Support US!

Search This Blog

26 Ogos 2008

PERSEDIAAN UNTUK BULAN RAMADAN - Bhgn 1

Sebahagian besar sumber bahan digunakan untuk tulisan di blog ini diambil dari Sheikh Muhammad Hussain Yaqoob anak murid Sheikh Uthaimeen Rahimahullah.

Tanya diri kita kenapa kita harus jadi membuat persediaan untuk bulan Ramadan?

Salah satu jawapannya ialah untuk memperolehi hasil yang sepenuhnya.

Bulan Ramadhan ialah bulan dimana kita melakukan pengorbanan yang paling besar dan memperbanyakkan ibadah-ibadah seperti amalan membaca Al-Quran, melakukan ibadah Qiamulail dan sebagainya. Mengapakah kita mengerjakan ibadah-ibadah yang hebat ini tetapi masih tidak ada perubahan pada diri kita? Ini disebabkan kita tidak cukup ilmu lantas tidak cukup persediaan untuk meraih keberkatan Ramadan. Kita seharusnya berpuasa di bulan Ramadan kerana ia adalah sebenar-benarnya bulan yang sepatutnya kita berpuasa. Sebelum melakukan persediaan itu, kita seharusnya mempunyai perasaan tersangat rindu untuk menyambut kedatangan Ramadan. Diriwayatkan bahawa ‘ulama salaf merindui bulan ramadan enam bulan sebelum datangnya Ramadan. Gangguan-ganguan (distractions) seperti anak-anak, suami, isteri, kerja, masalah keluarga, boleh melemahkan & menurunkan iman kita. Oleh itu, bulan Ramadan adalah masa untuk kita menghidupkan kembali (recharge) keimanan kita!

Kita semua mengetahui di bulan Ramadan, para syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka luas dam pintu-pintu beraka ditutup rapat. Walaupun kita sudah mengetahui semua ini, adakah kita renungi & dalami hakikat ini? Daripada bermulanya bulan Ramadan berlakulah perubahan pada alam semesta. Tanya diri kita sendiri bagaimana jika Ramadan kali ini adalah bulan terakhir buat kita?

*** Kita dapat apa yang kita hajati! Maksudnya disini apa sahaja yang ingin kita lakukan, itulah yang kita perolehi. Kita mesti cuba untuk membuka ‘matahari’ kita, seperti Kata Sheikh Hussain Yaqoob, “ Matahari Yang Merindui Ramadan Akan Memciumi Bau Bulan Ramadan Seperti Yaaqoob Telah Terbau Baju Anaknya Yusuf.”

Kita harus menyedari apakah maksud bulan Ramadan. Segelintir cerdik pandai mengatakan Rajab ialah bulan dimana benih-benih mula ditanam. Sya’ban adalah bulan dimana benih-benih itu disirami air dan Ramadan ialah bulan dimana hasil-hasil buah-buahan dipetik.

Bulan Sya’ban adaah bulan yang kita harus berpuasa sebanyak mungkin, sebanyak yang kita mampu, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan zikir-zikir. Jadikan ia bulan ibadah untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Apakah hikmah yang diperolehi apabila kita meningkatkan ibadah sebelum Ramadan?

Orang-orang dahulu pernah berkata, “saya berjihad selama 20 tahun dengan qiamulail, kemudian bergembira dengan kenikmatan itu selama 20 tahun seterusnya”


Untuk merasai kenikmatan itu, kita perlu banyakan bersabar kerana ianya adalah kurniaan Allah s.w.t.

Hari-hari di bulan Ramadan amatlah sedikit dan ia berlalu begitu cepat. Masanya amat pendek, oleh itu, untuk mendapatkan kesannya ke atas kita, kita harus melakukan sebanyak-banyaknya amal ibadah atau melakukannya sepanjang masa di bulan Sya’ban untuk mempersiapkan diri kita dan juga mengerjakan solah mengikut sunnah.

Kita haruslah membuat latihan awal (praktikal) sebelum tibanya bulan Ramadan.

Harus sedar sebelum kita melakukannya, beritahu nafsu/diri kita sendiri, “kita akan bekersama di antara satu sama lain, kalau tidak aku akan memaksa kamu!” Bercakap dengan nafsu kita seperti memperolehi kualiti yang sangat tinggi dan mengekalkannya. Bila kita rasa tidak sabar, beritahu diri kita ia tidak merasai kenikmatannya serta merta, teruskan focus kita untuk mencapai matlamat. Kita mesti ingat bahawa nafsu/syaitan akan menguji kita.

Latihan awal:

1. Memperbaharui taubat kita - berlatih untuk cuba melakukan taubat kita supaya sempurna, taubat adalah amalan seumur hidup. Setiap orang perlu bertaubat. Hati kita telah menjadi seperti kurap/tompok hitam kerana dosa-dosa kita. Kita perlu membersihkan hati kita. Membuang segala kotoran dan bertaubat kepada Allah s.w.t. atas dosa-dosa kita.

Seorang Sahabat berkata kepada kepada pengikutnya (tabiin-generasi kedua terbaik), kamu berbuat dosa dan kamu menganggapnya lebih kecil dari seurat rambut, sedangkan di zaman nabi kita menganggap dosa itu sebagai dosa besar dan membinasakan.

Sheikh telah memberi beberapa contoh yang kita perlu berubat daripada :-

a) Menyalahgunakan lidah kita, Rasulullah pernah berdoa, “ aku memohon perlindungan dengan engkau daripada kejahatan lidahku’. Rasulullah juga berkata, “engkau sepatutnya lebih malu kepada Allah daripada orang yang paling bertakwa didalam masyarakat kamu”.

b) Mengumpat – ini adalah apabila kamu bercakap tentang seseorang di belakang mereka, apabila mereka tidak menyukainya, walaupun apa yang diperkatakan adalah benar.

Fitnah-apabila kamu bercakap yang tidak benar mengenai seseorang. “ barangsiapa beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap benar atau lebih baik berdiam diri ”.

c) Pembohongan – walaupun nenambah tokok cerita semasa bercakap. Dan perhatikan bahawa dalam islam tidak ada tipu sunat. Penipuan tetap penipuan. Melakukan dosa tetap berdosa. Tidak ada cara yang boleh menutup dosa kecuali dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. disamping istiqamah dalam membuat kebaikan dan meninggalkan larangan. Cuma terdapat 3 keadaan yang membolehkan penipuan :

i. Semasa peperangan.

ii. Untuk kedaimaian di antara seuami isteri seperti bertanyakan tentang masakannya kepada suami, maka suami hendaklah berkata sedap hanya semata-mata untuk menjaga harmoni rumah tangga mereka walaupun suami tidak menyukai masakan tersebut.

iii. Untuk kebaikan diantara dua orang muslim.

d) Mengumpat (gossip), tidak menghormati, mencaci dan pertuturan buruk. Pertuturan buruk adalah apa yang dituturkan dan bagaimana ia dituturkan dan kamu akan dipertanggungjawapkan keatas kedua-duanya. Kedua-duaanya dimurkai oleh Allah s.w.t.

e) Menyalahgunakan telefon

Rasulullah bersabda, “ Allah membenci 3 perkara terhadap hambaNya, bergosip (sipolan berkata begitu….sipolan berkata begini) membazir wang dan terlalu banyak bertanya.”

f) Dosa daripada hati yang boleh ditujukan kepada Allah dan orang-orang muslim yang lain.

g) Riak (menunjuk-nunjuk/besar diri) memuji/berbuat baik kepada orang lain selain daripada kerana Allah s.w.t.

h) ‘Ujoob – perasaan bangga dan yakin akan kesempurnaan pada diri sendiri, tidak perlu berubah. Ini adalah sifat memuji diri sendiri.

i) Kibr – bongkak, merasai dirinya lebih baik daripada orang lain.

j) Hasad dan dengki/bnci – hukumnya adalah haram bagi seseorang yang mempunyai sifat dengki/busuk hati terhadap orang muslim yang lain.

Kita juga haruslah bertaubat kerana kita kurang mempunyai sifat malu (modesty). Perhatian perlu diambil terhadap cara kita berpakaian, bertuturkata dan perlakuan di hadapan kaum lelaki dan lain-lain. Kita tidak mahu menimbulkan fitnah terhadap kaum lelaki. Kita haruslah melakukan taubat pada setiap masa yang kita sia-siakan.

Sheikh bertanya, “ berapa kerapkah kita perlu membaca Al-Quran? Dan juga berkata, “ waktu selalu disia-siakan dengan perkara-perkara bodoh seperti panggilan talifon yang tidak diperlukan. Membeli belah, menonton tv. Kita harus melakukan taubat daripada cuba memuaskan seseorang lantas mengetepikan Allah s.w.t.”

Ingatlah semasa bertaubat, tidak ada dosa yang paling besar yang tidak diampunkan Allah.

Cetak Halaman