Support US!

Search This Blog

04 Julai 2008

Sabar dalam melakukan ketaatan

Bahagian pertama dalam bersabar ialah bersabar dalam melakukan amalan salih atau ketaatan terhadap Allah S.A.W. Sebagai manusia yang difitrahkan dengan kejahilan, kezaliman dan hawa nafsu, pasti usahanya untuk berterusan melakukan ketaatan akan dipenuhi rintangan-rintangan dan cubaan-cubaan. Di satu sudut ada Syaitan, di sudut lain pula ada nafsu. Di dalam situasi ini, manusia amat memerlukan kesabaran untuk berterusan melakukan amal salih yang dituntut oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. (al-Kahf 18:28)

Maksudnya: "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran".

Konsep kesabaran di sini boleh dikaitkan dengan konsep kesederhanaan. Manusia sepatutnya melaksanakan ketaatan dalam lingkungan kemampuannya yang tertinggi.

Sabda Rasulullah S.A.W


مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ


Maksudnya: Apa yang aku larang kamu tinggalkan dan apa yang aku perintahkan kamu hendaklah kamu lakukan mengikut kemampuan. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa kerana persoalan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka amat banyak. (Muslim No. 4348)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan