kufur dari sebelah matahari naik”.
Muhammad b. Abdul Wahab dilahirkan dan di besarkan di negeri Najd, manakala Nabi Muhammad SAW pula memberitahu di sana terdapat gempa dan fitnah, Maka da’wah SMAW adalah sebahagian daripada gempa dan fitnah. Sesungguhnya telah lahir sebelumnya daripada negeri Yamaamah “Musailamah Al Kazzab’ yang mendakwa sebagai Nabi, begitu juga dengan Thulaihah b. Khuwailid Al Asadi. Najd terletak sebelah Timur Madinah.
Bantahan Terhadap Syubhat Yang Kedua
Kita tidak menafikan bahawa Hadith yang mereka kemukakan di atas adalah sahih, tetapi ia bukan untuk mela’nati negeri Najd Al Yamamah, bahkan kalimah Najd itu disebut bagi setiap sesuatu yang lebih tinggi atau menonjol daripada permukaan mukabumi. Manalaka kawasan yang terletak di timur Madinah adalah Iraq dan bukanya Al Yamamah seperti mana dakwaan mereka.
Telah berkata Al Karmaani didalam Syarah Al Bukhri: asal “Najd” Itu adalah sesuatu yang meninggi daripada permukkan bumi dan ia bersalahan dengan tanah rendah”. Ibnu Hajar Al Asqolani pula berkata: “ Telah bersepakat mereka yang telah mensyarahkan hadith dan par imam lughah pada kalimat “Najd” itu bukannya nama bagi negeri yang khusus dan bukannya nama bagi negeri yang tertentu, bahkan ia disebutkan bagi setiap bahagian di muka bumi yang meninggi dan yang menonjol daripada permukaan yang sekitarnya.
Jesteru itu “Najd” di negeri Arab adakah teramat banyak, di antaranya: Najd Al Barq, Najd Ija’, Najd Al Iqab di Damsyik, najd Yaman, Najd Hijaz dan Najd Iraq yang terletak di sebelah timur Madinah Al Munawwarah.
Ketika mensyarahkan hadith “Tanduk syaitan itu terbit daripada Najd”, Al Karmaani telah berkata: “Ianya adalah permukaan bumi yang tinggi daripada Tihamahhingga kepada negiri Iraq:.
Dari itu jrlaslah kepada kiat bahawa hadith yang mencela “Najd” di mana terbitnya tanduk syaitan darinya bukanlah ditujukan kepada Najd Al Iraq dan sekelilingnya.
Telah berkata pengarang “Akmalul Bayan fi Syarhi Hadith Najd ’Qarnul Syaitan’”. Yang dimaksudkan dengan negeri-negeri yang terletak di sebelah timur Madinah Al Munawwarah seperti mana yang tersebut di dalam hadith-hadith itu ialah tempat bermulanya fitnah dan fasad, pusat kekufuran dan ilhad serta tempat terbitnya bid’ah dan kesesatan. Maka lihatlah pada peta Arab dengan pandangan yang teliti, nescaya jelaslah kepada kamu bahawa permukaan bumi yang tinggi di sebelah timur Madinah itu aialah Iraq yang terletak pada Kufah, Basrah dan Baghdad”.
Di antara gempa dan fitnah yang telah berlaku di Najd Iraq itu ialah: peperangan Jamal dan Siffin. Di mana kedua-dua peperanagn ini sedikit sebanyak telah meretakkan perpaduan umat Islam dan menjadi sebab munculnya golongan sesat seperti Khawarij dan Syiah serta berlakunay peristiwa kafir mengkafir dikalangan umat Islam ketika itu.
Kemudian berlaku pembunuhan Hasan b. Ali RA dan ia adalah sebesar-beasr fitnah yang berlaku kepada umat Islam. Kemudian munculnya Al Mukhtar Al Ubaed ath Thaqafi yang mendakwa menerima wahyu serta berlakunya tragedi pembunuhan Zaid b. Ali b. Husain.
Di sanalah munculnya golongan Mu’tazilah dan Qadariyah serta berlakunya tragedi fitnah Al Quran itu Makhluq, di mana Al Ma’mun telah memaksa umat Islam agar ber’itiqad bahawa Al Quran itu Makhluq sehingga membawa kepada pembunuhan Imam Ahmad Al Khazaie’, manakala Imam Ahnad b. Hambal pula disisksa dan dipenjarakan kerana menentang I’tiwad yang bathil ini.
>>Syubahan Yang Ketiga
Meraka menyatakan SMAW dan para pengikutnya telah melarang daripada membaca kitab: “Dalail Al khairat” dan “Syawariq Al Anwar” di man kitab ini banyak menghimpunkan fadhilah-fadhilah berselawat ke ats nabi SAW dab berbagai lafaz selawat.
Bantahan Syubahat Yang Ketiga
Kita seharusnya meneliti adakah larangan SMAW itu daripada membaca kedua-dua kitab tersebut di atas adalah berdasarkan kepada larangan berselawat ke atas nabi Saw atau sebaliknya.
Terlebih dahulu kita seharuslah menyedari bahawa kedua-dua kitab tersebut di ats adalah di penuhi dengan hadith-hadith yang daif dan palsu (maudhu’) bahkan lafaz-lafaz selawat di dalam kitab itu tidak warid daripada Al Quran dan As Sunnah. Ianya hanyalah semata-mata ciptaan pengarang kitab tersebut.
Pengarang kitab di atas telah menjadikan selawat-selawat itu sebagai hizib yang perlu dibaca pada hari-hari tertentu sepanjang minggu, sedangkan perbuatan menjuzu’kan selawat-selawat serta membahagi-bahagikan selawat mengikut hari adalah merupakan bid’ah yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW, para sahabt, tabi’in serta para imam yang mu’tabar.
Selawat kepada nabi SAW adalah merupaka ibahad dan perkara ‘qurbah’ (mendekatkan diri kepada Allah SWT) yang di bina atas tauqifiah di man ibadah itu hendaklah berpunca daripada Al Quran dan As Sunnah dan bukannya dicipta ola\eh manusia. Jesteru itu bagaimana mungkin kita menjadilak selawat-selawat yang di hasilkan oleh pengarabg kitab tersebut sebagai ibadah kita setiap hari dan sepanjang minggu.
Di sini kita kemukakan contoh hadith yang di sandarkan kepada Nabi SAW yang terdapat di dalam kitab tersebut. Bersabda Nabi SAW:
“Tidak ada daripada seorang hamba yang berselawat kepadaku melainkan keluar selawat daripada mulutnya dengan segera tidak daratan dan tidak lautan, tidak timur dan tidak barat melainkan lalu selawat itu serta berkata: “Aku berselawatlah Fulan b. Fulan dan ia telah berselawat ke atas Nabi pilihan”. Maka tidak ada sesuatu melainkan berselawat ke atasnya. Dan Allah jadikan daripadanya seekor burung yang mempunyai 70 ribu sayap dan tiap-tiap sayap 70 ribu bulu dan tiap-tiap buku 70 ribu muka dan pada tiap-tiap muka 70 ribu mulut dan tiap-tiap mulut ada 70 lidah dan setiap lidah itu bertasbih bagi Allah dengan 70 ribu bahasa dan Allah menulis pahala semua itu untuk orang tersebut.”
Jelaslah kepada kiata bahawa larangan SMAW daripada mengambil panduan dari kitab “Dalail Al Khairat” dan ‘Syawarariq Al Anwar” adalah berdasarkan kepada beberapa kaedah syarie dan bukannya kerana tidak suka berselawat ke Atas Nabi SAW.
Petikan dari: http://www.al-wahidah.com/artikel/wahabi0.html

Langgan:
Catatan (Atom)