Andaikan kita telah pun melalui Ramadhan sepertimana yang kita pelajari sebelum ini, sekarang tinggal 10 malam terakhir bulan Ramadhan.. begitu cepat masa berlalu, secepat Sheikh Mohd Hussain Yaakob berkata : Sekarang masanya anda “ menyinsing lengan”; tinggalkan keenakan tidor dan ikut cara Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. memberi perhatian dan penjagaan yang istimewa untuk 10 malam yang terakhir ini. Baginda akan melakukan ibadah yang beliau tidak lakukan di dalam 20 malam yang terdahulu seperti I’tikaf, hidupkan sepanjang malam dengan beribadah. Aisyah r.a berkata, “di bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. lebih sibuk dan tekun; malam-malamnya dipenuhi dengan beribadah, meninggalkan isteri-isterinya, memperbanyakan doa, dsb. Para salaf juga meningkat tahap motivasi dan aspirasi 10 malam terakhir ini.umpama memecut pada meter terakhir dalam acara larian pecut. Andaikan 10 malam Ramadhan terakhir ini sebagai satu perlumbaan-curahkan segala tenaga yang anda mampu, bersabar - berbicara dengan nafsu anda-hanya 10 malam daripada 365 malam.
Allah bertitah dalam surah Ali Imran 3:133, “Wasaari”uu…” (dan berlumbalah) untuk memohon keampunan dan kesejahteraan, seluas syurga dan bumi yang disediakan untuk mereka yang bertaqwa (muttaqoon)
Rasulullah saw bersabda, “jelaslah Lailatul Qard ada di 10 malam terakhir Ramadhan.”
Cara melaksanakan 10 malam terakhir Ramadhan:
Secara ikhlas, nilai diri anda (bermuhasabah) di hadapan Allah dan bertanya pada diri anda sendiri.
•Adakah aku mengerjakan ibadah dengan cara yang dituntut?
•Adakah Ramadhanku sempurna sepertimana yang dituntut dan dirahmati Allah?
•Adakah aku merasai kemanisan beribadah?
•Adakah aku bertaqwa (atau meningkatkan ketaqwaanku) sebagaimana tujuan aku berpuasa?
•Adakah Al-Quran menghidupkan jiwaku yang mati?
•Adakah pembaharuan diriku membawa kepada pembaharuan seisi keluargaku?
•Adakah anda rasa, selepas melalui perjalanan baru ini, anda akan bertekad meninggalkan dosa/maksiat seterusnya mendekatkan diri kepada Allah?
Shaikh mohd Hussain Yaaqoob berkata, “ berlaku jujurlah apabila membuat penilaian ini-anda seharusnya menjawab ‘ya’ pada sesetengah soalan dan ‘Tidak selebihnya.” (tolak markah)
Andai kata, seseorang itu telah melakukan yang terbaik tetapi masih ditolak markah, maka sedarlah kekurangan anda dan beritahu pada diri sendiri anda, masih ada peluang-ada 10 malam lagi untuk memperbaiki dan memperbaharui kekurangan yang berlaku pada 20 malam terdahulu. Ambil peluang terakhir ini dan cepat-cepat buat I’tikaf, walaupun hanya satu malam. I’tikaf bukan masanya untuk bersosial, tidur, bersembang. Ikut peraturan I’tikaf-tiada ketawa, tiada berbual-bual, putuskan hubungan dengan dunia, abadikan diri kepadaNya. Sekiranya tidak dapat membuat I’tikaf, tidak mengapa, terimalah sebaik-baik situasi yang telah ditentukan Allah untukmu.
Ali r.a berkata: Pastikan amalan kamu diterima dan bukan sahaja melakukan amalan itu sendiri. Perbanyakan doa dan ibadah.
Terus beristifar. Tidakkah kita sedar bahawa Allah menuntut kita mengakhiri Haji dengan istigfar? Surah Al-Baqarah 2:199 : “ kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang-orang yang ramai (Arafah) dan mohonlah ampun kepada Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Allah telah beberapa kali menyebut dalam Al-Quran, ‘Aabideen (ahli ibadah) mengakhir solat di malam hari dengan istigfar, sebagaimana di dalam surah Az Zaariayat 51:17-18 : “mereka tidur sebentar sahaja di waktu malam dan bersolat dengan perasaan takut dan harapan. Dan pada waktu sebelum fajar, mereka memohon keampunan Allah.”
Al Hassan berkata: mereka bersolat hingga sebelum fajar, mereka duduk lalu beristifar iaitu sebaik tamat solat, mereka beristifar - mereka sedar bahawa kita harus gigih bekerja tetapi kita juga mempunyai kelemahan dan kekurangan itu. Siang dan malam ramadhan kita beristigfar kerana kita ada kekurangan untuk beribadah.
Jangan beristigfar di lidah sahaja-sebutkan dengan lidah dan hati dan bertaubat tidak akan mengulani dosa.
Pada 10 malam terakhir Ramadhan, perbanyakan istigfar antara solat dan Quran - luangkan masa yang khusus untuk beristigfar dengan hati.
Beri tumpuan untuk memohon dan meminta keampunan (‘Afw) Allah, iaitu mengetepikan/mengampunkan seperti ianya tidak pernah berlaku. Tidakkah anda mahu Allah melihat perkara-perkara baik yang anda lakukan sahaja dan mengetepikan kesalahan anda? Mengapa kita tumpukan kepada ‘Afw’? Apabila Aisyah r.a bertanyakan Rasulullah saw, “katakan “Allahumma innaka ‘afwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annee”. “Ya Allah! Allah yang maha pengampun, ampunilah aku.’ Perhatikan, Aisyah r,a yang mengetahui banyak doa-doa masih bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. “ apa yang perlu saya katakan pada malam istimewa ini.”
‘Afw ialah nama Allah – bermaksud Allah mengampunkan dosa kita umpama dosa itu tidak pernah berlaku! Apabila anda melakukan dosa, keimanan anda menurun; akan ada hukuman dunia dan akhirat tetapi apabila Allah ‘Afw, tidak ada kesan pada dosa-dosa anda.
‘tuhibbul ‘afw’ = Allah suka mengampunkan hamba-hambaNya-inilah masanya anda memohon keampunan dari hati dan semoga Allah memberinya kepada kamu. Ini bermaksud yang Allah mengasihi hamba-hambaNya yang saling bermaafan. Apabila anda ada ‘Afw, anda semakin hampir dengan ketaqwaan. Allah ada berfirman, “ mata dibalas denagn mata” tetapi Dia lebih mengasihi umatNya yang ‘afw. Maka 10 malam terakhir ialah masa untuk memohon keampunan Allah.. Mohonlah!!
Boleh juga doa begini : “Ya Allah! Terimalah kelebihanku dan ketepikan kelemahanku.”
Utamakan ibadah dan amal jariah. Mengapa? Kerana keistimewaan Lailatul Qard - ganjaran yang sangat hebat. Kita mengucapkan selamat tinggal Ramadhan dan tidak tahu bila kita akan berjuma Ramadhan lagi.
Sedih apabila kita melihat ramai yang mempunyai motivasi yang tinggi di awal Ramadhan tetapi pada penghujungnya mereka kelihatan, bosan - kesian! Berwaspada dengan perangkap syaitan dan nafsu.
Ada 'visi terowong' (tunnel vision) untuk menguasai 10 malam terakhir. Ada yang bekerja keras hingga malam ke-27 sahaja. Kita seharusnya gigih hingga malam ke-29: hingga disahkan Ramadahn berakhir.
Berwaspada pada “ujoob(angkuh/sombong) = berpuas hati dan berfikir diri sendiri.
'Ujoob ialah penyakit hati. Allah memberi kita sebulan untuk beribadah bukan untuk beribadah bukan untuk kita berasa angkuh = memuji diri sendiri. Susah hendak membuang perasaan 'ujb, maka berhati-hatilah nafsu — bermegah, ego, meninggi diri — letakkan nafsu anda di tempatnya. “Ujb memusnahkan amalan?
Satu petanda amalan anda diterima adalah apabila anda berperasaan seperti fakir miskin di hadapan Allah, tingkatkan ketaqwaan anda. Maka kita berharap Allah akan menerima amalan kita dan mengampunkan kita. Kita harus berperasaan kerdil di hadapan Allah akan menerima amalan kita dan mengampunkan kita. Kita harus berperasaan kerdildihadapan Allah dan Ujoob membuat kita memandang rendah terhadap umat Islam yang lain, sombong dan meniggi diri. Berwasapada!
Allah Al-Kareem, Allah Maha Pemurah, terimalah amalanku. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa ada mereka yang lebih banyak amalannya - lakukan ini supaya anda tidak rasa puas hati dengan amalan anda - lakukan lebih lagi!
“Harapkan 'Afw Allah.
LAILATUL QADR Inilah malam penuh keistimewaan, kebaikan (khayr), penuh barakah(blessing), great virtue-Quran turun dari syurga yang terbawah sekaligus. Lebih baik daripada seribu malam = 83 + tahun. Malam inilah Qadar untuk tahun hadapan dapat ditentukan, maka kita mahu Allah melihat kita sebaik-sebaiknya, perbanyakkan doa. Pada malam ini, Jibrail akan turun. Bayangkan sedang anda bersolat, Jibrail duduk di sebelah, memerhatikan anda. Begitu juga malaikat-malaikat yang lain. Rasulullah saw bersabda,” Sesiapa solat pada malam hari Lailatul Qard dengan iman dan ihtisaab, akan dihapuskan dosa-dosanya.” Sesiapa yang dimakbulkan Lailatul Qard, dia diberi segala kebaikan dan sesiapa yang terlepas Lailatul Qard, akan kehilangan besar.
Ada hikmah di sebalik Rasulullah saw tidak menyatakan waktunya - maka kita akan terus gigih berusaha hingga ke akhrnya. Begitu juga Allah tidak menyatakan waktunya- maka kita akan mati dan hari akhir zaman.
Aisyah r.a ada melaporkan yang baginda menjauhi isteri-isterinya, memenuhi malam dengan solat dan menggerakkan keluarganya untuk buat yang sama.
Para salaf juga menghiasai diri mereka luar dan dalam. Thabit al Banani (Tabiin) memakai baju yang elok-elok dan wangi-wangian pada 10 malam terakhir. Dia juga mengharumkan masjid dengan bau-bauan kerana beliau tahu ada tetamu istimewa akan datang. Ada salaf membeli jubah khas untuk menghiasi dalaman mereka dengan membanyakkan taubat dan doa.
Kaum wanita-jangan menghiasi diri kamu atau memakai wangi-waingan ketika ke masjid untuk terawih. Kaum wanita yang didatangi haid atau nifas : Sekiranya wanita itu sudah melakukan yang terbaik, InsyaAllah, ganjaran Lailatul Qard masih terbuka. Mereka boleh berjaga malam, buat segalanya kecuali solat. Lailatul Qard ialah hadiah daripada Allah, banyak malaikat akan datang, lebih banyak dari batu kerikil di bumi ini.
Sunnah Rasulullah s.a.w.- Baginda tidak tidur pada 10 malam terakhir Ramadhan, baginda hanya akan tidur sebentar selepas fajar di siang hari. Baginda berjaga malam terutama pada malam ganjil hingga fajar. Perbanyakan kebaikan yang sedang anda lalukan: membaca Quran, qiyam,zikir dan doa-berikan tumpuan khas kepada doa.
Kesimpulan:
Inilah peluang anda yang terakhir! Pintu syurga terbuka, doa anda dimakbulkan. Maka jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja-- lalai atau malas atau keletihan atau alasan – Jualan Murah Ramadhan, persiapan Eid!
Bagaimana orang-orang beriman mengucapkan selamat tinggal Ramadhan? Sedarlah bahawa anda mengucapkan selamat tinggal kepada bulan barakah, bulan keamanan, bulan keselamatan, bulan cahaya, bulan yang membahagiakan para sahabat orang-orang beriman. Lalui bulan Ramadhan dengan penuh potensi dan ia akan mengubah kita. Pohon kepada Allah untuk membebaskan kita daripada api neraka, menerima Ramadhan kita. Menerima siyaam, qiyam, zikir dan segala amalan kita. Ya Allah! Semoga ia akan datang pada tahun-tahun hadapan.
Ucapkan “Allahumma lakalhamd” (ya Allah, segala pujian untukMu) di akhir Ramadhan. Pujian kepada Allah kerana memberi kita taufeeq untuk berpuasa dan sembahyang Ramadhan, Lailatul Qard, keimanan, Islam dan Al-Quran, untuk berpuasa, qiyam, sedekah dan ihsan.
Apa itu n’Eid?
'Eid ialah Hari Raya. Mereka meraikannya kerana Allah telah memberi tawfeeq untuk meraih kemanisan & keberkatan Ramadhan dan mereka telah manfaatkan Ramadhan sepenuhnya!.
Cetak Halaman
Support US!
Search This Blog
Label
As-Sunnah
Ilmu
Artikel Pilihan
Wahabi
bid'ah
Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam
Kebenaran
Pesanan
Amal Salleh
Panduan
Puasa
Kesabaran
Ramadan
Ibadah
Iman
Adab
Akidah
Fitnah
Istiqamah
Matlamat Kita dalam Bulan Ramadhan
Al-Quran
Download
Jihad
Menyambut Kedatangan Ramadan
Mudahkan Pendekatan Islam
Perintah Allah Dan Rasul
Rujukan
Video Bida'ah
Cadangan
Dakwah
Dalil
Doa
Fakta
Fatwa
Haram
Hiburan
Kematian
Kesimpulan
Maulid
Pendapat
Pendirian Umat Islam
Pengertian Sunnah
Penjagaan Lidah
Penyakit Hati
Rejab
Syiah
Taqwa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan