Support US!

Search This Blog

04 Julai 2008

Beradab semasa berpesan kepada kebenaran

Satu perkara lagi yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W ialah menjaga sensitiviti manusia semasa menyarankan sesuatu perkara kepadanya. Uslub atau pendekatan yang tidak menyinggung perasaan mestilah digunakan. Antara petunjuk Nabi S.A.W di sini ialah dengan menegur perbuatan dan bukannya menjatuhkan pembuat. Di dalam sebuah hadith:


عَائِشَةُ صَنَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَرَخَّصَ فِيهِ فَتَنَزَّهَ عَنْهُ قَوْمٌ فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَبَ فَحَمِدَ اللهَ ثُمَّ قَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَتَنَزَّهُونَ عَنْ الشَّيْءِ أَصْنَعُهُ فَوَاللهِ إِنِّي لَأَعْلَمُهُمْ بِاللهِ وَأَشَدُّهُمْ لَهُ خَشْيَةً

Maksudnya: Aisyah telah berkata, ‘Nabi S.A.W telah membuat satu perkara yang Baginda berikan kelonggaran lalu ada di kalangan orang ramai yang tidak berpuas hati dengannya. Apabila perkara itu sampai kepada Baginda S.A.W, Baginda telah berkhutbah, memuji Allah kemudian berkata, “Apakah halnya orang-orang yang tidak berpuas hati dengan perkara yang Aku lakukan? Sesungguhnya akulah yang paling mengetahui tentang Allah di kalangan mereka dan akulah yang paling takut kepada Allah di kalangan mereka.” (al-Bukhari No. 5636)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan