Matlamat-matlamat yang kita patut ada di bulan Ramadan:
Matlamat 1: Hati Harus Mengharapkan Rahmat Allah
Rahmat yang turun dari langit akan dikecapi oleh segolongan manusia. Kita harus mengharap dari lubuk hati kita akan secebis dari rahmat Allah untuk melindungi kita. Tiada kejayaan yang boleh diperolehi tanpa rahmat Allah. Kita mesti merasakan yang kita dahagakan dan amat memerlukan rahmat Allah. Kita umpama tercari-cari akan RahmatNya. Kita tidak akan mendapat Jannah (syurga) hanya dengan amal soleh tetapi yang paling penting ialah RahmatNya. Jika kita menunjukkan yang kita amat memerlukan Rahmatnya dengan meminta sedaya upaya, InsyaAllah Dia akan berikan kepada kita.
Matlamat 2: Mengharapkan Pengampunan Allah Ke Atas Dosa-Dosa Kita Yang Lalu, Sekarang Dan Akan Datang.
Rasulullah s.a.w. berkata "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan iman dan ihtisaab akan diampunkan segala dosa-dosa yuang lalu." Oleh itu kita berdoalah agar Allah berkati kita dengan iman dan ihtisaab Ramadhan ini.
Iman bermakna : Aku melakukan ini kerana Allah semata-mata-patuh dan menyerah diri kepaNya. Aku berpuasa kerana Engkau menyuruh aku berpuasa.
Ihtisaab bermakna : Sesuatu ibadah yang dikaitkan dengan hati. Ihtisaab berasal dari perkataan "hisaab" (dipertanggungjawabkan). Maknanya, kita sedar akan ganjaran dari hanya dari Allah.
Kadangkala, kita memberi tumpuan pada amal-amal besar, kita juga harus ada ihtisaab walaupun pada amal-amal kecil. Amalan yang kita sangkakan kecil sebenarnya besar di sisi Allah sekiranya kita benar-benar ikhlas ketika melaksanakannya. Dengan ihtisaab, amal kecil boleh menjadi besar, kita miskin.. kita merayu pada Allah.
Sheikh Hussain Yaqoob menerangkan, jika seseorang berpuasa, berbuka puasa, berpuasa lagi dan seterusnya, dimana niat dan dimana ihtisaab? Kadangkala kita melakukan sesuatu ibadah itu disebabkan ikut-ikutan atau seperti "robot" - telah diprogramkan dalam diri! Rasulullah s.a.W mengatakan, sesiapa yang tidak berniat pada malam sebelumnya tidak berpuasa." Niat bukan di lafaz dengan lidah tetapi berniat di dalam hati sahaja.
Sheikh juga berkata: Ihtisaab membuatnya binggung kerana dia sedang cuba memahami ihtisaab dan ikhlas. Untuk mendapat ganjaran pahala, adakah ihtisaab itu diperlukan? Misalnya, jika seseorang memasuki masjid dan duduk tetapi tidak berniat I'tikaaf, dapatkan dia pahala I'tikaaf? Setelah bertanya kepada ramai ulama, pendapat yang tepat adalah: Jika seseorang tidak berniat untuk I'tikaaf, dia TIDAK AKAN mendapat ganjaran pahala I'tikaaf. Ini sejajar dengan hadith "innanamal a'malu bin niyyat = sesuatu amal berlandaskan pada niat." Rasulullah s.a.w. juga berkata, " Kamu akan mendapat ganjaran pahala apa yang kamu kusyoo' di dalam salaah."
Oleh itu, apabila kita melakukan apa-apa amal, kita mesti sedar (conscious) & mahukan akan ganjaran dari Allah. Misalnya, jika kita berkata, Ya Allah, aku mendengar syarahan ini keranaMu, Ya Allah, aku sekarang menahan lidah keranaMu (yakni tidak menjawab balik), Ya Allah, aku sedang duduk dengan diam sekarang keranaMu dll. Oleh itu, ketika berpuasa di bulan Ramadhan, kita harus juga sedar akan dosa-doa dan meminta pengampunan dari Allah-IMBAS kembali hari yang kita mengumpat, imbas juga hari kita menjerit pada seseorang, ingat hari yang kita marah seseorang.. kemudian fikirkanlah: Apabila Allah mengampun kita, dosa-dosa kita akan dihapuskan. Ini bermakna di dunia, kita tidak akan disiksa (dendaan) di dunia dan di akhirah nanti kita akan dilindungi -kita akan mendapat maghfirah (pengampunan) dari Allah. Pengampunan dari Allah adalah lebih dari itu - ia adalah pengampunan yang 'total'. Oleh itu, kita mesti sedar yang kita mahukan Allah mengampunkan kita supaya kita meninggalkan Ramadhan suci dari segala dosa.
Kita boleh berdoa:
"Ya Allah, terimalah usahaku, ampunikan kesilapanku dan kekuranganku. Ya Allah, ampunilah segala kesilapanku yang sengaja & tidak disengajakan. Ya Allah ampunkan segala kesalahannku terhadapMu dan terhadap maklukMu, Ya Allah, aku telah melakukan banyak kesilapan.. "- tatkala berdoa, kita mesti ada pengharapan yang penuh bahawa Allah akan mengampunkan segala dosa-dosa kita. Bersangka baiklah terhadap Allah.
Matlamat 3: Mengharapkan perlindungan dan kebebasan dari api neraka.
Hadith : Sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka seperti jaraknya langit dan bumi. Kita harus ,merasakan keinginan yang mendalam untuk bebas dari api neraka.
Al-Hadith: Dalam bulan Ramadhan, ada hamba Allah yang bebas dari api neraka. Untuk dibebaskan dari api neraka, kita harus memikirkan bahawa kita dari golongan api neraka, apa akan terjadi jika kita ditakdirkan ke neraka - dengan perasaan ngeri & takut. barulah kita akan merayu sedaya upaya agar Allah membebaskan kita dari api neraka.
Imam Azhabi berkata: Sesiapa yang merasakan dia bukan dari golongan api neraka, dia bersifat angkuh (sombong).
Kita ada 29 atau 30 malam di bulan Ramadhan, kita tidak mahu bersikap malas - setiap malam kita harus berdoa agar Allah membebaskan kita dari api neraka. Amatlah merugikan sekiranya kita tertiggal walaupun satu malam - rebut peluang untuk berdoa setiap malam di bulan Ramadhan.
Perumpamaan: Kamu dipenjarakan seumur hidup tetapi diberi peluang bebas selama sebulan. Bagaimana kelakuan kamu? Adakah kamu akan bersikap yang terbaik? Kita sering bekerja keras untuk nikmat di dunia-bagaimana pula dengan akhirah? Bagaimana dengan bebas dari api neraka??? Maka, minta pada Allah membebaskan kamu. Kamu mahukan Azeemahnya. Jangan biarkan syaitan itu berkata," Kamu sudah bekerja keras, cukuplah, kamu sudah bebas." -bayangkan kamu BELUM bebas dari neraka. Teruskanlah dengan meminta dan merayu kepada Allah setiap malam Ramadhan.
Matlamat 4: Kita Mahu Allah Bermegah Mengenai Kita Kepada Malaikatnya.
Hadith yang diriwayat oleh "Ubaadah ibn as-Saamit Rasulullah s.a.w. berkata: Ramadhan sudah tiba, bulan barakah, Allah menyelubungi kita dengan RahmahNya, Dia memadamkan dosa-dosa, Dia memerhatikan kita berlumba untuk kebaikan, Dia bermegah mengenai kita kepada malaikatNya.Oleh itu, tunjukkan kepada ALlah yang terbaik, sesungguhnya yang bermuram adalah adalah yang dihalang dari mendapat Rahmah Allah. (tabaraanee, hadith saheh)
Kenapa Allah membuka pintu Jannah?
Kenapa Allah bermegah dengan MalaikatNya?
Kerana Allah mahu memudahkan kita untuk mara kehadapan, lebih mendekatiNya..
Hadith: Apabila kita berjalan kepada Allah, Allah akan berlari kepada kita... - Bayangkanlah di bulan Ramadhan, ini berlipat ganda! Oleh itu, lakukan LEBIH ! lakukan yang luar biasa !
Bayangkan Allah memanggil malaikat. Ya fulan, marilah tengok.. (nama kita di sebut)! Ia adalah penghormatan dari Allah di hadapan malaikatNya-berlumbalah untuk mendapat penghormatan ini. Bayangkan Allah berkata: tengok si miskin.. (kita semua) dia sedang berqiayaam, tengoklah, dia sedang membaca Quraan, tengok dia.. kita mahu Allah bermegah mengenai kita kepada malaikatnya.
Matlamat 5 : Kita Mengharapkan Shafa’ah (Pertolongan)
Rasulullah s.a.w berkata : Siang (berpuasa) & Quran akan menolong hambaNya pada hari kebangkitan. Puasa akan datang dan berkata : Ya Rabb, aku menghalangnya dari tidur di malam hari, terimalah pertolonganku. Quran & puasa dibenarkan untuk memberi pertolongan (shafa’ah) kepada kita.
Bayangkan : ada rakaman video kita ketika di dunia, setiap saat dirakamkan. Rakaman ini ditayangkan kita di akhirah sepeti pertunjukkan wayang yang mana kita adalah pelakunnya.
Ingatkah hari kita tidak menutup aurat, ingatkah hari kita berbohong, ingatkah kita bergaul bebas lelaki dan perempuan, Ingatkah kita… kita akan merasa hancur! Tidak bermaya… Apa yang kita harus lakukan?Puasa kita dan bacaan Quran kita berkata: Dia telah berpuasa dengan betul, aku telah mengahalangnya dari makan dan minum, aku membuatnya kerja untukMU, ampunilah dia. Quran pula berkata : Ya Allah, bila orang sedang sibuk berbual di masjid, dia teruskan mengaji. Bila orang sudah meninggalkan masjid, dia sedang mengaji… ampunilah dia.
Matlamat 6: Berharap Agar Dijauhi Penyakit Rohani
Kita mahu agar martabat atau maruah kita lebih tinggi daripada kesenangan dunia-sebab kesenangan di dunia adalah sementara, sedangkan kesenangan di akhirat adalah kekal.
Menurut Ibn Qayyim: puasa mampu menghindari seseorang dari penyakit hati, penyakit rohani dan penyakit jasmani.
Bayangkan dunia adalah lembah paya di mana kita tenggelam di dalamnya dan terus menarik kita keluar dari kayalan dunia ini lalu meneyelamatkan & membawa kita ke syurga. Menurut Ibn Qayyim: Ada sebahagian orang yang mempunyai hati dan jiwa yang tertumpu pada jiwa. Mereka hanya mengharapkan tempat di syurga dan melihat wajah Allah. Mereka meninggalkan kebendaan dunia menganggapnya sebagai remeh –hidup mereka semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Kita tidak akan merasa puas dengan kebendaan dunia - malahan perasaan cintakan dunia membuatkan kita sentiasa merasa tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Seseorang akan berkata.. aku akan bahagia jika rumahku seperti ini. Kemudian aku akan bahagia sekiranya… dan lain-2 lagi. cukuplah! Hapuskan keinginan pada nikmat dunia dan tumpukan perhatian untuk mendapatkan keredhaan Allah dan kampung akhirat.
Matlamat 7: Perlaksanaan Hukum Allah Keatas Keinginan Kita:
Hari akan berlalu & kebanyakan kita hidup di dalam keadaan tanpa arah tuju, dan dalam keadaan tidak sedar iaitu kita leka.. Kebanyakan kita mengikut nafsu kecuali sesetengah di antara kita yang dapat mengawal diri. Misalan: apabila kita lapar-kita makan; apabila kita ingin bercakap-kita akan bercakap tanpa membuat perhitungan, dan lain-lain lagi…. kita membiarkan nafsu kita mengawal setiap perilaku kita. Ingatlah! Nafsu adalah seperti anak kecil (spoil brat) yang hanya mengiginkan kenikmatan-jangan biarkan ia menguasai setiap tindak tanduk kita!
Apabila Ramadhan tiba, seseorang akan menahan nafsunya daripada perkara-perkara yang dihalalkan sebelumnya, seperti : makan, minum dan pergaulan suami isteri di siang hari. Secara sedar- ingatkan diri sendiri bahawa : jangan menjadi hamba kepada nafsu
“Aku mengawal nafsuku dan bukan nafsu yang mengawalku , aku mahu menjadi hamba yang berserah kepada Allah, yang menurut setiap ketetapan yang ditetapkan”.Bila tiba masa Allah tetapkan untuk kita makan dan minum, maka akan kita turuti perintahNya dan sekaligus kita menyingkirkan nafsu kita daripada bermaharajalela mengawal kehidupan kita.
Latih nafsu kita secara SEDAR (consciously) untuk tunduk kepada perintah Allah. Jangan sekali-kali membiarkan nafsu membuat anda merasa bersalah-nyatakan TIDAK! Sama seperti kita mendisplinkan anak kecil, letakkan nafsu yang sama, pastikan ia turuti undang-undang yang ditetapkan. Jangan pula kita mengawal nafsu hanya pada ketika yang tertentu saja!
Matlamat 8: Perlaksanaan: Kesempurnaan Akhlak Menurut Keketapan Allah:
Ini akan menaikkan maruah & martabat kita. Ramadhan adalah saranan meningkatkan taqwa apabila seseorang melakukannya dengan bersunguh-sungguh (sesuai dengan syariat). Ia juga bulan latihan di mana kita disuruh perbaiki akhlak/perilaku.
Hadith : Puasa adalah perisai… jangan turuti nafsu, jangan meninggikan suara jika kita dicela-nyatakan saja, “aku sedang berpuasa.”
Menurut pendapat sebahagian salaf: kesempurnaan akhlak akan mempertingkatkan ketakwaan kita. Selalulah kita berusaha perbaiki akhlak dan perilaku yang telah ditetapkan dalam islam, bukan menurut adat kebiasaan kita. Jangan memberi alasan bahawa ia adalah personaliti kita. Jika apa yang biasa kita lakukan baik - maka teruskan tapi jikalau ia melanggar tatasusila islam - tinggalkan
Bertekadlah untuk perbaiki akhlak dalam bulan Ramadhan ini. Bayangkan diri anda dengan akhlak yang murni-tidak bercakap perkara yang menimbulkan kemarahan Allah. Biasakan diri dengan berbicara hanya yang membawa kebaikan saja. Cuba anda bayangkan malaikat di sebelah aknan anda sahaja sibuk mencatit sepanjang sebulan ini.
Anda akan diuji/digoda- tetapi nyatakan pada diri anda walau apa pun berlaku anda tidak mahu dikalahkan nafsu. Nyatakan pada nafsu anda-“BERHENTI! Aku ada matlamat. “Sibukkan diri anda dengan matlamat yang telah anda tetapkan. Kawal setiap gerak langkah anda dan nyatakan pada nafsu anda bahawa anda sedang berpuasa. Senantiasa ingatkan diri anda bahawa aku sedang berpuasa, dan aku sedang melaksanakn ibadah.
**
Sekiranya pendapat/nasihat kita kepada orang lain akan membawa kepada perselisihan, maka hentikanlah - lebih baik berdiam diri.
Hadith: Ibadah yang paling Allah sukai adalah yang berterusan (isiqamah) biarpun sedikit.
Kebiasaannya apa yang terjadi setelah Ramadhan? Kita mulai dengan azam yang baru. Ada sebahagian di antara kita meninggal Ramadhan tanpa mengecapi apa-apa pun! Tanpa azam baru. Adakah kita istiqamah dalam ibadah? Bila timbul masalah atau sibuk, kita tinggalkan ibadah itu & ini, ketepikan yang sunnah. Alasan - saya sibuk.. ianya susah… saya letih…saya tidak sihat - apa yang membuat kita terlalu sibuk??? Tidak dapatkah kita memperuntukkan masa untuk kelas (majlis ilmu) walau sekali dalam seminggu?? Ini akan membuka pintu kepada kelalaian - kita perlukan PERINGATAN!! Ada sebahagian orang dapat mengingatkan kita akan Allah, sebaliknya sebahagian yang lain melalaikan kita dengan remeh duniawi-buatlah pilihan yang tepat-orang yang macam mana hendak kita dampingi.
Hadith: amalan itu perlu konsisten (berterusan) dan istiqamah. Bukan sekejap buat dan sekejap ditinggalkan. Menjadi satu kesilapan besar apabila kita menghentikan ibadah kita kerana merasa bosan dan penat. Ramadhan memberi kita peluang untuk melatih diri kita selama 30 hari. Perlu ada komitmen dalam latihan ini, kita hendaklah beribadah kepada Allah setiap masa, sampai hari kita bertemu dengan Allah.
Tiada yang lebih ditakuti orang beriman daripada melihat seseorang yang berada pada jalan yang benar, setelah itu kembali sesat. Rasulullah s.a.w. selalu berdoa “Wahai yang membolak-balikkan hati (Allah) tetapkankanlah hati kami atas agamaMu.” Istiqamah dalam ibadah-syaitan tidak dapat menyesatkan orang yang kosinten. Orang-orang yang sesat biasanya ada meninggakan sesuatu amalan. Misalan: meninggalkan kelas agama, adzkar (zikir pagi/petang), berjemaah, solat sunat.. jangan sesekali membiarkan diri kamu meninggalkan perkara tersebut-ini menjadi detik permulaan setiap kelalaian yang juga melemahkan iman!.
Mula melatih diri kita agar konsisten dalam ibadah di bulan Ramadhan ini. Berhtai-hatilah akan tipu daya syaitan, lebih-lebih lagi di akhir-akhir Ramadhan. Biasanya waktu beginilah akan diadakan jualan murah di sana-sini. Syaitan akan cuba membisikkan… “kamu telah bekerja keras, beristirihatlah.. dan lain-lain..
**Renungilah - sudahkah kita berjaya melengkapkan diri kita dengan istiqamah melakukan ibadah di bulan Ramadhan???Cetak Halaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan