Support US!

Search This Blog

31 Ogos 2008

Persediaan Untuk Bulan Ramadan-Bhgn 2

Rasululah s.a.w telah bersabda, “Ramadan telah datang kepada kamu sebagai sebuah bulan yang penuh berkat, Allah s.w.t .kurniakan kita keampunan. Oleh itu Alah s.w.t. turunkan keampunan, melenyapkan dosa, perkenankan doa-doa dan melihat kita bersaing untuk kebaikan dan dia memuji manusia kepada malaikat-malaikatnya. Oleh itu, tunjukkan yang terbaik kepada Allah s.w.t. kerana orang yang engkar kepada perintah Allah s.w.t.tidak akan mendapat keampunan dari Allah s.w.t.”

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Ramadan adalah satu perlumbaan, pertandingan.” Kita hendaklah berharap agar kita termasuk dalam glongan orang-orang yang dipuji Allah kepada malaikat-malaikatnya. Bayangkanlah jika Allah s.w.t. memanggil nama kita dan memberitahu kepada para malaikat, dan menyuruh malaikat datang melihat ibadah yang telah kita kerjakan sebagaimana yang diperintahkanNya.


Berikut adalah sambungan dari persediaan untuk bulan Ramadan bhgn 1 :-

2) Kita mestilah tingkatkan tahap motivasi kita: ini boleh dilakukan dengan meningkatkan ibadah kita ketika di bulan Rejab & Syaaban lagi. contoh-contohnya termasuklah : mempertingkatkan solat Nawafil (solat sunat ) selepas atau sebelum solat fardhu yang 5 waktu. Ini harus dilakukan jika ia belum dipraktikkan lagi. Seelok-eloknya, kita harus memperbanyakkan solat nawafil seperti yang disarankan di dalam sunnah. Digalakkan juga melakukan Qamulail, mulai berpuasa sunat dari bulan Syaaban kemudian membaca Al-Quran selepas solat subuh.

Untuk berjaya melakukan semua ini, hendaklah :-

• Tidur awal agar kita dapat bangun awal untuk Qiamulail. Banyakkan rehat selepas solat Zohor agar lebih bertenaga untuk beribadah. Pertingkatkan amalan zikir pagi dan petang dari Quraan & hadith-ini terdapat dalam buku Hisnul Muslim (Perisai Muslim) jangan sesekali tinggalkan zikir harian.

• Perbanyakkan doa terutama pada waktu mustajab berdoa seperti satu jam terakhir sebelum berbuka puasa (waktu magrib), pada hari jumaat. Kita sewajarnya melakukan apa-apa sahaja ibadat yang sebelum ini belum pernah kita lakukan.

3) latihan diri terutama-pelihara deria kita yaqni : penglihatan, pendengaran dan juga lidah agar kita akan sentiasa takut dan mengingati Allah s.w.t. Dengan cara begini, dapat menyucikan jiwa seseorang. Ingat! Apa yang kita lakukan akan membersihkan hati/jiwa kita. Kita hendaklah berusaha untuk mengawal deria kita dari naluri nafsu. Kita sering melihat, mendengar dan bercakap apa sahaja yang kita mahu tanpa sebarang batas.

Untuk mengawal nafsu, kita hendaklah elakkan pergi ke tempattempat yang mempunyai unsur fitnah (dugaan kepada penglihatan, pendengaran & lidah kita) kerana ini dapat menggugat iman seseorang itu. Sebaliknaya, kita harus menggunakan mata kita untuk melihat perkara-perkara yang baik dan diredhai Allah s.w.t.

Latihan telinga - untuk selalu mendengar Al-Quran dan jangan terjerumus dalam fitnah/mengunpat, berbohong, hindari daripada mendengar musik, lagu-lagu mengasyikan.

Latihan lidahnya - elakkan daripada banyak bercakap, latihkan diri untuk perbanyakkan zikir.

Kita hendaklah melatih diri untuk benci membuat dosa agar kita tidak jadi seorang yang pendosa dimana walaupun sudah tahu perbuatan itu berdosa tetapi sudah lali dan tidak takut melakukan dosa.

Kenapakah kita tidak berasa bersalah bila berbuat dosa? Ini adalah kerana kita telah terlampau banyak berbuat dosa sehingga kita tidak berasa takut lagi kepada fitrah asal manusia iaitu takut berbuat dosa. Kita lali dengan dosa-dosa yang kita lakukan!

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: barangsiapa melihat sesuatu kemungkaran, haruslah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, dengan lidahnya, jika tidak mampu juga, hendaklah dengan hatinya. Dengan itu, hendaklah besusaha agar tidak membiarkan diri kita berterusan melakukan dosa. Latihlah diri untuk benci berbuat dosa dan kawallah nafsu kita.

Bagaimanakah cara untuk kita kembalikan keimanan & kepekaan (kepada dosa) ke dalam hati kita?

Kita hendaklah berpegang teguh dengan sunnah sebagaimana firman Allah s.w.t. : “masuklah ke dalam agama Islam dengan sepenuhnya…”

Pertama sekali kita hendaklah perbanyakkan membaca Al-Qur’an, melakukan solat dengan ikhlas, Allah s.w.t memberi amaran bahawa diturunkan malapetaka kepada orang-orang yang ingkar (kafir) agar mereka tidak angkuh. Kita kena perbanyakkan doa dengan penuh penghayatan & emosi dengan cara begini, hati kita akan kembali suci seperti asal.

Kita hendaklah menjauhkan diri daripada berbuat dosa samada zahir atau batin agar mental dan fizikal kita juga akan turut menolak dosa. Dengan ini, kita kembali memberi peluang untuk balik beriman kepada Allah s.w.t

Apakah kaitannya dengan bulan Ramadan?

Ini adalah persiapan kita untuk membersihkan hati kita, supaya bulan segala ibadah Ramadan dapat dilaksanakan dan kita dapat menikmatikan kemanisan ibadah itu. Perkara-perkara di atas dapt menyuci diri kita zahir dan abtin-agar penghayatan bulan Ramadan lebih bermakna.

Latihkan diri kita untuk merasa rendah diri dihadapan Allah s.w.t, barulah kita dapat merasai betapa pentingnya untuk kita bergantung hanya kepada Allah s.w.t.

Allah berfirman kepada nabi Muhammad s.a.w.: “sesungguhnya kami telah turunkan kepada kamu 7 ayat yang berulang-ulang dari Al-Quran yang agung. Maka janganlah kamu sekali-kali cenderong kepada kenikmatan hidup yang telah kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka (orang kafir), janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka, dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman. “surah al Hijr 87-88

Allah s.w.t telah memilih kita untuk mengabdikan diri kepaNya dan telah memberi rahmat kepada kita dengan aqidah yang betul.
Satu doa yang elok dibaca: “Ya Allah janganlah Engkau memberi musibah kepada kami dalam agama kami”. Jika Allah s.w.t. tidak membimbing kita ke jalanNya yang lusrus, kita tidak akan bertahan lama. Kita sentiasa memerlukan Allah s.w.t. untuk membimbing kita memikul agama ini. Apa juga musibah yang berlaku ia mengajarkan kita untuk kembali kepada jalan Allah yang lurus.

Apakah perbezaan antara umat islam dalam perang Uhud dan Perang Badar.

* Ummat Islam dalam peperangan Badar lebih merendah diri dan amat berserah diri (tawakal) kepada Allah s.w.t di antara mereka berkaki ayam tidak berbaju, miskin dan sanggp berlapar.

Dalam perang Badar Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa memohon kepada Allah s.w.t. : “ Ya Allah! Sekianya Engkau di muka bumi ini.” Jadi dalam peperangan badar, umat Islam dalam keadaan lemah secara zahirnya tetapi mereka kuat bergantung ( tawakal ) kepada Allah.

* Manakala dalam peperangan Uhud pula umat Islam dalam keadaan penuh keyakinan pada diri sendiri sehingga mereka lemah atau lalai tawakal terhadap Allah. Lalu Allah s.w.t. menunjukkan akibat kelemahan tawakal mereka itu, dan betapa mereka itu sepatutnya mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.

4) Mengagungkan dan mengesakan Allah, adalah tanda-tanda pengabdian kepada Allah. Seperti rukun Islam yang lima, solat, haji puasa (Ramadan), zakat: semua ini adalah perbuatan yang mengagungkan Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:” Sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah maka dia diantara mempunyai ketaqwaan dihatinya”.

Kita juga tidak boleh memandang ringan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan keangungan syiar Allah s.w.t. seperti : hijab, puasa, solat dan lain-lain.

Sheikh Hussain Yaqoob telah berkata: “Kelalaian atau hati yang keras adalah merbahaya kepada agama kita yaqni iman kita. Ini menyebabkan seseorang itu tidak mengambil berat kepada agama. Kita hendaklah menhidupkan dan mensucikan semula hati sebelum datangnya Ramadan yang mulia. Ketahuilah bahawa pintu-pintu syurga pada masa itu terbuka dan pintu neraka tertutup.

Tanyalah pada diri sendiri, Apakah akan berlaku jika aku di antara hambaNya yang terpilih untuk masuk syurga? Maka ini adalah peluang yang terbaik. Sheikh berkata: hendaklah kita merebut peluang tersebut dengan mematuhi perintah Allah s.w.t. & renungi ganjarannya seperti : apabila kita mendengar azan maka kita menjawab azan, bila selesai azan kita membaca doa azan, dan berdoa kepada Allah s.w.t. dan mengambil wudhu sambil mengingati bahawa setiap kali kita mengambil wudhu maka dosa akan jatuh bersama-sama titisan wudhu itu.

Seorang sahabat telah ditanya : “bagaimanakah kamu mendapati khushok dalam solat? “ lalu dia menjawab:’ Aku duduk untuk beberapa minit, aku berfikir dan aku berharap kepada Allah s.w.t. menghusyukkan aku sebelum aku dirikan solat.”

Syaikh berkata: “Sebenarnya umat Islam secara keseluruhan gagal mengecapi kemanisan bulan Ramadan. Sekiranya kita telah benar-benar berpuasa spt yg dituntut, wlpn satu hari di bln Ramadan sudah pasti keadaan umat Islam akan berubah..”

Sebenarnya adalah sangat penting untuk kita mengetahui & meneliti apakah matlamat (goals) yang patut kita capai di bulan Ramadan itu. Ramai yang memulai puasa Ramadan tanpa sebarang matlamat atau azam.. justeru itu Ramadan berlalu begitu sahaja.

Cetak Halaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan