Support US!

Search This Blog

27 Jun 2009

Berpegang Teguhlah Dengan Sunnah Bukan Bidaah dan Keyakinan Bukannya Khurafat

Antara perkara yang dikira maksiat ialah melakukan bidaah dan mempercayai khurafat. Bidaah itu pula sama ada dalam bentuk amalan atau iktikad. Bahayanva bidaah berbanding dengan maksiat lain justeru pengamal bidaah menganggap mereka sedang mendekatkan diri kepada Allah, pada hal mereka melakukan dosa secara yang mereka tidak sedar. Puncanya adalah kejahilan dan tidak cukup ilmu pengetahuan. Firman Allah bermaksud:
"Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samaada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkannya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan (sebarang) bukti (yang membenarkannya) dan (diharamkannya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui”.(Al-Quran, al-A'raf: 33).
Sementara itu mengada-ngadakan hukum yang tidak ada, menghalalkan yang haram atau sebaliknya menghalal yang haram diperingatkan oleh Allah dengan FirmanNya:
"Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagiannya halal? "Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah mengizinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?" (Yunus:59).

Bidaah dikatakan oleh Ibn Taymiyyah lebih disukai oleh Iblis dan maksiat lain kerana ia bertentangan dengan agama. Pengamalnya tidak bertaubat, malah mereka menyeru pula kepada orang lain kepada amalannya. Malah lanjut Ibn Taymiyyah lagi, bidaah berperingkat-peringkat. Ada bidaah yang boleh di anggap mughalladzah iaitu yang boleh membawa pengamalnva menjadi kafir, seperti bidaah yang dilakukan oleh ajaran salah atau ajaran sesat, malah sebahagian mereka lebih bahaya dari Nasrani dan Yahudi lagi. Mungkin ajaran Qadiani boleh dijadikan contoh bidaah kepercayaan yang membawa kekufuran. Ada pula yang tidak sampai kepada kafir tetapi termasuk dalam kategori fasiq. Mereka mungkin terdiri dari mereka yang panjang sembahavang atau puasanya, tetapi akidah mereka yang terjebak dalam bidaah. Fahaman Mu'tazilah pada masa dahulu justeru mendahulukan akal dan wahyu terjebak dalam bidaah yang membawa kepada rosaknya amalan mereka.

Ada pula bidaah mukhaffafah. Dimana bidaah ini menjadi perselisihan mazhab-mazhab seperti tawassull dengan Nabi Muhammad, tawassul dengan orang-orang Salih yang dianggap bidaah oleh mazhab ahil Hadis (Wahabi). Bidaah ini dilakukan oleh pihak lain dengan mengunjungi kubur keramat dan nazar yang bukan-bukan.

Sumber
http://al-ahkam.net

Cetak Halaman