Adapun orang yang tidak beriman ataupun tidak melafazkan keimanannya, walaupun dia begitu berbakti kepada manusia dan makhluk, di sisi Allah s.w.t dia kehilangan syarat asasi untuk mendapatkan kesejahteraan ukhrawi. Justeru, dia hanya akan disejahterakan di dunia ini sahaja, manakala di hari kemudian dia akan dilupakan sebagaimana dia telah melupakan Tuhannya di alam ini.
Firman Allah (al-Taubah 9:54):

Maksudnya: "Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan