Support US!

Search This Blog

About Me

Tiada yang menarik pun nak diceritakan mengenai diri ini. Sueella hanya manusia biasa yang dilahirkan sekadar untuk menumpang teduh di duniawi yang fana ini. Dilahirkan pada tanggal 29 November 1981 iaitu 28 tahun yang lalu oleh seorang ibu yang mempunyai 5 orang anaknya yang lain. Sueella merupakan anak kedua dari 6 adik beradik. Dilahirkan di negeri Jelapang Padi nun di utara Semenanjung Malaysia. Kedah Darul Aman negeri yang menjadi memori kenangan indah tempat Sueella dibesarkan. Mendapat pendidikan di sekolah Men. Keb. Tajar yang kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 di sekolah menengah Sultanah Asma pada tahun 1999, di Alor Setar. Mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada January 2002 setelah mendapat pekerjaan sebagai kerani tetap Tenaga Nasional Berhad. Namun Sueella terpaksa mengundurkan diri pada Jun 2006 disebabkan komitmen yang tinggi pada perniagaan suaminya.
Menjadi seorang wanita yang bergelar isteri kepada suaminya adalah anugerah terindah yang Sueella rasakan sepanjang perjalanan hidup Sueella. Berada di sisinya seorang suami yang memahami sikap Sueella yang serba kekurangan itulah yang selalu mengharukan hati Sueella walaupun agak lambat untuk memberikannya zuriat setelah 6 tahun bersamanya. Detik indah pada tanggal 21 September 2003 telah diijapkabulkan. Menjadi seorang ibu kepada seorang anak lelakinya pada tanggal 06 Julai 2009 menjadi satu lagi detik indah yang terukir di memori kehidupan Sueella.

Mula aktif berblogging di blogspot pada Jun 2008 atas jemputan daripada seorang sahabat yang banyak membantu kehidupannya di dunia siber iaitu dari Greenboc . Sueella pun minat politik juga kerana merasakan kecewa dengan ketidakadilan pemerintahan sediaada tetapi kenapa Sueella tidak membuat blog tentang politik? Ini kerana Sueella lebih suka melihat dari jauh suasana politik yang kian berkecekamuk dengan bermacam karenah pemimpin sediaada itu. Suami Sueella menggalakkan Sueella berdakwah tentang sunnah nabi. Oleh yang demikian, Sueella terus kekal berbloging tentang agama. Pada mulanya blog Pesanan buat diriku yang sering lupa!! menceritakan tentang diari seorang insan bernama Suhaila. Namun atas nasihat dari suami Sueella supaya tidak menceritakan hal² peribadi kerana boleh mengaibkan diri Sueella dan watak2 yang diceritakan, maka Sueella hanya menyampaikan artikel ilmiah sahaja. Bersama Kelab Greenboc banyak menyimpan memori suka duka Sueella bersama mereka. Namun, disebabkan komitmen yang tinggi pada hal² lain yang perlu diutamakan Sueella jarang bersama mereka. Sebelum ke dunia Blogspot sebenarnya Sueella dah berjinak-jinak dengan wordpress atas bimbingan daripada seorang teman di dunia siber juga iaitu Mnazman . Banyak perkara juga yang Sueella belajar tentang web dan Blog darinya. Tentang Cpanel dan sebagainya. Mengenali Sulaiman seorang rakan sekerja di TNB, Sueella juga banyak belajar menegenali kod2 html dan tentang design web. Daripada beliau juga Sueella mengenali Hafizin yang mencadangkan menggunakan perkhidmatan membuat web darinya iaitu pada tahun 2006. Namun web itu masih banyak perlu diperbaiki.

Menggunakan hosting dari exabytes amat membantu-support Sueella sekiranya Sueella mengalami masalah error pada web/blog yang Sueella ada walaupun Sueella bukannya pandai sangat berkomunikasi dalam bahasa english dengan mereka. Namun Sueella dapat memahami apa yang mereka sampaikan melauli pakcik kamus yang sueella ada.. hehe

Sueella juga banyak belajar daripada koleksi ebook yang sueella beli. Anda boleh dapatkan ebook tersebut dari senarai affiliate di bawah tetapi pastikan dari id su_qdw.. bantulah Sueella dalam menjana pendapatannya.. hehe :P
Walaubagaimanapun Sueella rasa web QDW Store pun sudah membantu Sueella dalam menambahkan Customer sediaada hasil design dari Hafizin pada mulanya, kini telah di design oleh Apit tetapi jika ada kesempatan waktu Sueella nak edit lagi semua web dan blog sueella. Daripada hafizin juga Sueella banyak belajar tentang web darinya. Kemudiannya Sueella terjun semula ke Wordpress atas bimbingan dari seorang sahabat siber lagi iaitu dari Kamezaim pula. Basic mengenai wordpress sueella sudah ada cuma ingat-ingat lupa nak menggunakannya semula kerana sudah agak lama meninggalkannya dan rasa dah macam serasi dengan blogspot. Namun apabila Sueella rasakan adalah lebih baik menggunakan wordpress dengan menggunakan domain sendiri dari menggunakan blogspot, maka dengan itu Sueella kembali ke dunia wordpress. Berkat tunjuk ajar dari Zaril dan juga pakcik Eriza, Marzuki , Ein tiga nama ini amat penting bagi Sueella dalam mencantikkan blog. terutamanya di blogspot. Sekarang ini pula, Sueella bergiat aktif dengan dunia IM (Internet marketer) Sueella pun ada team IM Sueella tersendiri, maklumat lanjut boleh ke www.arenanewbie.com  boleh ke fan page sueella dan jangan lupa'like'ya. :-)

http://www.facebook.com/Sueella.InternetMarketer.GraphicDesign.

Itulah serba sedikit pejalanan hidup Sueella yang boleh Sueella ceritakan setakat ini. Di kesempatan ini juga Sueella ingin ucapkan jutaan terima kasih Sueella pada semua rakan-rakan siber yang banyak membantu Sueella selama ini terutamanya pada sahabat2 siber yang sueella sebutkan di atas. Atas ilmu yang dicurahkan itu Sueella kini sudah pandai berbloging sampai sekarang. Jasamu semua Sueella dikenang selagi hayat dikandung badan.