Support US!

Search This Blog

31 Mac 2010

Pengertian Akidah

Bahasa; simpulan Iman atau pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat

Istilah;kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.


AKIDAH ISLAM

Kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai Rabb dan Ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya. Patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjukNya.

Juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar.


BERIMAN KEPADA ALLAH.

1.Saluran/alasan membuktikan kewujudan Allah.

Melalui logik akal, setiap perkara yang wujud di alam ini ada penciptanya.maka siapakah yang menciptakan alam ini? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, tentulah Allah.

Melalui dahlil wahyu, iaitu hujah dimana Allah memberitahu menerusi RasulNya bahawa Dia adalah Rabbul Alamin(pencita, penguasa, pemerintah dll).

Firman Allah S.W.T.;

Ertinya:

Atau sesiapa yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air

Dari langit lalu kami tumbuhkan kebun-kebun…

(al-naml: 60)


Banyak lagi yang menunjukkan tentang kewujudan Allah yang menceritakan langit dan bumi. Antara lain al-Tur :35, al-Nahl: 17, al-Baqarah: 21, 164, al-Waqiah: 64, 71-73, Ibrahim: 10, Fussilat: 37, Qaf : 38, al-Mukminum: 80, al-Nur: 45-47, al-Rum: 22-23, al-Ali Imran; 190-191 dan lain-lain.

2.Mengenali Allah S.W.T.


Ulamak muktabar Islam memutuskan bahawa cara untuk mengenal Allah ialah melalui wahyu, iaitu pemberitahuan oleh Allah sendiri tentang diriNya.

Antara pengenalan Allah yang paling jelas terdapat dalam Asma al-Husna, iaitu nama-nama Allah yang 99 sebagai gambaran tentang sifat-sifat Allah. Antaranya

Allah

Lafaz yang maha mulia merupakan nama dari zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki segala pujian serta sanjungan.adapun nama-nama lain bagi setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh itu ia juga boleh dianggap sebagai sifat-sifat bagi lafaz yang Maha Agung iaitu Allah. Antara nama lain itu ialah:

al-Rahman

Maha Pengasih, memberi nikmat kepada makhluk semasa di dunia.

Al-Rahim

Maha Penyayang, ada ulamak mentafsirkan dengan maksud memberi nikmat yang banyak di akhirat kursus kepada orang-orang mukmin.

al-Malik

al-Quddus

Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah S.W.T.

Dalam makrifatullah, kita mesti mengenali bahawa Allah adalah Rabb dan Ilah.

Maksud Rabb ialah pencipta, pemilik, pemerintah, pemberi rezeki dan seumpamanya. Hanya Allah yang mencipta makhluk, bahkan apa yang manusia buat adalah tertakluk kepada sumber dan ketentuan Allah S.W.T.

Rabubiyyah adalah dari perkataan Rabb. Membawa maksud yang sama.

Tauhid Rububiyyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb atau bersama-sama

Allah menjadi Rabb.

Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.Apa yang kita puja dan kita sembah adalah Ilah kita dan kita telah menjadikan atau meletakkan benda tersebut sebagai Ilah kita bersama Allah.

Dalam memahami konsep Ilah cuba kita perhatikan dan faham firman Allah S.W.T.

Ertinya:
Apakah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan (Ilah)?

(al-Thaniah: 23)

Maksudnya, hawa nafsu juga seringkali boleh menjadikan Ilah (Tuhan) bagi manusia kalau sekiranya ia menurut dan melaksanakan kehendak nafsunya yang sering berlawan dengan kehendak Allah.

3.Mempelajari dan memahami ajaran Allah


Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah.

Maksud beriman kepada Allah juga bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah S.W.T.

Apa maknanya beriman kepada Allah kalau tidak mengatahui dan jahil tentang petunjuk atau ajaran Allah S.W.T. inilah yang dimaksudkan dengan konsep akidah yang kabur dan iman yang keliru.

4.Yakin dan melaksanakan petunjuk Allah.


Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang

daripada Allah.

Yakin di sini bermaksud yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang syamil dan kamil serta terbaik.

Orang yang benar-benar beriman kepada Allah, ia yakin dengan Islam dan

Membuktikannya dalam tindakan.Iaitu menjalani kehidupan berpandukan petunjuk Allah seperti yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

1.Penciptaan Malaikat

Allah ciptakan malaikat daripada nur atau cahaya, berdasarkan Hadith Rasulullah yang bermaksud:

Dijadikan Malaikat dari cahaya, dijadikan jin dari nyalaan api dan manusia seperti yang telah digambarkan kepada kamu.

(Riwayat Muslim)

Malaikat boleh berupa dengan bermacam rupa dan bentuk dengan izin Allah. Biasanya ia datang kepada Rasulullah dalam bentuk manusia dan ada juga yang datang ke bumi dalam bentuk cahaya.

Bentuk asal malaikat mempunyai sayap yang berbeza-beza antara satu malaikat dengan yang lain.Ada yang mempunyai dua sayap, tiga sayap, empat sayap bahkan lebih dari itu. Firman Allh S.W.T.

Ertinya:
“Segala puji-pujian bagi Allah yang mencipta langit dan bumi, menjadikan malaikat sebagai utusan, pada malaikat ada sayap-sayap, ada yang punya dua sayap, tiga sayap, empat sayap. Allah boleh menembahkan pada ciptaanNya apa yang Allah kehendaki, sesungguhNya Allah Maha Berkuasa terhadap segala-

galanya”.

(Fatir: 1)


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

Rasulullah S.A.W. telah melihat Jibril mempunyai enam ratus buah sayap

(Riwayat Muslim)


2.Tugas Malaikat


Sebagai kakitangan Allah dengan pelbagai post dan tanggungjawab yang berbeza.Apa yang diperintah oleh Allah terus dilaksanakan. Firman Allah S.W.T.:

Ertinya:

Para Malaikat itu tidak melanggar apa yang daperintah oleh Allah di mana mereka melaksanakan apa yang disuruh.

(al-Tamrin: 6)


Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul. Firman Allah S.W.T.

Ertinya:

“Katakanlah wahai Muhammad siapa yang menjadi musuh Jibril maka sebenarnya Jibril itu membawa turun wahyu ke dalam hati kamu dengan izin Allah, membenarkan wahyu yang terdahulu dan sebagai petunjuk serta berita gembira bagi orang mukmin”

(al-Baqarah: 97)


Bertasbih dan patuh serta sujud pada Allah. Firman Allah S.W.T.

Ertinya:

“Sesungguhnya semua Malaikat yang ada di sisi Tuanmu (Allah) mereka tidak menyombong diri dan tidak enggan beribadah menyembah Allah, mereka bertasbih dan sujud kepadaNya”.

(al-Akraf: 206)


Memikul Arsy. Fiman Allah:

Ertinya:

Mereka (malaikat) yang memikul Arasy…

(Ghafir: 7)


Berdoa untuk Orang-orang beriman:

Ertinya:

Dan mereka (malaikat) memohon keampunan untuk orang-orang yang beriman dengan berkata wahai Tuhan kami yang Maha Luas RahmatNya terhadap segala-galanya dan pengetahuanNya. Ampunlah mereka yang

bertaubat dan menuruti jalan engkau, dan peliharalah mereka dari azab neraka…

(Ghafir: 7-8)


BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB

1.Konsep beriman dengan kitab-kitab.

1. Setiap orang Islam mestilah mengetahui dan yakin bahawa Allah S,W.T. telah menurunkan wahyuNya kepada para Nabi sejak dahulu hingga Rasul terakhir Muhammad S.A.W.Firman Allah S.W.T.:


Ertinya:

“Seluruh manusia adalah Ummah yang satu. Kemudian Allah mengutuskan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan menyampaikan peringatan juga diturunkan bersama mereka kebenaran supaya ia dapat memberikan keputusan tentang apa yang menjadi pertikaian di kalangan manusia.”

(al-Baqarah: 213)


2. Antara contoh-contoh kitab yang Allah turunkan ialah Suhuf kepada Ibrahim yang disebut dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T.:

Ertinya:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan dirinya dan mengingati nama Tuhannya kemudian mendirikan solah. Tetapi kamu semua terpengaruh dengan kehidupan dunia sedang akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya perkara ini terdapat dalam Salifah-Salifah yang terdahulu iaitu Sohuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan

Musa.”

(al-A’la: 14-19)


3. Contoh lain ialah Zabur kepada Daud. Firman Allah S.W.T.:


Ertinya:

“dan kami telah berikan kepada Daud”

(al-Isra’: 55)


4. Kepada Nabi Musa Allah turunkan Taurat dan kepada Isa Injil. Firman Allah S.W.T.:


Ertinya:

“kami iringkan jejak mereka dengan nengutus Isa Putra Maryam Supaya membenarkan apa yang terdahulu daripadanya iaitu Taurat. Kami memberikan Injil kepadanya yang mengandungi petunjuk dan cahaya kebenaran membenarkan apa yang dahulu daripadanya iaitu Taurat untuk menjadi petunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(al-Maidah: 46)


5. Kitab terakhir al-Quran kepada Muhammad. Firman Allah S.W.T.:


Ertinya:

“Allah itu tidak ada Tuhan yang lain kecuali Dia yang hidup kekal dan berdiri sendiri. Dia menurunkan al-Quran kepada (Muhammad) dengan sebenarnya, membenarkan kitab-kitab yang terdahulu dan menurunkan kitab Taurat dan Injil yang sebelumnya menjadi petunjuk bagi manusia dan Allah menurunkan al-Furqan (al-Quran)”

(Ali Imran: 2-4)


2.Tujuan Kitab-Kitab Diturunkan


1. Memberi petunjuk kepada manusia jalan hidup yang betul. Firman Allah :

Ertinya ;

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu semua cahaya daripada Allah yang memberi penerangan. Dengan kitab itu Allah memimpin sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya ke jalan keselamatan dan mengeluarkan cahaya dengan izin-Nya dan memimpin nereka ke jalan yang lurus.”

( Al-Maidah; 15-16 )


3. Persamaan Al-Quran Dengan Kitab-Kitab Lain.


Semua kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada para Nabi adalah membawa perkara pokok yang semua, iaitu mengajak manusia menyembah Allah S.W.T mentauhidkan-Nya dan supaya mereka menjauhi Taghut. Dengan kata lain, semua kitab-kitab Allah yang diturunkan dari semasa ke semasa kepada para Nabi adalah membawa pokok persoalan yang sama iaitu konsep akidah Tauhid.

4. Beberapa Perbezaan Al-Quran Dengan Kitab-Kitab Lain.

Al-Quran

Beriman dengan Al-Quran bukan sekadar percaya bahawa Al-Quran itu daripada Allah tetapi lebih dari itu iaitu mesti dipelajari, difahami, dan dilaksanakan. Hanya perintah percaya sahaja tanpa dituntut untuk dipelajari kerana kita telah mempunyai Al-Quran yang lengkap.

Al-Quran mengandungi isi kandungan yang syamil yang lengkap.

Kitab-Kitab Lain


Kitab-kitab lain tidak syamil dan belum sempurna kerana wahyu-wahyu akan diturunkan seterusnya dari semasa ke semasa sehinggalah wahyu sempurna dengan turunnya Al-Quran.

Dari segi keaslian : Al-Quran tetap asli, tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia. Firman Allah S.W.T :


Ertinya :

“Kami menurunkan Al-Zikir (Al-Quran) dan kami yang menjaganya”

(Al-Hajr : 9)


Kitab-kitab lain berubah dan tidak asli.

Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat. Untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja.

Bahasa Al-Quran adalah bahasa yang hidup pemakaiannya sepanjang masa iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia. Bahasanya telah pulus dan tidak lagi dipakai oleh manusia. Adapun yang tinggal pada pengganti-penggantinya adalah bahasa-bahasa terjemahan. Walaupun terdapat bahasa yang asal, kita akan dapati tidak ada orang yang boleh memahaminya.


5. Hikmah Beriman Dengan Kitab-Kitab.


Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datang daripada Allah terdahulu. Para Nabi dari semasa ke semasa sehinggalah kitab Al-Quran.

Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah Tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datang daripada Allah.

Perbezaan dari segi syariat perkara ranting berkaitan perlaksanaan dalam agama oleh berlaku. Yang ditegah secara tegas iaitu perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu Nabi dengan Nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama. Umat Nabi-Nabi terdahulu melaksanakan agama berdasarkan syariat Nabi masing-masing, manakala umat Nabi Muhammad S.A.W menurut syariat yang dibawa oleh Baginda.

Sepatutnya orang-orang Yahudi dan Kristian tidak menyeleweng dari Islam kerana semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara Al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.

BERIMAN KEPADA PARA RASUL.

1. Konsep Beriman Kepada Para Rasul.

1. Setiap orang Islam mestilah mengetahui dan yakin bahawa Allah S.W.T. telah melantik Rasul bagi setiap umat bertujuan mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhi Taghut. Firman Allah S.W.T. :


Ertinya ;

“Dan kami telah mengutuskan kepada setiap ummah seorang Rasul untuk mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhi Taghut.”

(Al-Nahl : 36)


2. Ada di antara Rasul-Rasul yang diceritakan oleh Allah kepada kita dan sebilangan yang lain tidak dijelaskan. Firman Allah S.W.T. :


Ertinya :

“Dan sebilangan dari kalangan para Rasul telah diceritakan kepada kamu manakala sebilangan yang lain tidak diceritakan.”

(Al-Nisa ; 164)


3. Sebilangan yang diceritakan dalam Al-Quran seperti firman Allah S.W.T. ;


Ertinya ;

“Dan itulah hujah yang kami berikan kepada Ibrahim dalam menghadapi kaumnya, kami tinggikan darjat siapa yang kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhan Mu itu maha bijaksana lagi maha mengetahui.”

“Dan kami anugerahkan kepadanya (Ibrahim) Ishak dan Yaakob, masing-masing kami beri petunjuk dan sebelum itu kami berikan kepada Nuh dan sebelum itu

kami berikan kepada Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa dan Harun. Begitulah kami berikan balasan pahala kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.”

“Dan Zakaria, Yahya, Isa, Dan Ilyas, semuanya termasuk dalam golongan

orang- orang yang soleh.”

(Al-An’am; 83-86)

2. Peranan Rasul

1. Peranan Rasul sangat penting iaitu menyeru dan membimbing manusia ke jalan yang benar, jalan menyembah Allah S.W.T., memimpin manusia kepada keselamatan berasaskan akidah Tauhid, beriman bahawa Allah sebagai Rabb dan Illah dalam kehidupan.

2. Manusia tanpa Rasul yang menyebarkan wahyu daripada Allah sudah pasti mengalami kesesatan dan kekacauan, kezaliman dan berbagai akibat.

3. Tidak ada sumber dan Din yang boleh menyelamatkan manusia selain berpandukan wahyu Allah dan Islam kerana Allah sahaja yang maha mengetahui hakikat manusia dan hanya Allah sahaja yang layak dan mampu menentukan panduan dan peraturan penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dalam kehidupan manusia.


3. Kebenaran Rasul.


1. Antara hujah yang menunjukkan seseorang Rasul itu benar ialah mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Seperti mukjizat Nabi Ibrahim a.s. yang tidak hangus dibakar api. Firman Allah S.W.T. :


Ertinya ;

“Orang-orang kafir berkata ; Bakarlah Ibrahim dan tolonglah Tuhan-Tuhanmu semua (yang berupa berhala) jika kamu benar-benar hendak bertindak.” Kami berfirman: hia api dinginlah dan jadikan Ibrahim selamat”.

(Al-Anbia; 68-69)


2. Mujikzat ialah kejadian yang luar biasa yang dilakukan oleh Allah kepada Rasul-Nya sebagai bukti kebenaran menjadi Rasul. Dengan adanya mukjizat ini, boleh menjadi bukti kepada orang-orang tertentu mendakwa menjadi nabi, sedangkan mereka tidak dikurniakan mukjizat.


4. Kepentingan Beriman Kepada Para Rasul.


1. Menunjukkan kesatuan dan hubungan antara semua para Nabi dan Rasul Allah di mana mereka semua adalah penerus agama Allah yang berasaskan akidah Tauhid.

2. Menunjukkan bahawa agama yang benar hanya satu sahaja, iaitu Islam yang dibawa oleh semua para Rasul.


BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

1. Konsep Beriman kepada Hari Akhirat


Beriman dengan Hari Akhirat bererti percaya dan yakin tentang adanya kehidupan selepas alam dunia ini. Setiap manusia akan berpindah dari alam dunia ke alam akhirat apabila mereka mati. Dengan kata lain akhirat ialah alam selepas mati.

Akhirat bagi seseorang ialah bermula dengan kematiannya.Setelah ia meninggal dunia bermakna ia telah masuk alam akhirat.

Mati dalam perspektif Islam merupakan perpindahan dari alam dunia, alam percubaan ke alam akhirat, alam balasan yang kekal abadi.

2 Peringkat-Peringkat di Hari Akhirat

1. Alam Kubur (Barzakh)

Akhirat bagi seseorang bermula dengan kematiannya. Apabila ia mati beerti telah

bermula hari akhiratnya. Peringkat pertama seseorang itu di Akhirat ialah alam

kubur (barzakh).Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“kubur itu sama ada ia menjadi satu taman dari pada Taman Syurga atau satu

lubang daripada lubang Neraka”

2. Hari Bangkit

Setelah beberapa lama berada di Alam Kubur dan berlakunya Qiamat, manusia

dibangkitkan. Allah S.W.T. berfirman.:


Ertinya:

“Pada hari Allah membangkitkan mereka semua kemudian Allah memberutahu

kepada mereka tentang apa yang mereka lakukan. Allah telah membuat

perhitunganNya sedang mereka telah melupainya dan Allah maha

menyaksikan segala sesuatu.”

(Al-Mujadalah: 6)



Ertinya:

“…manusia bertanya siapakah yang akan menghidupkan tulang tulang Belulang yang hancur lulah itu? Katakanlah yang dapat menghidupkannya ialah Dzat yang menjadikannya untuk pertama kali dan adalah maha mengetahui segala makhluk.”


Ertinya:

“Dan Dia (Allah) yang memulai ciptaan makhluk kemudian mengulanginyalaga dan ini adalah lebih mudah untuk dilaksanakan bagi Allah.

Dia mempunyai sifat yang amat tinggi di langit dan di bumi dan Dia adalah Maha Mulia dan Maha Bijaksana”

(Al-Rum: 28)


3.Manusia Dihimpunkan Selepas manusia dibangkitkan, mereka dihimpun di satu tempat yang bernama

(Mahsyar).

Rasulullah bersabda maksudnya:


“Manusia dikumpul pada hari Qiamat kepada tiga golongan: satu golongan berjalan, satu golongan lain berkenderaan dan golongan yang ketiga berjalan dengan muka-muka mereka. Para sahabat bertanya, wahai Rasulallah!! Bagaimana mereka dapat berjalan dengan muka? Baginda menjawab, Allah Maha Berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan kaki, maka sudah Allah berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan muka-muka mereka. Alangkah sukarnya mereka yang berjalan dengan muka kerana terpaksa menjaga muka dari tanah-tanah benjol dan berduri.”

(Riwayat Tirmizi)


4.Pembentangan Amalan

Dihari Akhirat nanti amalan manusia akan dibentangkan. Setiap orang akan melihat setiap amalan mereka lakukan sama ada baik ataupun buruk, besar, ataupun kecil. Firman Allah S.W.T.:


Ertinya:

“Dan sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarrah ia akan dapat melihatnya dan juga sesiapa melakukan kejehatan sebesar zarrah sekalipun ia akan dapat melihat.”

(al-Zalzalah:7-8)


5. Audit dan Timbangan Amalan Antara perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan.


Ertinya:

“Tidak berganjak tapak kaki seseorang hamba sehingga dia disoal tentang Umurnya untuk apa dihabiskannya, dan ilmunya untuk apa dipergunakannya, dan Tentang hartanya dari mana ia diperolehnya dan untuk apa dipergunakan.”

(Riwayat Tiirmizi)


Firman Allah SWT:


Ertinya:

“kami tegakkan neraca keadilan pada hari qiamat sehingga tidak seorang diripun yang akan dizalimi sedikitpun dan amalan sekecil biji sawi amalan seseorang itu akan tetap ditimbangkan juga dan cukuplah kami sebagai pembuat perhitungan.”

(al-Anbia: 47)


4. Sirat (Titian)

Setiap orang pasti melalui sirt (jambatan). Firman Allah S.W.T.:


Ertinya:

“Tidak seorang pun dari kamu semua melainkan pasti akan datang ketempat itu. Itulah keputusan Allah yang tidak dapat dielakkan, kemudian kami menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim berlutut di dalam api neraka.”

(Mariam: 71-72)


Rasulullah bersabda bermaksud:


“Dibentangkan sirat di antara dua tebing Neraka Jahanam. Aku (Muhammad) dan umatku adalah mereka yang mula-mula menyeberangi.

Tidak ada yang berani bercakap ketika itu kecuali para Rasul dengan berdoa :

Ya Allah selamatkanlah, di Neraka Jahanam dan pengait-pengait seperti duri pohon Sa’dan, Cuma kadr besarnya tidak diketahui melainkan Allah Azza Wazallah sendiri. Pengait-pengait inilah yang akan menyambar seseorang sesuai dengan amalan mereka.”


7. Balasan Syurga dan Neraka

Berdasarkan nas-nas Al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baik yang banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukkan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka. Firman Allah S.W.T.:


Ertinya:

“Dan sesiapa yang berat timbangan amalan baiknya ia akan hidup dalam Keredhaan Allah di Akhirat dan mereka yang ringan timbangan baiknya akan dikembali kepada Hawiah. Apakah Hawiah itu? Iaitu api yang membakar.”

(Al-Qari’ah: 7)


3. Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat.

-Memperbaharui kesedaran temtang hakikat adanya alam Akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia.

-Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Raaul-Alamin selaku perintah dan penguasa serta pemilik alam, Pencipta dan Pemilikan hari Akhirat, dan segala isi kandungannya.

-Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat.

-Menggalakkan orang Islam melakukan Ma’ruf dan meninggalkan kejahatan.


BERIMAN KEPADA TAKDIR.

1.Maksud Takdir

Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya terutama manusia dapat dibahagikan kepada dua:

1. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab. Forman Allah S.W.T.:


Ertinya;

“Dan setiap perkara mempunyai ketentuan di sisi Allah.”

(Al-Ra’d: 8 )


Allah menciptakan alam dan manusia dengan keilmuanNya yang maha tinggi dan bijaksana. Manusia boleh memahami dan menjalani kehidupan menurut pilihan mereka berdasar ketentuan Allah S.W.T terhadap makhluknya.


Ertinya;

“Dan mereka yang berjihad di atas jalan kami,kami akan tunjukkan jalan kami.”

(al-Ankabut:69)


2. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia, Allah S.W.T. menentukan seseorang dilahirkan seperti lelaki atau perempuan, cacat atau cukup anggota, bangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain. Ini semua adalah takdir Allah.

Dalam pengertian yang kedua ini seseorang tidak ada pilihan seperti ia dilahirkan lelaki atau perempuan, sempurna anggota atau cacat walaupun terdapat ada sebab sebab tertentu. Firman Allah S.W.T:

Ertinya:

“Dan Allah mencipta apa yang dikehendaki dan Dia yang memilih. Tidak ada pilihan bagi”

(al-Qisas: 68)


2.Kekeliruan Dalam Memahami Konsep Takdir Maksud takdir adalah seperti yang telah dijelaskan. Adapun terdapat kekaburan dan kejanggalan yang wujud dalam kehidupan manusia berkaitan dengan takdir adalah
disebabkan kejahilan ataupun mereka yang menolak konsep berimen kepada takdir dengan sengaja. Allah menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Oleh itu, manusia tidak boleh menuduh Allah yang menakdirkan sesorang itu melakukan kejahatan ataupun dosa. Bentuk kekeliruan yang lain pula ialah tidak mahu melakukan kebaikan di dunia kerana menganggap Allah telah menentukan Syurga dan Neraka di

Akhirat kelak.


3.Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah.

Menerima dan Redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Mestilah sabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri kita.

Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yanh baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita.

Bersyukur sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang baik.

Sentiasa berusaha dan berwaspada dalam kehidupan seharian. Jangan menunggu takdir Allah tanpa berbuat sesuatu.

Sentiasa berdoa agar Allah selamatkan kita di dunia dan di akhirat.

Selepas berusaha kemudian diiringi dengan doa, akhirnya hendaklah bertawakal kepada Allah S.W.T.

4.Kepentingan Beriman Dengan Takdir


Melahirkan kehidupan yang bahagia kerana mempunyai konsep akidah yang betul dan tanggapan yang benar terhadap Allah.

Mengelakkan berlakunya putus asa yang boleh membawa kepada tindakan yang berbahaya seperti membunuh diri dan sebagaunya.

Melahirkan kehidupan yang lebih berjaya.

KEPENTINGAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

1.Akidah Sebagai Asas

Akidah sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak mengkibatkan runtuh pegangan Islan seseoranng. Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahtera hidupnya.


2.Akidah Sebagai Penentu/Pendorong.

Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang. Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan. Akidah yang lemah mempengruhi gaya hidup negatif seseorang.


PENYELEWENGAN DAN KEROSAKAN AKIDAH.

Akidah boleh menyeleweng dan rosak melalui beberapa bentuk diantaranya:


1.Lidah: melalui percakapan seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam, seperti mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman atau sebagainya.

2.Perbuatan: melakukan upacara-uoacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam sama ada di tempat-tempat ibadah mereka atau di mana sahaja.


3.Iktikad/hati: Hati tidak yakin dengan Islam atau ragu-ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran atau Al-Sunnah.


PEMBINAAN AKIDAH

Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akodah secara khusus.

Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.

Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam.

Bersama sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik.

Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah.

Bertawakkal kepada Allah.

2 ulasan:

  1. saya ingin bertanya sekiranya tuan dapat mengulaskan untuk pengetahuan saya yang mencari jawapan. soalannya, mengucap dua kalimah syahadat, pada semasa adanya rasullulah setiap sahabat dan pengikutnya dapat mengucap di saksikan rasullulah saw, maka sah lah ia seorang muslimat & muslimin. setelah wafatnya rasullulah saw. pada zaman ini pada siapakah umat masa ini utk kita melafaskan dua kalimah syahadat? kita tidak tahu asal usul nenek moyang kita dulu mungkin mrk muslim atau tidak. kalau muslim kita ada muslim keturunan. tapi kita wajib untuk menyebutkannya. saya berharap truan dapat mengulaskan. salam

    BalasPadam
  2. Salam mohamed raphil shariff, Maaf kerana agak lambat reply.

    apabila kita dah bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah, & Rasulullah S.A.W itu.. pesuruh Allah (Allah dah menjadi saksi) serta apabila kita mengerjakan apa yg disuruh (perihtah) Allah, meninggalkan segala larangan, kita adalah umat islam yg beriman, soal penyoal di atas tu.. pd siapakah umat Islam pd msa ini itu hanya bg org bkn islam yg ingin memeluk islam saja yg diperlukan kerana dia mungkin tidak tahu mengucap kalimah syahadah dgn betul, jd dia perlukan rujukan dari org islam yg beriman

    boleh baca ulasan saya di posting http://asdarulsunnah.blogspot.com/2010/11/ulasan-pertanyaan-saudara-mohamed.html
    http://www.facebook.com/SuEllaZ

    BalasPadam