Support US!

Search This Blog

04 Julai 2008

Jihad dari sudut yang lebih luas

Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahulllah berkata:

Kesemua ini berjumlah tiga belas peringkat di dalam Jihad.


مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ


Maksudnya: Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang, dan tidak membisikkan kepada jiwanya agar berperang, matilah dia di atas satu cabang dari nifaq. (Muslim 3533.)

Manusia yang paling sempurna di sisi Allah ialah sesiapa yang menyempurnakan kesemua peringkat-peringkat Jihad ini. Makhluk berbeza-beza dalam tahap-tahap mereka di sisi Allah berdasarkan kepada perbezaan mereka dalam peringkat-peringkat Jihad. Oleh sebab inilah, makhluk yang paling sempurna dan mulia di sisi Allah ialah penutup seluruh nabi-nabiNya dan rasul-rasulNya. Sesungguhnya Baginda S.A.W. telah menyempurnakan peringkat-peringkat Jihad dan telah berjihad demi Allah sebenar-benar Jihad, serta telah memasuki jalan Jihad sejak dari mula diutuskan sehinggalah Allah ‘Azza wa Jalla mewafatkannya.


Cetak Halaman

Mesti sabar melalui peringkat-peringkat Jihad

Satu perkara lagi yang boleh dicatatkan di sini ialah petunjuk al-Sunnah menjelaskan bahawa individu muslim dituntut supaya mengharungi peringkat-peringkat Jihad dengan penuh kesabaran. Rasulullah s.a.w. mestilah dijadian teladan. Janganlah sekali-kali kita memahami Jihad itu dengan satu bahagiannya sahaja. Sebaliknya Jihad mestilah difahami dengan konsep yang lebih global. Jihad dalam erti kata berperang di jalan Allah, walaupun merupakan martabat tertinggi dalam Islam, ianya adalah sebahagian daripada erti kata Jihad yang lebih menyeluruh. Bahkan untuk sampai ke martabat ini persiapan rapi amat diperlukan.

Sudah tentu, persiapan ini dapat diimbas daripada al-Sunnah yang telah lengkap sebagai pedoman dan bekalan menuju ke destinasi abadi. Orang yang bejihad dengan ertikata yang menyeluruh akan diberi hidayat oleh Allah Ta‘ala seperti yang tercatat di dalam firmanNya:

(al-‘Ankabut 29:69)

Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.


Cetak Halaman

Kaitan antara sabar dan lemah

Sabar mempunyai kaitan yang kuat dengan kekuatan dan kelemahan umat Islam. Kedua-dua situasi ini mempunyai metodnya yang tersendiri. Apabila lemah kita disarankan supaya bersabar, manakala di dalam keadaan kuat kita disarankan supaya melaksanakan hukuman tetapi mesti mengawal diri daripada melakukan sebarang kezaliman.

Sabda Rasulullah S.A.W:


لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Maksudnya: Bukanlah orang yang keras itu dengan bergusti, akan tetapi orang yang keras ialah orang yang menguasai dirinya semasa marah. (al-Bukhari No. 5649)


Cetak Halaman

Manhaj al-Sunnah dalam bersabar

Berterusan dalam bersabar

Di antara petunjuk Nabi S.A.W. di dalam bersabar ialah perkara ini mesti di lakukan secara berterusan. Ketiga-tiga bentuk kesabaran tadi mestilah dilaksanakan sehingga ke akhir hayat. Soalan ‘Sampai bila kita harus menunggu?’ hanya menunjukkan kita ketandusan kesabaran. Selagimana usaha kita memperjuangkan al-Sunnah atau agama tidak mencukupi piawaian, selagi itulah kita mesti berusaha mencapainya. Di dalam sebuah hadith:

عَنْ خَبَّابِ بْنِ الْأَرَتِّ قَالَ شَكَوْنَا إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ فِي ظِلِّ الْكَعْبَةِ فَقُلْنَا أَلَا تَسْتَنْصِرُ لَنَا أَلَا تَدْعُو لَنَا فَقَالَ قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الْأَرْضِ فَيُجْعَلُ فِيهَا فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيدِ مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ وَاللهُ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الْأَمْرُ حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لَا يَخَافُ إِلَّا اللهَ وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ


Maksudnya: Daripada al-Khabbab bin al-Arat katanya, ‘Kami telah mengadu kepada Rasulullah S.A.W. semasa Baginda bersandar pada kainnya di bawah bayangan Ka’bah dengan berkata, ‘Minta pertolongan untuk kami, doalah untuk kami.’ Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu, ada lelaki yang ditangkap dan digali lubang lalu diletakkan dalamnya. Kemudian dibawa gergaji dan diletakkan di kepalanya sehinggalah dia dibelah dua. Ada pula yang dicakar dagingnya hingga ke tulangnya dengan besi tajam. Semua ini tidak menjadikannya berpaling dari agamanya. Demi Allah, Dia akan menyempurnakan agama ini sehinggakan seorang pengembara mengembara dari San'a ke Hadramaut dalam keadaan tidak takut kecuali Allah dan serigala terhadap kambingnya. Akan tetapi kamu semua tergesa-gesa.” (al-Bukhari No. 6430)



Sabar dalam menghadapi musibah

Satu perkara lagi yang terkandung di dalam lafaz sabar ialah sabar dalam menghadapi musibah yang diturunkan Allah S.W.T. sebagai ujian kepada hambaNya.

Firman Allah S.W.T. (al-Baqarah 2:155-156):

Maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".


Sabar dalam meninggalkan kemungkaran

Kita diperintah juga supaya bersabar di dalam berdepan dengan godaan-godaan Syaitan. Di antara godaan Syaitan ialah dengan menyemarakkan semangat untuk melakukan maksiat atau kemungkaran terhadap Allah S.A.W. Allah Ta ‘ala telah menjelaskan bahawa Syaitan adalah musuh kita lalu memerintahkan agar kita memeranginya dan berjaga-jaga terhadap godaan-godaannya.

Firman Allah S.A.W.(Faathir 35:6):

Maksudnya: "Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka".

Perlu diketahui di sini bahawa cara Syaitan adalah lemah, akan tetapi sekiranya kita menjadi lebih lemah daripadanya maka di sini dia akan dapat menguasai kita.

Firman Allah S.W.T(al-Hijr 15:42):

Maksudnya: "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)".


Sabar dalam melakukan ketaatan

Bahagian pertama dalam bersabar ialah bersabar dalam melakukan amalan salih atau ketaatan terhadap Allah S.A.W. Sebagai manusia yang difitrahkan dengan kejahilan, kezaliman dan hawa nafsu, pasti usahanya untuk berterusan melakukan ketaatan akan dipenuhi rintangan-rintangan dan cubaan-cubaan. Di satu sudut ada Syaitan, di sudut lain pula ada nafsu. Di dalam situasi ini, manusia amat memerlukan kesabaran untuk berterusan melakukan amal salih yang dituntut oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. (al-Kahf 18:28)

Maksudnya: "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran".

Konsep kesabaran di sini boleh dikaitkan dengan konsep kesederhanaan. Manusia sepatutnya melaksanakan ketaatan dalam lingkungan kemampuannya yang tertinggi.

Sabda Rasulullah S.A.W


مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ


Maksudnya: Apa yang aku larang kamu tinggalkan dan apa yang aku perintahkan kamu hendaklah kamu lakukan mengikut kemampuan. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa kerana persoalan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka amat banyak. (Muslim No. 4348)