Support US!

Search This Blog

21 Ogos 2009

Selamat mengikuti kursus di IPT terunggul !

Dengan izin Allah Ta'ala jua, esok yang bermula dengan terbenamnya matahari hari ini akan menyaksikan keseluruhan umat Islam 'berdaftar' sebagai 'penuntut-penuntut' satu 'IPT' terunggul dalam sejarah peradaban manusia. 'IPT' itu ialah Bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan.

'Kursus-kursus intensif' dan 'mesra pelanggan' yang disediakan dalam Bulan Ramadan sebagai Institut Penerapan Taqwa ini wajarlah dipelajari dan dihayati dengan kecerdikan 'study smart' dan kesungguhan 'study hard'.

Firman Allah Ta'ala al-Baqarah (2:183):

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Definisi Taqwa telah dihuraikan oleh para ulamak seperti berikut :
i. Meletakkan penghalang dan penghadang di antaramu dan apa yang diharamkan oleh Allah.

أن تجعل بينك وبين ما حرم الله حاجبا وحاجزا

ii. Melaksanakan perintah Allah dan menghindari laranganNya.

امتثال أوامر الله واجتناب النواهي

iii. Takutkan Allah, beramal dengan wahyu, reda dengan sedikit serta bersedia untuk hari pembalasan.

18 Ogos 2009

Menyambut Kedatangan Ramadan




Sudahkah kita persiapkan diri menghadapi Ramadan??


Apa yang harus kita buat? Ubahsuai rumah? Pastikan anak-anak berpakaian cantik? Sediakan permaidani merah?!! Tetamu terhormat kita ialah bulan yang mulia-bulan Ramadan. Kita perlu mengutamakan/mengagungkan tanda kebesaran Allah (syiar Allah), kemudianNya, berhijrah untukNya.
Jabir Ibn Abdillah berkata, “janganlah kita samakan hari-hari biasa kita dengan hari-hari puasa. Seharusnya ada perubahan sebaik sahaja kita melangkah ke bulan Ramadan.”

Apabila hilal Ramadan menjelma, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Maka, berubahlah sekiranya kita inginkan fadhilat Ramadan.

Sebagai persediaan menyambut Ramadan, kita perlu berhenti sejenak dan renungi… kita harus mengambil masa untuk rehat-masa untuk mencari ketenangan.

Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja Ramadan tiba?

1) Berhenti daripada melakukan dosa/maksiat

Kita mestilah berhati-hati agar tidak melakukan dosa di bulan Ramadan. Ulama & cerdik-pandai ada berkata, “ sesuatu perbuatan itu adalah dosa besar, maka meninggalkannya (perbuatan itu) akan memberi kita ganjaran yang lebih besar. “ contohnya, seorang wanita kaya lagi cantik menggoda seorang lelaki melakukan zina seraya lelaki itu berkata, “ aku takutkan Allah.” Maka ganjaran menjauhkan diri dari dosa itu adalah besar kerana godaan itu juga adalah besar. Sekiranya desakan untuk melakukan dosa itu kecil/lemah, seseorang itu masih juga melakukan dosa itu, maka ia akan mudah terjerumus dalam dosa yang besar. Ini adalah kerana dia gagal melawan diri dari melakukan dosa kecil, maka dosa kecil ini akan membawanya kepada melakukan dosa yang lebih besar. Sepatutnya, tinggalkan sahaja perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Terdapat beberapa umat di mana di Hari Kimat, Allah tidak pandang pada mereka mahupun berkata-kata-ini tanda kemurkaanNya - ini satu musibah besar – salah seorang daripadanya ialah seorang tua yang melakukan zina. Mengapa? Kerana dia sudah tua, sudah menikmatinya bertahun-tahun tetapi masih tidak dapat mengawal diri.

Di bulan Ramadan, segala penyumbang kepada dosa menjadi lemah dan kuranglah beban kita- iblis dirantai, nafsu disekat, ramai umat Islam melakukan amal jariah, masjid-masjid penuh, lebih ramai membaca Al-Quran. Dengan berpuasa, syaitan yang mengalir di dalam darah kita juga menjadi lemah (setiap orang mempunyanyai syaitan sebagai teman, dinamakan Qarin). Maka, apabila kita melakukan dosa, lebih beratlah kesannya.

11 Ogos 2009

Hiburan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, ustaz Fadlan Mohd Othman (Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM) dan ustaz Fathul Bari Mat Jahya (Kaunselor dan Penasihat Agama Institut Jantung Negara) telah dijemput sekali lagi dalam program Hello Malaysia, TV Bernama. Rancangan yang dihoskan oleh Ustaz Wan Shohor Bani Leman itu telah membincangkan sebuah topik yang menarik bertajuk 'Hiburan'




Untuk melihat rakaman selanjutnya, sila muat turun di sini.

04 Julai 2009

Tradisi Upacara Wanita Selamat Hamil

Tradisi ini biasanya dilakukan dengan kenduri dan acara-acara tertentu pada kandungan 7 bulan. Tradisi ini dikenali oleh masyarakat Malaysia sebagai ‘lenggang perut’.

Persoalannya, adakah upacara ini dituntut oleh Islam? Adakah perbuatan ini merupakan perkara yang dibolehkan atau yang dilarang di dalam Islam? Di dalam masyarakat Islam di Malaysia, upacara ini biasanya dimulakan dengan bacaan surah Yusuf oleh seorang imam yang dijemput ke rumah orang yang berhajat. Dalam upacara ini dihidangkan pula beraneka makanan tertentu sebagai kenduri upacara ‘lenggang perut’. Makanan yang dihidangkan diletakkan di tengah jemputan yang hadir, dan biasanya ditempatkan di depan imam yang membacakan surah Yusuf.

Mengapa surah Yusuf yang dibacakan? Apa sebabnya dalam upacra ini disertakan sesuatu benda tertentu dan makanan yang tertentu? Apakah ada tuntutan dari Rasulullah s.a.w. untuk menyelenggarakan upacara ini?

Upacara ‘selamat hamil’ ini tidak ada tuntutan dari Rasulullah mahupun para sahabat. Kenapa ada di antara kita yang bersusah payah untuk melakukannya? Sedangkan ianya bukan mendatangkan faedah atau pahala kepada orang yang melakukannya pun. Apatah lagi dalam upacara ini, dibacakan surah Yusuf dan segala jamuan yang sama sekali bertentangan dengan ajaran tauhid.

Tradisi upacara ‘selamat hamil’ ini muncul daripada tradisi penyembahan dewa atau kepercayaan animisme. Setelah Islam masuk ke Malaysia, upacara ini dikendalikan sedemikian rupa dengan tambahan bacaan surah Yusuf. Semua ini sama sekali tidak ada kebenarannya menurut ajaran Islam.

Setiap kepercayaan terhadap hal-hal ghaib wajib didasarkan pada ketentuan al-Quran atau Hadis yang shahih. Bukannya berdasarkan amalan tradisi nenek moyang. Sesungguhnya yang mengetahui hal-hal ghaib itu hanyalah Allah s.w.t. sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-An’aam ayat 59:


Ertinya:
“… dan pada sisiNya ada kunci-kunci ghaib tiada yang mengetahuinya, kecuali hanya Dia semata-mata...”


Dan firmanNya pula dalam surah al-An’am ayat 50 :


Ertinya:
“Katakanlah : ‘ aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa aku memiliki kekayaan Allah dan tidak pula aku mengetahui hal ghaib…”

Ayat pertama menegaskan bahawa kepercayaan tentang hal ghaib itu tidak boleh diterima kecuali hal itu benar-benar diajarkan oleh Allah. Oleh itu, manusia sama sekali tidak boleh mere-reka apa sahaja upacara yang dianggap satu ibadah yang mulia dengan cara apa sekali pun kecuali hal itu benar-benar diajarkan oleh Allah. Ayat kedua menegaskan bahawa seorang rasul sekalipun tidak tahu sedikit pun tentang hal ghaib. Oleh itu, manusia selain rasul sudah pasti lebih tidak mengetahui hal-hal berkaitan perkara ghaib.

Upacara itu dengan pelbagai cara yang terlihat di tengah masyarakat Malaysia adalah suatu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam. Kepercayaan yang terkandung di dalam upacra tersebut jelas bukan datangnya dari ajaran Allah s.w.t. dan RasulNya, melainkan dari reka cipta tradisi.

03 Julai 2009

Download link video berkaitan Bida'ah

Di sini, ana kasi link video berkaitan Bida'ah untuk dimuat turun.

Semoga Bermanfaat.

Klik Sini Untuk Download

Isu bidaah_darulkausar

002-dalil
003-bida'ah_haqiqiah
004-bida'ah_idhafiyah
005-bida'ah_imsak
006-bida'ah_puasa_rejab
007-bida'ah_kematian
008-bida'ah_kuburan
009-bida'ah_maulid
010-bida'ah_belah_mulut