Support US!

Search This Blog

24 November 2008

Wahabi!!


Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Tuesday, 18 November 2008

Bulan November 2008 ini genaplah dua tahun laporan muka utama sebuah akhbar perdana tempatan yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang boleh dikatakan tepat:

* Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.

* Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Apa Dan Kenapa Wahabi?

Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..

Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?

Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.
* Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”

Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.
* Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

Siapa Yang Sebenarnya Salah?
Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.
Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.

Sumber dari
http://hafizfirdaus.com/content/view/170/1/

Cetak Halaman

Meluruskan Salah Faham

'Wahabi' bukan sahaja salah dari sudut gelaran, ia juga salah dari sudut beberapa tuduhan dan salah faham yang disandarkan kepadanya. Berikut dikemukakan beberapa salah faham tentang gerakan atau fahaman Wahabi, diikuti dengan penjelasan bagi meluruskannya.

Salah Faham Pertama: Wahabi Dan Kuasa Barat.

Salah faham pertama yang akan diluruskan ialah dakwaan bahawa gerakan Wahabi dimulai dan disokong oleh kuasa-kuasa Barat, khasnya Inggeris. Bagi meluruskan salah faham ini, saya merujuk kepada sumber sejarah kuasa-kuasa Barat itu sendiri kerana ia adalah “sumber dalaman” yang lebih tepat bagi menggambarkan apa yang dilakukan oleh kuasa-kuasa tersebut pada zaman itu.

Pertama, kuasa Inggeris memang wujud pada zaman itu, tetapi peranannya hanya bersifat komersil, iaitu menjaga keselamatan perairan teluk bagi laluan kapal-kapal perdagangannya dari India yang merupakan tanah jajahannya saat itu. [Sarah Searight – The British In The Middle East, dikemukakan oleh Jalal Abu al-Rub – Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab (Madinah Publishers & Distributors, Florida, 2003), ms. 76-77] Pihak Inggeris atau mana-mana kuasa Barat ketika itu tidak berminat untuk membantu mengembalikan umat Islam kepada agamanya yang tulen.

Kedua: Bukan sekadar tidak minat membantu, kuasa-kuasa Barat sebenarnya amat membenci gerakan Wahabi kerana ia sebenarnya membangkitkan umat Islam. Seorang ahli sejarah Perancis, Almosio Sidio, menulis:

“Apabila Inggeris dan Perancis mengetahui kesepakatan yang tercapai antara Muhammad bin Abdul Wahhab dan Muhammad ibn Sa’ud untuk mentajdidkan agama (Islam) dan ramai masyarakat Arab yang mengikutinya, mereka bimbang ini akan membangkitkan umat Islam dari kelekaan yang menyelubungi umat saat itu. Justeru mereka (Inggeris dan Perancis) bimbang Islam akan kembali kuat sebagaimana pada zaman Umar bin al-Khaththab.

Mereka khuatir peperangan atas nama agama akan kembali hidup, memberikan kemenangan kepada Islam dan kekalahan kepada kuasa-kuasa Eropah. Atas dasar inilah Inggeris dan Perancis meminta khilafah Turki Uthmaniyah untuk memerangi gerakan yang disebut-sebut sebagai “Wahabi” itu dan pihak khilafah telah mewakilkan urusan ini kepada gabenor Mesir, Muhammad Ali Pasha.”

[The General History of The Arabs; dinukil dari Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab, ms. 78]
Salah Faham Kedua: Wahabi dan Khilafah Islam

Masyhur dikatakan, gerakan Wahabi bertanggungjawab menjatuhkan khilafah Islam Turki Uthmaniyyah. Salah faham ini dapat dijawab dari dua sudut. Pertama, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak pernah menentang khilafah Turki Uthmaniyyah. Sikap beliau dalam persoalan ini adalah sebagaimana yang ditulisnya sendiri:

“Aku meyakini kewajipan mendengar serta mentaati para pemimpin kaum muslimin. Ia sama ada di kalangan pemimpin yang shalih mahu pun yang buruk akhlaknya. Ini selagi mana mereka tidak memerintahkan perkara kemaksiatan terhadap Allah. Ketaatan ini ditujukan terhadap sesiapa sahaja yang dilantik sebagai khalifah yang dipersetujui lantikannya oleh orang ramai yang meredhai kepimpinannya. Ini walaupun dia memperolehi kekuasaan khalifah melalui jalan paksaan, tetap menjadi suatu kewajipan mentaatinya dan dilarang melakukan penentangan terhadapnya. [Majmu’ah Muallafat al-Syaikh, Jil. 5, hlm. 11; dalam Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab oleh Abdul Aziz bin Muhammad al-Abd. Al-Lathif (Jahabersa, Johor Bahru, 2008), buku 3, ms. 159]

Kedua, sama ada wujud atau tidak gerakan Wahabi, khilafah Turki Uthmaniyyah pada zaman itu memang memiliki pelbagai kelemahan dan masalah, dalaman dan luaran. Sesiapa yang mengkaji sumber-sumber sejarah yang adil lagi jujur berkenaan kedudukan khilafah saat itu akan mengetahui ia dalam keadaan sedang jatuh dan akan jatuh.

Cuba fikirkan, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam: Mekah dan Madinah? Lebih-lebih lagi Semenanjung Arab ketika itu lebih bersifat “No man’s land” di mana ia hanya dikuasai oleh kabilah-kabilah kecil secara berselerakan. Shalih Abud mengulas:

“Tiada bukti menunjukkan bahawa negeri Najd pernah tertakluk di bawah penguasaan atau autoriti khilafah Uthmaniyyah. Selain itu tidak pernah wujud mahu pun sebuah batalion atau markaz ketenteraan khilafah Uthmaniyyah di sana. Ini sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab).

Sebaliknya menerusi fakta kukuh berdasarkan kepada dokumen khilafah Turki Uthmaniyyah yang direkodkan oleh Yamen Ali Effendi (1018H/1609M) bertajuk “Qawaniyyin Aali Uthman Mudomin Daftar al-Diwan” ternyata khilafah Uthmaniyyah terbahagi kepada 32 buah negeri atau wilayah. 14 daripadanya merupakan negeri-negeri tanah Arab. Namun negeri Najd tidak termasuk di dalamnya.” [‘Aqidah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab wa Atharuha fi al-‘Alam al-Islami, Jil. 1, hlm. 27; dalam Membersihkan Salah Faham…, buku 3, ms. 162]

Abdullah al-Utsaimin menambah: “Negeri Najd tidak pernah berada di bawah penguasaan kerajaan Uthmaniyyah sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab). Selain itu, ia juga tidak pernah disatukan di bawah satu pemerintahan yang kuat dalam jangka masa yang lama. Ini sama ada ketika sebahagian dari wilayahnya berada di bawah penguasaan Bani Jabr atau pun Bani Khalid. Ia disebabkan suasana peperangan yang silih berganti antara wilayah mahu pun kabilah negeri Najd yang terdiri dari pelbagai jenis puak sehingga agak sukar untuk disatukan keseluruhannya.” [Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab Hayatuhu wa Fikruhu, hlm. 11; dalam Membersihkan Salah Faham…, buku 3, ms. 162]

Sekali lagi saya bertanya kepada para pembaca yang budiman sekalian, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam: Mekah dan Madinah? Diingatkan bahawa sekalipun kuasa-kuasa Barat wujud di kawasan itu atas tujuan komersil, tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga tentu memiliki hasrat untuk mengambil alih kota Mekah dan Madinah.

Nah! Dengan kewujudan gerakan Wahabi yang dapat menyatukan umat Islam Semenanjung Arab, kedua-dua bandar suci itu tetap berada di tangan umat Islam. Jika tidak, nescaya Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah akan menerima nasib yang sama seperti Masjid al-Aqsa di Palestin. Fikir-fikirkanlah!

Salah Faham Ketiga: Wahabi dan Peperangan.

Beberapa orang pernah menyatakan kepada saya bahawa syaikh mereka memiliki bukti yang lengkap dengan sanad bahawa gerakan Wahabi melakukan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Arab semata-mata untuk mengembangkan ajaran mereka.

Tuduhan ini tidak perlu diberi perhatian kerana sanad tersebut, jika ia benar wujud, tidak memiliki apa-apa nilai. Ini kerana orang-orang yang duduk dalam rantaian sanad tersebut, biografi mereka tidak tercatit dalam mana-mana kitab al-Jarh wa al-Ta’dil. Sekadar mengetahui nama dan status mereka sebagai “orang agamawan” adalah tidak memadai. Dalam ilmu hadis, mereka termasuk dalam kategori para perawi yang majhul, maka dengan itu sanad tersebut adalah dha’if. Sanad sebegini tidak boleh dijadikan hujah dalam membuat tuduhan atau menjadi bukti dalam kes jenayah.

Adapun peperangan yang berlaku di Semenanjung Arab, kedua-dua sumber sejarah ada mencatitkannya. Sumber yang berpihak kepada dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab berkata ia dimulakan oleh golongan yang tidak setuju dengan gerakan beliau. Sumber yang berpihak kepada golongan yang tidak setuju dengan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab berkata ia dimulakan oleh gerakan beliau. Siapakah yang benar dan sebesar manakah skala peperangan itu – tiada siapa yang mengetahuinya. Apa yang pasti, tidak wujud kesan-kesan peninggalan sejarah yang dapat dijadikan bukti adanya peperangan yang diceritakan dalam kitab-kitab sejarah itu. Berbeza dengan peperangan yang belaku di belahan dunia yang lain, ia dapat dibuktikan melalui kesan-kesan peninggalan sejarah.

Salah Faham Keempat: Wahabi dan Tuhan.

Fahaman Wahabi sering dikaitkan dengan kepercayaan kononnya Tuhan memiliki jasmani dan anggota. Ini berlaku kerana fahaman Wahabi yang enggan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti muka, tangan dan kaki yang tertera dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ini jelas adalah satu salah faham kerana fahaman Wahabi beriman kepada sifat-sifat Allah serta memahami maksudnya manakala bentuk atau tatacara sifat itu diserahkan kepada Allah, tanpa sebarang penyerupaan dengan mana-mana sifat makhluk-Nya.

Ini adalah juga fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Tirmizi (279H): “Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada ahli ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-Sifat dan (tentang) Penurunan Rabb (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat-riwayat seperti ini adalah benar (thabit) dan berimanlah kepada ia dan jangan dibayangkan (seperti apa) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat). Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik (bin Anas) dan Sufyan bin ‘Uyaynah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini (yang berkaitan nas-nas al-Sifat): Terimalah ia (berimanlah kepadanya) tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan demikianlah juga pendapat ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.

Manakala golongan al-Jahmiyyah, mereka mengingkari riwayat-riwayat seperti ini (nas-nas al-Sifat) sambil berkata ini adalah tasybih (penyerupaan dengan makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menyebut hal ini tidak sekali dalam kitab-Nya (al-Qur’an) seperti Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan akan tetapi golongan al-Jahmiyyah telah mentakwilkan ayat-ayat ini dan menafsirkannya kepada sesuatu yang berlainan daripada tafsiran ahli ilmu. Mereka (al-Jahmiyyah) berkata sesungguhnya Allah tidak mencipta (Nabi) Adam (‘alaihi salam) dengan Tangan-Nya. Mereka berkata maksud Tangan-Nya di sini adalah kekuatan-Nya.

Padahal berkata Ishaq bin Ibrahim: “Sesungguhnya yang dianggap tasybih (penyerupaan dengan makhluk) hanyalah apabila seseorang berkata Tangan sepertimana tangan (makhluk) atau seumpama tangan (makhluk), Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk). Justeru apabila seseorang berkata Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk) maka barulah ia dianggap sebagai penyerupaan.

Namun apabila seseorang berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat) dan tidak dikatakan seumpama pendengaran (makhluk) dan tidak juga dikatakan sepertimana pendengaran (makhluk) maka ini tidak dianggap sebagai penyerupaan. Malah ia adalah sepertimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Syura 42:11]” [Sunan al-Tirmizi (tahqiq: Ahmad Syakir dan rakan-rakan; Dar al-Hadith, Kaherah 1999), jld. 3, ms. 33.]

Salah Faham Keempat: Wahabi dan Mazhab.

Fahaman Wahabi kononnya dianggap tidak mengikuti mana-mana mazhab fiqh yang empat. Sekali lagi ini adalah satu salah faham. Orang yang dituduh sebagai Wahabi, mereka masih mengikuti mazhab di tempat masing-masing. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil, apabila didapati hujah mazhab lain adalah lebih kuat kerana lebih mendekati dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, maka pendapat mazhab tersebut diikuti dalam persoalan tersebut.

Oleh itu orang yang dituduh sebagai Wahabi di Malaysia masih mengikuti Mazhab al-Syafi’e, orang yang dituduh sebagai Wahabi di India-Pakistan masih mengikuti Mazhab Hanafi, orang yang dituduh sebagai Wahabi di Timur Tengah masih mengikuti Mazhab Hanbali dan orang yang dituduh sebagai Wahabi di Afrika Utara masih mengikuti Mazhab Maliki. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil mereka mengikut mazhab yang lain kerana faktor kekuatan dalil dan hujah.

Ini sebenarnya adalah sikap yang benar sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali (795H): “Berdasarkan keterangan-keterangan para imam mazhab, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah s.a.w. atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walau pun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka.

Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah s.a.w. adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentangan dengan perintah Rasulullah. Oleh kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih. Adakalanya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi Rasulullah itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.

Justeru itu apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaran Nabi s.a.w. yang sahih.” [Dikemukakan oleh Salih al-Fulani dalam Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil dari Sifat Solat al-Nabi oleh al-Albani (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh, 1996), ms. 54-55]

Salah Faham Kelima: Wahabi dan Kekerasan.


Wahabi sering dihubungkan dengan kekerasan. Benarkah demikian? Realitinya, pihak yang menuduh itulah yang sebenarnya bersikap keras. Di sana sini mereka menuduh sekian-sekian individu dan kumpulan sebagai Wahabi yang menyesatkan. Adakalanya tuduhan ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal, seperti mengharamkan penerbitan, menghalang kuliah-kuliah agama dan menangkap para tokoh yang mereka tuduh sebagai Wahabi. Tindakan-tindakan tersebut berlaku tanpa tersembunyi sehingga diketahui dalam media-media perdana.

Adapun di kalangan orang yang dituduh sebagai Wahabi, mungkin ada yang bersikap keras. Namun perlu juga ditinjau dari sudut yang lain, kerana istilah “keras” itu sendiri boleh bersifat relatif. Keberanian, ketegasan, kesungguhan adalah sifat yang terpuji yang boleh ditafsirkan sebagai “kekerasan” oleh pihak yang sukar menerima kenyataan. Demikian juga, menyatakan yang haq di atas yang batil boleh juga ditafsirkan sebagai kekerasan oleh pihak yang sekian lama telah selesa dengan kebatilan tersebut.

Oleh itu kekerasan boleh disandarkan kepada salah satu dari dua pihak, yang dituduh atau yang menuduh.


Sumber dari
Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Tuesday, 18 November 2008
http://hafizfirdaus.com/content/view/171/1/

Cetak Halaman

13 November 2008

Muhasabah Diri-Kematian mengingatkan bahwa....


Kajian Muslimah -Kamis, 13 Desember 2007
Materi : Dizkrul Maut
Pemateri : Teh Ike

Kali ini saya mau sama-sama belajar ttg mengingat kematian. Bagaimana menyikapi sebuah kematian yang memang pasti akan datang dan bagaimana nasehat ampuh untuk bekal hidup kita. Ada sebuah hadist yg diriwayatkan At Thabrani …: Perbanyaklah mengingat sesuatu yag melenyapkan semua kelezatan, yaitu kematian. Berbahagialah hamba-hamba Allah yang senantiasa bercermin dari kematian. Tak ubahnya seperti guru yang baik, kematian memberikan banyak pelajaran, membingkai makna hidup, bahkan mengawasi alur kehidupan agar tak lari menyimpang.

Nilai-nilai pelajaran yang ingin diungkapkan guru kematian begitu banyak, menarik, bahkan menenteramkan. Di antaranya adalah apa yang mungkin sering kita rasakan dan lakukan.

1. Kematian mengingatkan bahwa waktu sangat berharga

Tak ada sesuatu pun buat seorang mukmin yang mampu mengingatkan betapa berharganya nilai waktu selain kematian. Tak seorang pun tahu berapa lama lagi jatah waktu pentasnya di dunia ini akan berakhir. Sebagaimana tak seorang pun tahu di mana kematian akan menjemputnya.

Ketika seorang manusia melalaikan nilai waktu pada hakekatnya ia sedang menggiring dirinya kepada jurang kebinasaan. Karena tak ada satu detik pun waktu terlewat melainkan ajal kian mendekat. Allah swt mengingatkan itu dalam surah Al-Anbiya ayat 1, “Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).”

Pernahkan kita mencoba membisikkan dalam hati kita bahwa … siapa tahu besok/nanti mlm kita meninggal? padahal pekerjaan kita masih banyak yg tertunda dan sengaja ditunda, pekerjaan kewajiabn

Ketika jatah waktu terhamburkan sia-sia, dan ajal sudah di depan mata. Tiba-tiba, lisan tergerak untuk mengatakan, “Ya Allah, mundurkan ajalku sedetik saja. Akan kugunakan itu untuk bertaubat dan mengejar ketinggalan.” Tapi sayang, permohonan tinggallah permohonan. Dan, kematian akan tetap datang tanpa ada perundingan.

Allah swt berfirman dalam surah Ibrahim ayat 44, “Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang zalim: ‘Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul….”

2. Kematian mengingatkan bahwa kita bukan siapa-siapa

Kalau kehidupan dunia bisa diumpamakan dengan pentas sandiwara, maka kematian adalah akhir segala peran. Apa pun dan siapa pun peran yang telah dimainkan, ketika sutradara mengatakan ‘habis’, usai sudah permainan. Semua kembali kepada peran yang sebenarnya.

Sebagus-bagusnya peran yang kita mainkan, tak akan pernah melekat selamanya. Silakan kita bangga ketika dapat peran sebagai orang kaya. Silakan kita menangis ketika berperan sebagai orang miskin yang menderita. Tapi, bangga dan menangis itu bukan untuk selamanya. Semuanya akan berakhir. Dan, peran-peran itu akan dikembalikan kepada sang sutradara untuk dimasukkan kedalam laci-laci peran.

Teramat naif kalau ada manusia yang berbangga dan yakin bahwa dia akan menjadi orang yang kaya dan berkuasa selamanya. Pun begitu, teramat naif kalau ada manusia yang merasa akan terus menderita selamanya. Semua
berawal, dan juga akan berakhir. Dan akhir itu semua adalah kematian.

3. Kematian mengingatkan bahwa kita tak memiliki apa-apa

Fikih Islam menggariskan kita bahwa tak ada satu benda pun yang boleh ikut masuk ke liang lahat kecuali kain kafan. Siapa pun dia. Kaya atau miskin. Penguasa atau rakyat jelata Semuanya akan masuk lubang kubur bersama bungkusan kain kafan. Cuma kain kafan itu. Itu pun masih bagus. Karena, kita terlahir dengan tidak membawa apa-apa. Cuma tubuh kecil yang telanjang. Lalu, masih layakkah kita mengatasnamakan kesuksesan diri ketika kita meraih keberhasilan. Masih patutkah kita membangga-banggakan harta dengan sebutan kepemilikan. Kita datang dengan tidak membawa apa-apa dan pergi pun bersama sesuatu yang tak berharga.

Ternyata, semua hanya peran. Dan pemilik sebenarnya hanya Allah. Ketika peran usai, kepemilikan pun kembali kepada Allah. Lalu, dengan keadaan seperti itu, masihkah kita menyangkal bahwa kita bukan apa-apa. Dan, bukan siapa-siapa. Kecuali, hanya hamba Allah. Setelah itu, kehidupan pun berlalu melupakan peran yang pernah kita mainkan.

4. Kematian mengingatkan bahwa hidup sementara

Kejayaan dan kesuksesan kadang menghanyutkan anak manusia kepada sebuah khayalan bahwa ia akan hidup selamanya. Hingga kapan pun. Seolah ia ingin menyatakan kepada dunia bahwa tak satu pun yang mampu memisahkan antara dirinya dengan kenikmatan saat ini.

Ketika sapaan kematian mulai datang berupa rambut yang beruban, tenaga yang kian berkurang, wajah yang makin keriput, barulah ia tersadar. Bahwa, segalanya akan berpisah. Dan pemisah kenikmatan itu bernama kematian. Hidup tak jauh dari siklus: awal, berkembang, dan kemudian berakhir.
5. Kematian mengingatkan bahwa hidup begitu berharga

Seorang hamba Allah yang mengingat kematian akan senantiasa tersadar bahwa hidup teramat berharga. Hidup tak ubahnya seperti ladang pinjaman. Seorang petani yang cerdas akan memanfaatkan ladang itu dengan menanam tumbuhan yang berharga. Dengan sungguh-sungguh. Petani itu khawatir, ia tidak mendapat apa-apa ketika ladang harus dikembalikan.

Mungkin, inilah maksud ungkapan Imam Ghazali ketika menafsirkan surah Al-Qashash ayat 77, “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia…” dengan menyebut, “Ad-Dun-ya mazra’atul akhirah.” (Dunia adalah ladang buat akhirat)

Orang yang mencintai sesuatu takkan melewatkan sedetik pun waktunya untuk mengingat sesuatu itu. Termasuk, ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingat. Dengan memaknai kematian, berarti kita sedang menghargai arti kehidupan.

Allahu’alam bisshowab.

Allah memberi kita hati….memberi kita panca indera… memberi iita kehidupan… dimana didalamnya terdapat banyak peristiwa…. dari lahir sampai mati

******

Diskusi

Ike: iya,… ketika ada yg meninggal… mk biasanya menangis adalah respon

Ike: setelah mengucapkan doa

Ike: pd hakekatnya menangisi kematian seseorang…. bkn saja menangisi krn tak akan lagi bertemu dgnya (mayit)

Ike: tetapi… membayangkan… bgm malaikat menyambutnya, bgm keadaan kuburnya…bgm kelanjutan kehidupan selanjutnya….sehingga jika kita berdoa… mk kita tulus mendoakannya dg sgt berharap doa kita dikabul

Ike: Allah mengampuninya, mengasihinya, menerima amalnya, dst

Ike: dan jg membayangkan bgm dg kita nanti?

Ike: apk sama kondisi meninggalnya…husnul khotimah kah?

lita: jadi, apa saja atau apa pun yang dimiliki oleh kita atau siapa saja, sebenarnya tidak berarti apa-apa yah teh…

lita: jadi tidak selayaknya kita bersedih atau iri, benarkah

Ike: benar ukhti erlita

Ocha: tapi kita sering lupa teh

Ocha: jadi sering bersedih untuk hal yg ga perrlu.. jarang mengambil hikmah dari setiap kematian

Ike: sama… kita mmg ditakdirkan bersifat pelupa

Ocha: sering menunda2 pekerjaan .. benar2 ga ingat mati

Ike: mk … nasehat menasehati menjadi hal yg urgent

lita: kalau kita sedang ditimpa musibah dan kesedihan, terus kit amengingat kematian.. itu bukan berarti putus asa khan teh

Ike: mengingat kematian bkn berarti melemahkan semangat untuk hidup

Ike: justru dg mengingat kematian… bgm hidup setelah mati….membuat kita replanning atas hidup kita

Ike: recovery… remanagement… dan re2 yg lain

Ocha: membuat hidup lebih berarti dengan mengumpulkan bekal yg banyak untuk kehidupan selanjutnya

Ike: mr kita renungkan bersama apa cita2 kita

Ike: apa mimpi kita?

Ike: apa keinginan kita? terutama setelah mati

Ike: anak sy sering sy iming-imingi dg syurga…. bgm karakteristik org2 yg berada di surga… mk sedikit demi sedikit dia mulai mau berubah…. dr yg tdk mau berbagi… mjd org yg berbagi dst

Ike: mmg dg bhsnya anak

Ocha: apa anak2 langsung percaya dengan yg “abstrak” gitu teh..?

Ike: khan ada ayatnya… kalo di surga byk mknan… minuman yg enak2

Ike: .salah satu ayatnya ada di 16:31. kalo anak2 mau mknan… ada di syurga

Ike: mdh-mdhan saya dan akhwati semua bisa menyemanagti hidup ini mellaui dzikir maut

Ike: dzikrul maut… dan segala hikmah dibaliknya

Ike: ayo kita bersama isi hidup ini dengan kebaikan… termasuk di 10 hari ertama bulan Dzulhijjah ini

Ike: semoga Akhwati fillah dan keluarga senantiasa Allah beri lindunganNya

Ditulis dalam muhasabah, umum

http://kajianmuslimah.wordpress.com/2007/12/14/dizkrul-maut/


Cetak Halaman

13 Oktober 2008

Susulan Yang Harus Kita Lakukan Walaupun Ramadhan Telah Berlalu

Rasa Syukur/Terhutang Budi

Sekiranya tidak ditunjukkan rasa syukur, Allah mungkin menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang menerima nikmat atau rahmat tersebut. Contohnya, dalam surah Al-Kahfi, pemilik kebun itu dihukum oleh Allah dengan kebinasaan kebun itu sendiri (kebun itu pada asalnya merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah). Begitu juga dengan nasib Firaun yang bongkak membanggakan sungai-sungai yang mengalir dibawahnya. Allah menjadikan air sungai tersebut memusnahkan Firaun hingga dia lemas dalam air yang dibanggakan itu.

Bagaimana cara kita berterima kasih kepada Allah atas rahmat/nikmat yang dikurniakan?
Rasa syukur/terhutang budi tertegak atas tiga tiang.

Rasa Terkesan Dalam Hati Perasaan Bersyukur Yang Teramat Sangat

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah (surah 5) ayat 7 “ Dan kenanglah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya) kepada kamu, serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “ kami dengar dan kami taat (akan perintah Allah dan Rasulnya).” Dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dadamu” Ingatlah nimat Allah. Tanamkan dalam hati, perasaan syukur yang mendalam. Sebutlah, “Ya Allah, hanya dengan rahmatMu dapat aku berpuasa. Hanya dengan rahmatMu dapat ku jalankan ibadah Qiamulail, iktikaf, khatam Quran… Hanya dengan belas kasihanMu.. Hanya Engkau yang membolehkan aku melakukan semua itu… Ya Allah, Engkau membuka berbagai pintu untukku… Engkau terus memberikan aku berbagai rahmat…”. Seterusnya , cuba renungkan dan ingat kembali saat-saat yang dialami pada bulan Ramadhan-misalnya, saat ketika kamu paling khusyuk dalam solat. Saat kamu rasa amat hina dan daif serta tertunduknya perasaan angkuh dalam diri, saat kamu rasa teramat hampir dengan Allah, saat kamu melawan keras keinginan untuk tidur. Kesemua ini adalah rahmat daripada Allah. Merayulah kepada Allah dengan doa, “Ya Allah, peliharalah segala nikmat ini untukku, tambahkanlah nikmat ini untukku. Ameen Allahumma Ameen.”

Inkisa’ar (Rasa Daif Hina/Rendah Hati)

Inkisa’ar bermaksud rasa kedaifan diri iaitu menundukkan perasaan angkuh dalam diri di hadapan Allah dengan penuh perasaan hina dan rendah hati. Kita telah menikmati kebesaran Allah. Orang yang amalannya diterima oleh Allah akan berasa bahagia dengan pemberian Allah. Dia akan merenung segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah. Sedarilah bahawa semua kebaikan yang kita terima datang sepenuhnya dari Allah. Kita mungkin memasang 3 buah jam loceng untuk mengejutkan kamu dari tidur tapi hanya dengan izin Allah saja kamu akan dapat bangun mengerjakan ibadah Qiamulail. Kita perlu rasa rendah hati kerana kesemua itu datang daripada Allah. Sifat buruk seperti membazir masa untuk berbual kosong, berbalas mesej (sms), chating, dan perkara negative yang datangnya dari diri kita sendiri akibat kelemahan diri kita. Ibadah yang kamu lakukan, kesemuanya datang daripada Allah. Sebutlah, “ Ya Allah, Yang Maha besar.

Sedarilah bahawa semua kebaikan yang kita terima datang sepenuhnya daripada Allah. Kita mungkin memasang 3 buah jam loceng untuk mengejutkan kita dari tidur tetapi hanya dengan izin Allah sahaja kita akan dapat bangun mengerjakan ibadah Qiamullail. Kita perlu rasa rendah hati kerana kesemua itu datang daripada Allah. Sifat buruk seperti membazir masa untuk berbual kosong, berbalas mesej (sms), dan perkara negative datangnya daripada diri kita sendiri akibat kelemahan diri kita. Ibadah yang kita lakukan, kesemuanya dating daripada Allah. Sebutlah, “Ya Allah, Yang Maha Besar, Engkaulah yang memberikan ku segala kebaikan, kesemuanya daripada Engkau Ya Allah,”. Apabila kita benar-benar merasakan semua kebaikan datang daripada Allah, maka itulah sebenarnya perasaan syukur.

Dalam surah Al An’aam surah 6 ayat 162 ada disebut perkara yang bermaksud, “katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam ”. Dengan itu, tanamkan persaan rendah hati serta daif hina hingga dapat menundukkan perasaan angkuh dala diri. Rasai kebesaran Allah iaitu kuasa mutlak Allah swt (seperti yang disebut dalam surah Al- Kahfi surah 18 ayat 39,
“ tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah ”.

Dalam setiap amalan yang dilakukan, perhatikan dua perkara:
Kebaikannya datang daripada Allah, dan apa-apa keburukannya datang daripada diri kita sendiri.

Muhasabah Diri

Ini bermaksud sikap mengambil tanggungjawap terhadap perlakuan diri sendiri. Ramadhan merupakan kayu pengukur kita. Contohnya, untuk menentukan adakah hati kita kini seperti pada bulan Ramadhan? Adakah solat kita kini seperti pada bulan Ramadhan? Adakah kita menjaga lidah kita seperti pada bulan Ramadhan? Adakah peribadi kita kini terjaga seperti pada bulan Ramadhan? Cuba bayangkan jika Allah berkata, “ hambaku, setelah Ku izinkan kau menikmati kemanisan Ramadhan, aku berikan mu cahaya, Aku melepaskan mu daripada belenggu kehinaan, dan keluarkan kamu dari kegelapan (melalui ibadah Qiamullail).. maka bagaimana kamu boleh membelakangkan itu semua? Sekiranya kamu jahil, mungkin kamu dapat dimaafkan, tetapi kamu dikurnikan nikmat!”

Bagaimana boleh terjadi seseorang yang telah memegang Al Quran, membacanya, memahami maksudnya, menghayatinya dalam kehidupan ketika Ramadhan, tetapi kemudian meninggalkannya selepas Ramadhan?? Bagaimana boleh terjadi seseorang yang telah berdiri malam seorang diri menjalani ibadah Qiamullail, telah menikmati kemanisan berjaga malam berbicara dengan Allah, tetapi kemudian meninggalkan itu semua? Selepas Ramadhan, kamu menghabiskan masa bergelak ketawa, tidur, menonton TV! Sebenarnya, kehidupan pada bulan Ramadhan dan selepas Ramadhan tidak patut berbeza. Kehidupan pada bulan Ramadhan harus menjadi contoh tentang ara bagaimana kita patut menjalani kehidupan harian kita.

Ikhlas

Hati kita perlu sentiasa di suatu tahap suci - bersih iaitu jujur ikhlas. Sekiranya seseorang menghayati Ramadhan dengan ikhlas, dia tidak dapat patah balik ke belakang. Contohnya, jika seseorang sedang berpuasa dan terdapat buah kurma serta air di depannya, kemudian ada orang menyuruh dia minum dan memakannya, sesetengah orang akan berkata, “ saya tidak boleh merosakkan puasa saya”, sedangkan seorang lagi akan berkata, “ saya tidak boleh makan atau minum sehingga Tuan saya (Allah) memerintahkan saya (berbuka puasa)”- nampak atau tidak perbezaannya??

Istiqamah

(kesinambungan, berpegang teguh secara berterusan, tegas).

Seorang mukmin akan terus beristiqamah atau berpegang teguh pada ibadahnya. Ibadah Puasa bukan hanya untuk bulan Ramadhan. Terdapat banyak lagi hari-hari lain yang sunat kita berpuasa. Contohnya 6 hari pada bulan Syawal, 10 hari pertama bulan Zulhijjah, setiap Isnin dan Khamis, hari pada pertengahan bulan Islam, juga pada bulan Muharram, Rejap, Sya’aban dan lain-lain. Tentang ibadah pembacaan Quran pula- adakah ibadah ini terus lenyap juga? Adakah pembacaan Quran hanya dilakukan pada bulan Ramadhan? Quran sebenarnya ialah mukjizat yang berterusan. Kita tidak sepatutnya meninggalkan Quran dengan berakhirnya Ramadhan. Kita perlu duduk mengaji setiap hari. Quran boleh menjadikan kita beristiqamah, InsyaAllah. Sebagai cadangan, luangkan 1 jam sehari bersama Quran - mungkin untuk belajar membaca dengan betul, baca maknanya, baca tafsir atau adakan program menghafal Al-Quran. Setelah beberapa lama, kamu boleh memanjangkan masa sejam ini kepada masa yang lebih lama. Apabila Allah membuka pintu RahmahNya untuk kamu, jangan melepaskan peluang tersebut. Mengikut satu riwayat, Urwah bin Zubayr membaca seperempat daripada Quran setiap hari, kemudian merenung maknanya. Suatu hari, kakinya terpaksa dipotong, jadi beliau meminta supaya kakinya dipotong ketika beliau tengah bersolat iaitu dalam keadaan beliau amat khusyuk. Beliau tidak pernah meninggalkan ibadah membaca seperempat daripada al-Quran selain pada malam kakinya dipotong - beliau pengsan selepas solat tersebut. Beliau benar-benar mengasihi al-Quran. Beliau berkata: “Alhamdulillah, Allah memberiku dua kaki. Allah hanya mengambil balik satu kaki. Allah memberikan aku 4 orang anak, dan hanya mengambil balik seorang. Inilah contoh manusia yang memahami apa yang dibaca setiap hari dalam al-Quran.

Qiyamullail

Teruskan ibadah Qiyamullail walaupun selepas Ramadhan. Bagaimana boleh terjadi seseorang yang telah menikmati kemanisan Qiamullail pada malam hari dan kemanisan merayu kepada Allah ketika sujud, kemudian kembali kepada keadaan asal? Menurut satu cerita, hassan Ibn Soleh pernah menjual seorang hamba perempuan kepada sebuah keluarga. Hamba sahaya tersebut mengejutkan keluarga tersebut pada malam hari sambil menjerit, “ Salaah! Salaah” (solat! Solat!). tuannya bertanya “ sudahkah tiba waktu fajar?” hamba perempuan tersebut lalu berkata, “ Tuan sekeluarga cuma mengerjakan solat fardhu sahaja”? Lalu hamba tersebut pulang kepada Hassan Ibn Soleh dan berkata, “ Tuan menjualkan saya kepada keluarga yang hanya mengerjakan solat fardhu. Ambillah saya kembali!”

Rasulullah dan para Salaf tidak pernah meninggalkan Qiamullail. Pada suatu hari ‘Ali r.a. mengimamkan solat. Setelah selesai solat, beliau pusing ke belakang mengadap jemaah. Wajahnya kelihatan sedih. Beliau berkata, beliau sering menghabiskan masa dengan Sahabat Rasulullah saw tetapi kini mereka sudah tidak kelihatan lagi (Beliau ketika itu sedang bercakap kepada para tabiin iaitu generasi yang pernah bertemu Sahabat Rasulullah saw). ‘Ali r.a. lalu berkata, sahabat Rasulullah saw berehat antara kaki dan dahi mereka! (maksudnya, mereka banyak mengerjakan solat umpama rehat bagi mereka kerana mereka berasa tenang ketika bersolat).

Sila ambil perhatian tentang amalan tidur awal. Nabi saw menasihatkan kita supaya terus tido awal selepas solat Isyak. Ini juga merupakan suatu kebiasaan yang baik dan sihat. Salah satu hadith yang menjelaskan kebaikan amalan tidur awal ini diceritakan oleh Abu Barzah al-Aslami yang mengatakan Nabi saw. Lebih suka melambatkan solat Isyak dan baginda tidak tidur sebelum itu atau bercakap-cakap selepas itu (hadith riwayat al-Bukhari).

Dengan demikian, dinasihatkan supaya kita terus menjalani ibadah Qiyamullail walaupun selepas bulan Ramadhan, IsyaAllah. Berdoalah agar Allah tetap merahmati kita dengan ibadah Qiamullail hingga ke hari kita bertemu denganNya.

Zikir
Teruskan amalan berzikir walaupun selepas Ramadhan.


Masjid


Kita sedia maklum bahawa hadith mengatakan wanita lebih baik bersolat di rumah. Walau bagaimanapun, Nabi saw pernah bersabda:

“ Jangan menghalang wanita mengunjungi masjid, walaupun rumah mereka lebih baik untuk mereka ”. (Abu Dawud). Jadi untuk membolehkan para wanita menghidupkan semula kemanisan berqiamullail pada bulan Ramadan, sekali sekala bolehlah mereka ke masjid untuk bersolat agar dapat mereka mengenang kembali pengalaman menikmati kemanisan mendengar secara langsung kuatnya bunyi azan, sambil banyak berdoa antara waktu bunyi azan dan iqaamah, dan juga smbil berdiri bersentuh bahu dan kaki dengan jemaah wanita lain dalamkeadaan iman, disamping perkara-perkara lain lagi.

Solat Nawafil

Selalulah amalkan solat nawafil. Solat tersebut boleh menjadi pelindung kepada kita.


Isti’aanah (mengharapkan pertolongan Allah)

Isti’anah terhadap Allah bermaksud bergantung harap terhadap Allah untuk mendapatkan kebaikan serta yakin Allah akan memberi kita apa yang dipinta. Kita perlu yakin kepada Allah. Sekiranya kita memohon kepada Allah tapi tidak yakin doa itu akan dimakbulkan, maka itu bukanlah isti’anah dan bukan ibadah.

Isti’anah berkait rapat dengan sifat tawakkal. Apakah kepentingan isti’anah dalam ibadah? Ia merupakan cara mencapai kebahagian di dunia.

Sebagai kesimpulan, pada asalnya, teruskan saja menjalankan sebarang amal salih yang dilakukan pada bulan ramadhan yang mulia. Selepas bulan Ramadhan, kita seharusnya berada dalam keadaan di mana kita boleh menolak bisikan syaitan dan kita mampu berkata, “ aku tidak mahu (mengikut syaitan), aku telah melindungi hatiku. Allah telah menyelamatkan aku pada bulan Ramadhan. Aku tidak akan kembali kepada kepada keadaan duku.” Di samping itu, selalulah bertaubat. Cepat-cepatlah bertaubat bila kita melakukan dosa.

Ya Allah, aku lemah. Engkau Maha Berkuasa. Ya Allah, bantulah aku menjalani hidup dengan cara yang disenangi olehMu

Berwaspadalah agar kita tidak kembali kepada cara hidup sebelum Ramadhan. Kehidupan kita tidak berakhir selepas berlalunya Ramadhan. Teruskanlah menyembah Tuhan yang disembah pada bulan ramadhan sepanjang tahun. Dialah Tuhan yang dihadapannya kamu menangis semasa bulan Ramadhan dan juga selepas bulan Ramadhan!


Cetak Halaman

08 Oktober 2008

Ramadhan Berlalu Sudah.. Kini Apa Pula Susulannya?

Ramadhan berlalu sudah. Kini apa pula susulannya?

Ramadhan datang dan Ramadhan berlalu.. sesetengah orang memperoleh manfaat. Sesetengahnya tidak… golongan mukmin sejati tentu akan merasa sayu dengan berlalunya ramadhan.

Sesetengah orang pula bergelut untuk mencapai matlamat Ramadhan. Ada yang tumpas dalam perjuagan, namun kembali bangkit dan terus menguatkan semangat. Kita semua dirahmati dalam bulan Ramadhan. Mereka yang tidak dirahmati tentunya mereka yang berbuat dosa pada bulan ramadhan.

Dalam bulan Ramadhan, jika kita melakukan apa yang disebutkan dalam tulisan yang lalu. Dari jauh lagi kita akan dapat mencium keharuman kehidupan golongan salihin yang terdahulu.

Menurut kata Shaikh Hussain Yaaqob, “Bila Ramadhan berlalu pergi, masjid-masjid kembali kosong.. sepi.. iaitu kembali kepada keadaan asal, dan hanya dikunjungi oleh mereka yang benar-benar mencintai masjid.

Kenapakah selepas Ramadhan, manusia kembali kepada kehidupan sebelum Ramadhan, iaitu berpatah balik ke belakang? Mereka telah pun menikmati kemanisan Qiyamullail (seperti solat terawih setiap malam dan banyak lagi solat sunat yang lain) dan juga kemanisan membaca Al-Quran (dengan banyak mengaji Al-Quran). Golongan manusia seperti ini sebenarnya bukan ahli ibadah yang sejati. Mereka hanya merupakan golongan yang mengikut orang lain, iaitu mereka melakukan ibadah sekadar ikut-ikutan.


Ketika mangkatnya Baginda Rasulullah s.a.w, Abu bakar pernah berkata, “dan kini kepada mereka yang menyentuh Muhammad s.a.w, pastinya sedar Muhammad s.a.w sudah meninggal dunia, namun bagi sesiapa yang menyembah Allah (Tuhan Nabi Muhammad) , Allah sentiasa hidup dan Allah tidak akan mati. Allah berfirman dalam surah Ali Imran (surah ke-3) ayat 144, “ Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang (yang mati atau terbunih). Jika demikian, jika ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir?, maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun. Dan (sebaliknya), Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu), Ibn Abbas pernah berkata, “ Ya Allah, keadaan ketika itu seperti orang tidak pernah mendengar ayat Quran ini sehinggalah Abu Bakar membacanya sebagai peringatan. Lantas orang ramai mula membacanya sehingga tidak ada sesiapa pun yang tidak membacanya.”

Oleh itu, berdasarkan senario di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang hanya membesarkan Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan sudah berakhir. Sesiapa yang membesarkan (menyembah) Allah, sesungguhnya Allah Maha Besar! Tuhan yang sama disembah (padaNya kita mengabdiksn diri) ketika bulan Ramadhan dan juga di luar bulan Ramadhan. Begitulah pandangan hidup orang salih. Deen atau cara hidup kita seharusnya cara hidup beristiqamah. Kita membaca Fatihah dalam solat kita. Kita mohon ditunjukkan jalan yang lurus-iaitu siraatul mustaqeem. Dengan itu, sungguh tidak wajar sekiranya kita tidak tetap hati. Kita seharusnya keluar dari bulan Ramadhan dengan hati yang masih kasih pada ibadah. Sebagai perbandingan atau analogi: Sekiranya kita mengasihi anak-anak kita, kita tentu mahu meluangkan masa yang lebih bersama mereka. Dengan itu, mereka akan lebih kasih kepada kita.

Ibadah dalam bulan Ramadhan seharusnya menjadi seperti udara dan air kepada kita. Jangan bergelumang dengan tanah iaitu hal duniawi. Allah telah meningkatkan darjat kita pada bulan Ramadhan. Mengapa kita masih mahu terus menjadi hina dan bergulumang dengan dunia?? Dalam surah 16 ayat 92, Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya dengan kuat dan teguh: dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya untuk mencabul perjanjian yang telah dimeteraikan (sesama kamu disebabkan ada golongan yang lebih ramai daripada golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan yang demikian itu) iaitu, siapa yang mematuhi Allah serta memenuhi perjanjian dan siapa pula ingkar kepada Allah serta mencabuli perjanjian ; (Dan ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan)”.


Dengan demikian, janganlah menjadi seperti seseorang yang telah merombak/meleraikan benang yang telah dipintalnya menjadi pakaian, hingga kembali menjadi benang. Kenapa kita ingin melakukan sedemikian?? Kenapa kita ingin meleraikan apa yang telah dicapai pada bulan Ramadhan? Itu merupakan kurnian daripada Allah. Kita menangis, kita berdoa, kita banyak mengaji Quran dan kita banyak melakukan solat nawafil. Jadi kenapa harus kita meleraikan semua itu? Adakah semua ibadah itu semata-mata untuk berasa seronok pada ketika itu sahaja? Apa sebenarnya tujuan perlakuan ibadah itu? Adakah ia hanya suatu perjalanan hidup? Atau sekadar satu pengalaman? Seperti suatu era lain/pusat pelarian untuk mencari ketenangan, kemudian kembali kepada kehidupan biasa?

Pastinya kamu semua dirahmati dalam bulan Ramadhan (mengikut tahap yang berbeza-beza). Ibadah puasa, qiamulail, zikir, akhlak terpuji, pergaulan dengan golongan orang salih, bacaan al-Quran, semuanya merupakan nikmat besar daripada Allah swt. Apabila kita memperoleh rahmat, kita rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu terhadap rahmat yang diterima. Apa-apa yang tidak baik, elok diketepikan.

Kita tidak tahu siapa antara kita yang (ibadahnya) diterima pada bulan Ramadhan. Imam ‘Ali pernah berkata: Alangkah baik sekiranya kita ketahui siapa yang dirahmati (ibadahnya diterima) pada bulan Ramadhan. Bolehkah kita mengucapkan tahniah kepada mereka. Dan kepada mereka yang (ibadahnya) yang tidak diterima, kita ucapkan takziah. Perhatikan! Beliau menggunakan perkataan ‘takziah’- iaitu perkataan yang yang sama digunakan ketika berlaku kematian seseorang.

Sebarang kebaikan yang kita alami ketika bulan Ramadhan, memerlukan usaha agar ianya berkekalan. Para salaf (golongan salih yang terdahulu) sering berdoa selama 6 bulan selepas Ramadhan dengan doa yang berbunyi, “Ya Allah, terimalah amalan kami pada bulan Ramadhan yang lalu (mereka menangis dan merayu kepada Allah agar amalan mereka diterima).” Setelah itu, 6 bulan sebelum Ramadhan pula, mereka berdoa agar diizinkan Allah menikmati Ramadhan yang mendatang.

Hak dan tuntutan dalam agama bagaikan tali keledar dalam kereta. Sekiranya kita tergelincir (iman menurun), kita tidak terhempas dan memusnahkan diri sendiri!


Cetak Halaman