Support US!

Search This Blog

04 Julai 2008

CADANGAN

Penulis mencadangkan beberapa perkara yang dirasakan dapat membantu memahami cara Rasulullah S.A.W. di dalam mengamalkan agama Islam.

Cadangan-cadangan ini ialah:

1- Pengajian di dalam agama Islam mestilah dimulakan dengan fardhu ain seperti ilmu tentang rukun-rukun Islam dan rukun-rukun Iman. Syarahan tentang hadith Jibril dirasakan wajar dijadikan tunjang ilmu ini.

2- Seterusnya, pengajian ilmu teras atau ilmu-ilmu Usul mestilah diberi penekanan. Antara lain ialah ilmu Usul al-Tafsir (Ulum al-Quran), Usul al-Hadith (Mustalah al-Hadith atau Ulum al-Hadith), Usul al-Fiqh, al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah dan ilmu Bahasa Arab. Disiplin ilmu-ilmu ini dapat melengkapkan persiapan individu muslim untuk memahami ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W.

3- Pada masa yang sama atau selepas itu, penekanan hendaklah diberikan kepada ilmu-ilmu asasi seperti ilmu Tafsir, Hadith dan Fiqh.

4- Setelah mempunyai kemantapan dalam ilmu-ilmu tadi, barulah pelajar itu dihalakan kepada pengajian ilmu-ilmu tambahan atau pemantapan seperti ilmu-ilmu al-Firaq, al-Mazahib dan lain-lain.

Semoga Allah S.W.T memberi hidayatNya kepada kita semua, memudahkan amalan kita dan memberkatinya untuk kita semua di dunia dan di akhirat. Amin.


Cetak Halaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan