Usaha menyeluruh di dalam berpesan kepada kebenaran
Usaha ini mestilah dilakukan merangkumi dua keadaan; pertama sebagai sokongan, kedua sebagai tegahan. Orang yang berbuat baik wajar disokong manakala orang yang berbuat jahat mestilah ditegah. Sabda Rasulullah S.A.W:
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
Maksudnya: “Bantulah saudaramu dalam keadaan dia zalim ataupun dizalimi.” Mereka berkata, ‘Kami akan membantunya bila dizalimi, tetapi bagaimanakah kami patut membantunya bila dia zalim?’ Sabda Baginda, “Kamu menegah dua tangannya.” (al-Bukhari No. 2264)
Support US!
Search This Blog
Label
As-Sunnah
Ilmu
Artikel Pilihan
Wahabi
bid'ah
Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam
Kebenaran
Pesanan
Amal Salleh
Panduan
Puasa
Kesabaran
Ramadan
Ibadah
Iman
Adab
Akidah
Fitnah
Istiqamah
Matlamat Kita dalam Bulan Ramadhan
Al-Quran
Download
Jihad
Menyambut Kedatangan Ramadan
Mudahkan Pendekatan Islam
Perintah Allah Dan Rasul
Rujukan
Video Bida'ah
Cadangan
Dakwah
Dalil
Doa
Fakta
Fatwa
Haram
Hiburan
Kematian
Kesimpulan
Maulid
Pendapat
Pendirian Umat Islam
Pengertian Sunnah
Penjagaan Lidah
Penyakit Hati
Rejab
Syiah
Taqwa
04 Julai 2008
Kedudukan berpesan kepada kebenaran
Berpesan kepada kebenaran merupakan perkara asasi dalam agama Islam. Rasulullah S.A.W. telah menggambarkan perkara ini sebagai agama itu sendiri. Ini kerana apabila perkara ini berjalan, ajaran-ajaran agama akan tersebar dan sekaligus terpelihara. Sabda Rasulullah S.A.W :
الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
Maksudnya: “Agama ialah nasihat”. Kami bertanya untuk siapa? Sabdanya, “Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, para pemimpin muslimin dan orang awam muslimin”. (al-Bukhari No. 82)

Al-Sunnah dalam Berpesan Kepada Kebenaran
Setelah mempunyai Iman yang muncul dengan ilmu yang mantap, kemudian disusuli oleh amal yang salih, individu muslim mestilah bergerak ke peringkat ke tiga iaitu berpesan kepada kebenaran yang sinonim dengan nasihat, dakwah dan al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar. Di dalam melaksanakannya sudah tentulah Rasulullah S.A.W. juga merupakan teladan unggul.
27 Jun 2008
Kesederhanaan dalam amal salih
Satu lagi konsep Islam dalam amal salih ialah kesederhanaan. Konsep yang dikenali sebagai al-Wasatiyyah ini membawa maksud pertengahan dalam semua perkara. Antara cara termudah untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu amalan ialah dengan melihat kedudukannya. Sekiranya amalan itu berat sebelah samada kepada kekerasan atau kelembutan, dapatlah kita pastikan bahawa amalan itu tidak menepati cara al-Sunnah.
Sabda Rasulullah S.A.W:
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ
Maksudnya: Sesungguhnya agama ini mudah. Tiada seorangpun yang keterlaluan dalam amalan agama kecuali dia akan dikalahkan oleh agama. Jadi hendaklah kamu berusaha menepati kebenaran dan berusaha menepati kesempurnaan serta bergembiralah (dengan janji-janji baik Allah). Hendaklah kamu berusaha pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. (al-Bukhari No. 38)
Kesederhanaan dan kemudahan agama akan bertukar menjadi keterlampauan atau kerumitan sekiranya amalan dilakukan tanpa mendapat sinaran al-Sunnah.

Labels:
Amal Salleh,
As-Sunnah,
Panduan
Kesinambungan amal salih
Satu perkara penting yang ditekan oleh Rasulullah S.A.W ialah konsep kesinambungan dalam amal salih. Konsep ini terserlah dalam beberapa hadith Baginda. Amalan mestilah berterusan walaupun sedikit kerana inilah sebaik-baik amalan di sisi Allah. Sabda Rasulullah S.A.W.:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ وَقَالَ اكْلَفُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ
Maksudnya: Daripada Aisyah r.a bahawa Nabi S.A.W. telah ditanya, ‘Amalan bagaimanakah yang lebih baik?’ Jawab Baginda, “(Sebaik-baik amalan di sisi Allah Ta'ala ialah) yang berterusan walaupun sedikit.” Baginda bersabda lagi, “Buatlah amalan yang kamu mampu.” (al-Bukhari No. 5984)
Melakukan amalan secara berterusan dengan kadar yang sedikit lebih mudah untuk manusia daripada melakukan amalan dengan banyak sekaligus. Agama Islam amat menitik beratkan sifat atau naluri manusia. Amalan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T pastinya dapat dilakukan oleh mereka jika mereka dapat membahagi-bahagikan masa dengan baik. Orang yang menekan satu aspek kehidupan pastinya akan mengabaikan aspek yang lain. Inilah yang ditekankan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam hadith berikut bahawa disamping kesinambungan, seseorang mukmin mesti adil di dalam membahagi-bahagikan hak-hak al-Khaliq dan makhluk:
عَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ آخَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ سَلْمَانَ وَأَبِي الدَّرْدَاءِ فَزَارَ سَلْمَانُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فَرَأَى أُمَّ الدَّرْدَاءِ مُتَبَذِّلَةً فَقَالَ لَهَا مَا شَأْنُكِ قَالَتْ أَخُوكَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَيْسَ لَهُ حَاجَةٌ فِي الدُّنْيَا فَجَاءَ أَبُو الدَّرْدَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا فَقَالَ كُلْ فَإِنِّي صَائِمٌ قَالَ مَا أَنَا بِآكِلٍ حَتَّى تَأْكُلَ فَأَكَلَ فَلَمَّا كَانَ اللَّيْلُ ذَهَبَ أَبُو الدَّرْدَاءِ يَقُومُ فَقَالَ نَمْ فَنَامَ ثُمَّ ذَهَبَ يَقُومُ فَقَالَ نَمْ فَلَمَّا كَانَ آخِرُ اللَّيْلِ قَالَ سَلْمَانُ قُمْ الْآنَ قَالَ فَصَلَّيَا فَقَالَ لَهُ سَلْمَانُ إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَ سَلْمَانُ
Maksudnya: Daripada Abu Juhaifah katanya, ‘Nabi S.A.W telah mempersaudarakan antara Salman dengan Abu al-Darda’ lalu Salman menziarahi Abu al-Darda’ dan dia dapati Ummu al-Darda’ tidak terurus. Salman bertanya Ummu al-Darda’ , ‘Kenapa begini?’ Jawabnya, ‘Saudaramu Abu al-Darda’ tidak berhajat kepada dunia.’ Kemudian Abu al-Darda’ pulang dan membuat makanan untuknya lalu Salman berkata, ‘Makanlah’. Jawabnya, ‘Saya puasa’. Kata Salman, ‘Aku tidak akan makan kalau kamu tidak makan’. Lalu dia pun makan. Apabila sampai waktu malam, Abu al-Darda’ bangun untuk solat. Salman berkata, ‘Tidur’. Lalu dia pun tidur. Tak lama kemudian dia bangun lagi dan Salman berkata, ‘Tidur’. Apabila sampai akhir malam Salman berkata, ‘Sekarang bangun’. Lalu mereka berdua bangun dan solat. Kemudian Salman berkata, ‘Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atas kamu, diri kamu mempunyai hak ke atas kamu, keluarga kamu mempunyai hak ke atas kamu, maka hendaklah kamu memberi setiap empunya hak itu haknya. Kemudian Abu al-Darda’ pergi bertanya Nabi tentang perkara ini lalu Nabi bersabda, “Benar kata Salman”. (al-Bukhari No. 5674)

Langgan:
Catatan (Atom)